Ahad, 14 Mei 2017

Rezeki dari Allah...

Alhamdulillah..Minggu yang penuh cabaran , telah aku lalui. Nak kata berat , orang lain punya lagi berat dari aku. Allah mengetahui kemampuan aku dalam menempuh dugaan dariNya. Aku berjaya laluinya atas keizinanNya. Syukur.. 
Aku malas nak bicara soal mengenai apa yang aku lalui.Aku nak bercerita apa yang menarik berlaku pada aku semalam. Satu pengalaman baru buat aku. Walaupun bukannya aku tak pernah lalui tapi kalau dibuka mata seluas luasnya , banyak yang tersirat yang boleh dipelajari. 
Rakaman program raya Spccial NINE11 , Bernama News Channel ( Astro 502 ) , adalah satu penghormatan buat aku selaku blogger. Yelah , yang dijemput hadir untuk rakaman tu ialah artis artis jer.. aku artis ke ??? Hahahaha.. dah la ada otai yang aku respek , Aris Ariwatan.. haaaa ! Giler ahh.. membesar dengan layan lagu lagu dia.. tiba tiba ko duduk sebelah dia dalam satu rancangan tv yang mana ko selalu tonton di hari raya... haaaa ! Rezeki sungguh ! 
Dan aku belajar sesuatu dari Aris Ariwatan.. Sepopular ko mana sekali pun , jangan berlagak aihh ! 

Best ! Ada satu ujian untuk pagi aku sebelum menikmati kemanisannya.. hahahah.. Aku kena tabah melaluinya... dan aku berjaya melaluinya walaupun hampir gagal pada awalnya tapi aku fikir masak masak.. dan keputusan aku tepat sama sekali. Alhamdulillah.. Terima kasih pada penerbit rancangan , Puan Hanum kerana sudi memanggil aku dan dia kata dia berpuashati dengan aku.. hehee.. 
Dan selepas tu aku gi berphotoshoot dengan jurugambar selebriti yang cukup dikenali dikalangan artis artis terkenal.. Wan Izhar Abu Bakar. Memang thorbaek laaa cara dia berphotoshoot ! Idea dia banyak dan pengalaman dia sangat digunapakai olehnya. Nasib baik aku bawak baju skit. Kalau banyak , sampai lusa tak abis !! Ada je idea diaaaa.. hahahaa.. 
Dalam jam 10 malam , selesai ! Dan tengok hasil kerja dia.. wow ! Tak sabar nak tengok hasil selepas dikemaskini nanti. Apakah semakin hensem ? Hahahaha.. Tunggu je la nanti.. Seharian yang cukup memenatkan tapi berbaloi.. Syukur pada Allah atas pengalaman berguna ni.. 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI