Ahad, 21 Mei 2017

KOPI BADANG bakal menguasai pasaran kopi tempatan !

Aku pengemar kopi tulen !  Tak beberapa mengemari kopi kopi yang bercampur dengan bahan bahan lain sebab boleh mendatangkan sakit kepala. Banyak dah aku cuba kopi tapi hanya kopi semata mata kopi je boleh masuk dengan aku. Dan juga aku tak gemar guna gula dalam air minuman melainkan memang dah ada seperti air kotak atau air berperisa. Aku minum je la.. 
Dan KOPI BADANG telah aku buat jatuh cinta dengannya. Aku ingatkan Kopi Badang sama macam kopi kopi 3 in 1 yang lain. Sedap tapi kandungan gula pun 'sedap' gak ! Tapi bukan pada Kopi Badang ! 
Ini pengalaman aku ketika hari pelancaran dan pengenalan duta rasmi Kopi Badang. Kopi yang dihidangkan di situ sedap tapi agak manis. Aku dah geleng kepala. Adeh.. camana ni ??? Takda beza la gini.. 
Sesi pelancaran berjalan dengan baik. Diikuti dengan pengenalan video viral Kopi Badang yang best dan menarik ! Ada dua video.. Klik VIDEO 1 atau VIDEO 2 untuk tonton.  Kreatif dan santai je video dia. Tersenyum je la bila tonton.. 
Zamarul Hisham dipilih sebagai Duta Rasmi dan beberapa artis otai sebagai Duta Kecil dan mereka akan terlibat di beberapa lokasi terpilih untuk promosi Kopi Badang nanti. 


Sesi Q&A dibuka... haa , ni yang aku tunggu.. hehehehe... Akhirnya aku tanya satu soalan untuk mereka. Sejujurnya aku seorang yang tidak gunakan gula dalam  minuman di rumah. Di luar rumah tu , memang payah nak kawal la... Soalan aku berkaitan dengan gula memandangkan ketika aku minum tu , terasa manisnya. Aku diberi jawapan. Ok la , puashati.. 
Walaubagaimana pun , aku perlu mencubanya sendiri di rumah untuk memastikan apakah benar benar Kopi Badang ni bagus untuk diminum ! Ahaaa... Abis event , aku terus ke Melaka. Kopi Badang , aku bawa bersama. Ingat nak minum sambil lepak tepi kolam.. Cerah mata nanti ! Hahahaha.. 
Pagi Sabtu.. aku nak mulakan kerja kerja blog yang dah mula banyak . Wife sediakan kopi untuk aku dan pastinya Kopi Badang.. Terus bersemangat !  Kena secawan dulu , kawan ! Hahahaha..

Yes !! Inilah yang aku nakk !! Kopi macam ni la baru layak aku usung ke mana saja aku pergi. Minum bercawan cawan pon tak rasa menyesal sebab aku tak terasa manisnya tapi kopi saja aku terasa di dalam mulut. Puashati ! Dan mata aku automatik bertambah cerah.. Idea datang mencurah , kerja siap lebih cepat. Bau mulut pon tak da ! Biasanya mesti aku cari air suam untuk bersihkan mulut... hahahaha... 
( Alamak.. kopi dah abis ! Aku bawak satu kotak ke Melaka ni.. hahahaha..  Sedap !! Abis kopi , idea terus hilang. Hahahaha.. Jap , nak buat secawan lagi.. hehehehe... Baru leh sambung update.  )
Ok..sambung..  Sedikit info mengenai Kopi Badang ni.  
Kopi Badan , kopi pra campuran 3 Dalam 1 adalah keluaran Al Mubarak Health Sdn Bhd dan 100% kopi tulen bermutu. Kopinya ialah terpilih dan bergred tinggi dari Colombia.  Tidak ada sebarang bahan campuran tiruan seperti perasa tiruan , pewarna tiruan , pengawet tiruan dan kopi tiruan digunakan di dalam Kopi Badang. 
Nama Badang dipilih bukan kerana sifat fizikal atau kekuatan Badang seperti yang digambarkan dalam hikayat cerita rakyat tapi kerana sifat kejujuran , keikhlasan dan seluruh watak Badang dalam ceritanya mengambarkan sifat dan ragam masyarakat tempatan ketika itu. Maka sebab itulah pengasas Kopi Badang , Puan Azaha Bte Beram , seorang usahawan yang berkecimpung dalam perniagaan produk kesihatan telah menghasilkan kopi dan menjual kopi 3 dalam 1 tanpa bahan tiruan serta 100% tulen kepada semua pelanggan. 
Menurut Puan Azaha , antara manfaat Kopi Badang ialah sesuai diminum oleh mereka yang bergantung kepada kekuatan penumpuan minda seperti pelajar dan ilmuan.  Secawan Kopi Badang , dapat membantu menghilangkan rasa letih dan lesu. Ok , ini aku tak nafikan.. Sebab aku baru je update entri ni sambil minum Kopi Badang pada jam 4 pagi ! Terasa banyak idea ni.. hahahaha... 
Selain itu , Kopi Badang 3 Dalam 1 ini juga sesuai untuk mereka yang bakal memulakan perjalanan jauh atau dekat.. terutama nak pergi kerja di pagi hari atau nak balik kerja.. sila dapatkan secawan dulu untuk hilangkan keletihan ! 
Ok.. itu info mengenai Kopi Badang. Dan ini info untuk mereka yang menjadi stokis dan juga berminat nak jadi stokis Kopi Badang ! Pihak pengurusan Kopi Badang menawarkan insentif insentif menarik kepada para stokis dan pengguna. Stokis yang berjaya mencapai sasaran jualan yang ditetapkan dalam masa 7 bulan , layak mendapat kereta samada Toyota Velfire atau Mercedes Benz , Toyota Vios atau Honda City.. er Perodua Axia dan juga Proton Saga juga ditawarkan ! 



