Sabtu, 20 Mei 2017

'Bazar Buka Puasa' di The Settlement Hotel , Melaka.

Ramadan menghampiri. Tercari sedikit kelainan untuk berbuka puasa bersama rakan rakan atau keluarga nanti ? Ok.. sila favouritekan entri blog aku ni ! Hehehehe.. Kenapa ? Sebabnya korang patut cuba berbuka di sini nanti. 
Aku dah rasa makanan di sini. Maka sebab tu aku syorkan kat korang.. 

The Settlement Hotel , Melaka bakal memeriahkan Ramadan nanti dengan menyediakan pelbagai juadah istimewa ala kampung dan juga antarabangsa. Dengan harga RM68++ untuk dewasa dan kanak-kanak serta warga tua  , RM40 .. korang akan menikmati pelbagai juadah istimewa yang bakal memuaskan hati punyalah ! 
Antaranya ialah Udang Lemak Nenas Nyonya , Daging Kawah Utara , Daging Salai Masak Lemak Cili APi Mangga Muda , Lala Kam Yeong , Ayam Percik , Ikan Jelawat Tempoyak , Char Kuey Teow , Nyonya Asam Pedas , Ketupat dan Lemang. 



Pastinya 'Bazar Buka Puasa' akan lebih kelihatan meriah dengan adanya gerai gerai makanan yang menyelerakan seperti Pangggang Ala Settlement , Pak Isa Roti John , Laksa Jonker Baba Nyoya , Bincang Petang Goreng-Goreng dan Sup Korner Ujong Pasir. Dan pelbagai manisan seperti Sago Gula Melaka , Bubur Jagung , Leng Chee Kang , Bubur Pulut Hitam dan lain-lain. 
Menyelerakan sama sekali ! 



Dah kenyang.. tak nak balik rumah ? Hahahahaha.. Aku tau.. meh aku cadangkan.. Amik la bilik semalam dua kat sini.. Ada 5 jenis bilik kat sini bermula sekitar RM580 hingga ke  RM880. Macam aku tengah nginap sekarang ni , Junior Suite.. RM680. Memang puashati la sangat ! 
Amacam ? 



Pastu nak sahur.. leh pusing kat bandar Melaka cari makanan.. macam macam ada ! Baru best , kan ? Masjid pon ada banyak untuk solat subuh nanti.. Kan kan ? Baru la lain skit gaya gini.. Ala ala gaya pelancong la gitu.. hahahaha.. 
Ok... kalau nak tau dengan lebih lanjut , boleh hubungi terus  :
Tina : 012 356 1448 atau +06 292 1133
Web :  www.thesettlementhotel.com
Email :  reservation@thesettlementhotel.com
FB : www.facebook.com/TheSettlementHotel
Instagram: www.instagram.com/the_settlement_hotel

Jangan tunggu lagi.. Buat tempahan sekarang !

*Sila follow media sosial The Settlement Hotel dan web utk tidak terlepas tawarsn hebat mereka. 

Pengalaman bagi talk secara santai di UMK Pengakalan Chepa , Kelantan.

Aku terima beberapa kali jemputan untuk beri 'talk' tapi seingat aku , aku hanya pernah terima jemputan di Teluk Intan jer.. yang lain aku tolak sebab tak bersedia. Tapi bila UMK offer , entah kenapa aku terus terima tanpa pikir panjang.. pastu baru mengelabah ! Hahahaha.. baru padan muka aku. Tak pasal pasal demam mengelupur kecuakkan ! Hahahaha.. ingat berani sangat ! 
Tapi aku kuatkan semangat. Cabar diri ini. Kalau wife aku boleh buat , kenapa tidak aku ? Haaaa.. dia sendiri berkali kali jadi pengerusi untuk mesyuarat yang dihadiri oleh KSU KSU Kementerian walhal dia sendiri cuak tapi berjaya gak dia lalui. Atas semangat tu gak la aku mencabar diri .. Rileks laa.. 'berdepan' ngan student je kot ? Hahahaha.. InshaAllah , diorang takkan bertanya soalan sebab kagum melihat kehenseman aku.. kan ? Aku harap gitu la nanti ! hahahaha.. 
Dari 2 minggu.. tinggal seminggu.. akhirnya tinggal 24 jam ! Debaran sampai kemuncaknya. Nasib baik laaa ada HOTEL PERDANA ! Kenapa HOTEL PERDANA ? Sebab staff mereka yang baik hati telah temankan aku seharian menenangkan diri dengan makan makanan yang sedap sedap di Hotel Perdana tu.. Huhuhhu... 
Akhirnya , tiba masa yang dinanti ! Aku gagahkan diri ni berdepan dengan pelajar pelajar pintar UMK. Doa aku tetap tidak berubah.. Jangan laaaaa korang tanya soalan soalan yang bisa membuatkan aku terkaku nanti. Hehehehe.. 
Dan , nama aku diseru.. Gulp... Tapi aku bersyukur , takda pensyarah yang join sama.. Huhuh.. Hanya pelajar jer.. Dalam 30 orang gitu. Nasib baik tak ramai. Kalau ramai , aku tak tau mana aku nak pandang.. Masa tu aku hanya membayangkan Amirah Othman atau Wany Hasrita sedang memandang aku sambil kenyit mata ! Aumm.. hahaha.. Aku gurau jer. 
Aku demam sebenarnya. Kepala ting tong sebab ubah. Tapi aku kuatkan semangan.. Aku mulakan dengan Bismillah.. 