Manakala untuk pengguna lak , jika membeli sekurang-kurangnya 12 kotak Kopi Badang layak untuk menyertai cabutan bertuah dan hadiah yang ditawarkan ialah Perodua Axia , motorsikal , Iphone 7 dan tv LED. 

Kepada mereka yang berminat nak jadi stokis boleh hubungi : 
  • PREMIER VICTORY ENTERPRISE - 07 232 6124
  • HISHAM NORDIN - 019 779 2211
  • KAMARUL ARIEF - 018 388 5985

Untuk maklumat lanjut termasuk cara nak sertai peraduan , boleh rujuk di Facebook Kopi Badang Official .

Boleh pakai ke tak ni 'beg plastik' di Melaka ?

Awal pagi semalam.. Awal tu tak la awal pon. Dah kul 11 pagi. Aku tidur balik lepas subuh sebab ngantuk sangat.. malam tak berapa dapat nak tidur sebab Zahra tak tidur. Demam dia. Hurm.. tu entri lain nanti yer.. 
Aku turun dengan Qhaliff , g cari makan. Hurmm.. Berjalan la kat deretan kedai. Disapa mesra oleh dua pakcik yang duduk depan dobi. Orang gini patut letak di tempat tumpuan pelancongan. Bagi elaun bulanan sebab mulut ramah disebabkan mulut ramah dia ni !! Berbaloi... sejuk hati pelancong.
Berjalan.. cari kedai makan.. Jumpa satu jer.. Tu pun kedai mamak. Ok la... janji ada ! Order nasi lemk dan mee goreng. 
Siap ! Dia kasi.. dalam plastik ! Aku tak perasan lagi bab ni. Kemudian aku masuk 7 Eleven. Qhaliff nak air.. aku tau , dia bukan nak air sangat pon ! Ada la tu nak usha mainan dalam tu nanti. Hurmmm... jangan terkena dah ! 
Dalam 7 Eleven.. aku cari roti... air untuk Qhaliff dan Zahra. Aku letak di kaunter. Dia bagitau jumlah yang perlu dibayar. Aku pun bayar je la.. Dan di sini bermulanya sakit hati aku ! 
" Plastik ? " . Tanya aku. 
Dia tunjuk tag dia pakai.. Aku tergamam tengok ! Lebih kurang tulis gini laa.. " Tiada Plastik". Aku tak beberapa ingat. Tak sempat nak amik gambar lak ! Adehhh.. Awalnya aku ingat dia punya kad pengenalan kerja dia ke apa.. tu aku tak amik tau nak baca ! Rupanya nak kasi tau dalam tu tak sediakan plastik ! Hurmmm..
" Dah tu saya nak bawa ni camana ? ".Tanya aku. Dia senyum jer. Dia kata Melaka memang kasi guna plastik lama dah. Yang aku bawak makanan yang dibeli tu kalau Majlis Perbandaran nampak , aku kena saman ! Hek lerrrrrr ! Giler apa kot ???? Ingat aku orang tempatan ke nak main saman tanpa ada sebarang amaran bertulis kat mana mana kawasan situ kot ???
Memang aku tau ada beberapa negeri dah wartakan pasal plastik beg ni tapi tak la sampai tahap nak saman kalau guna gak ! Hadoi.. Aku geleng kepala. Aku tengok Qhaliff.. Camana aku nak bawak ni eh ? Tak pe.. 
Aku pegang semua. Qhaliff jalan tanpa aku pegang tangannya. Dia jalan di sisi kiri aku sebab kanan jalan raya ! Haihhhhh... Menyumpah seranah aku dalam hati ! Kot ye pun tak da plastik beg , jual paper beg ke... offer beg apa saja asalkan boleh letak barang ! Bukannya takda duit nak bayar. Ni SENGIH jer siap ugut konon boleh disaman ! Hadoiiii.. Aku duduk Selangor yang siap dikecam viral berminggu lamanya pon , cuma bayar 20 sen jer kalau nak guna plastik beg gak !  Lantak dia la nak kaya sebab jual plastik atau tak , tapi aku lebih utamakan keselamatan anak aku ! 
Aku berjalan la dari situ ke hotel dalam 5-7 minit perjalanan sambil pegang barangan yang aku beli. Sampai je bilik.. aku terus amik gambar dan post di media sosial. Bukan nak dapatkan tumpuan atau nak popular tapi nak maklumkan pada rakan-rakan mengenai penggunaan beg plastik di Melaka ! 

Ini barangan yang aku beli dan pegang sambil berjalan kaki... ada satu beg plastik berisi nasi lemak 2 bungkus dan mee goreng. Kalau naik kereta , takpe la.. Ni aku jalan kaki kot ??? Bayangkan jika aku ke situ dengan dukung Aariz yang 8 bulan tu. Yelah , saja saja nak berjalan bawak anak tengok bumi Melaka sambil cari makan . Camana nak usung makanan yang dibeli tu ? Sepatutnya cakap la sebelum dia kira. Boleh aku terus keluar dari situ... 
Di hotel.. aku ceritakan masalah aku ni pada manager mereka. Mereka tergamam. Mana ada macam tu ? Aku dah mula garu kepala. Boleh ke tak boleh ni guna plastik beg di Melaka ? Ke itu cuma satu kempen je ? Takda la sampai tahap nak saman sapa guna ? Haihhhh... 
Malamnya , aku keluar gi cari aiskrim untuk Zahra. Aku ke SpeedMart yang