Dan aku sudahi dengan Alhamdulillah.. Ada yang berminat untuk bertanya walaupun dah abis dah sesi aku merapu tuuu.. hahaha.. Aku pun tak tau la apa aku cakap depan tu sebab tetiba aku hilang punca ! 
Tapi aku bersyukur .. ada student yang post kemudian tag aku.. 


Sekarang aku mengerti perasaan bila penceramah tanya begini.. 
" Ada apa apa soalan tak untuk ditanya  ? ". 
Dan mereka pun krik krik..... Semua macam paham ! Tapi dalam kes aku , ada dua awek cun berjaya menyelamatkan keadaan.. Diorang tanya soalan yang dah biasa aku jawab.. Camana nak bahagikan masa dan nak tau blog kita ada pembaca.. Huhuh.. Tutup mata je jawab ! 
Selesai tugas aku dan menariknya , mereka berminat untuk menjemput aku sekali lagi ... tapi kali ni buat bengkel lak ! Aku terus senyum dan setuju.. Dalam hati aku , aku nak ajar apa nanti ??? Hahahaha... poyo tul aihhhh ! 

Bila anak anak tidak sihat..

Di Kelantan , aku demam dan batuk. Dah la ada 'talk' yang perlu aku hadiri , buat pertama kalinya. Ah , sudahh... Tiba-tiba wife kasi tau , Aariz pun demam ! Suhu dah cecah 40. Hurmmm. Camana ni ? Kalau dekat , aku berlari balik dah.. pastu bawak di klinik. Tapi wife cakap mak aku dah kasi mandi dan ok skit.. Wife terpaksa amik half day kerja.. Balik dan jaga Aariz. 
Camana la nanti aku gi travel lama lama ??? Hurmm..
Debaran berlalu. 'Talk' berjaya aku sampaikan. Sampai ke dalam minda pelajar atau tidak , aku tak pasti... hahahaha.. Maklumlah , 95% perempuan depan aku. Aku bukan gugup.. Eksaited lak ! Hahahaha.. sampai hilang punca gitu. Yelah , tetiba jadi tumpuan.. walaupun untuk sejam ! Hehehe.. Ni aku nak berenti jadi blogger ni... Nak jadi pensyarah lak laaa... Heeee...
Malam tu terus balik KL.. Sebelum tu gi umah mertua dulu.. hehehe.. nanti apa kata diorang lak. Alang alang dah ada kat Kelantan .. kan ?  Jam 10 malam , aku tiba di KLIA. Wife jemput. Qhaliff dan Zahra ikut sama. Qhaliff , sihat.. Zahra kelihatan lemah. Tak bermaya jer.. hurmm.. demam. Kena bawak gi klinik sekali lagi la jawabnya. 
Dan esoknya , aku bawak gi klinik.. Dua dua sekali kasi check.. Aariz , demam dia tak serius sangat. Tapi Zahra , paru paru dia risau ada jangkitan. Doktor kasi dia neb sekali lagi.. Masuk ni , dah 3 kali. Dialah yang pertama kali amik neb. Qhaliff yang menyusu ibu sepenuhnya sehingga umur 4 tahun.. tak pernah ada masalah dengan kahak... hurmm.. Sebab susu tepung ? Entah laa.. 
Kalau diorang sihat , maka petang nanti bawak diorang gi Melaka.. bercuti dan berehat di sana sekejap... Diorang pun lama dah tak gi bercuti.. huhu.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI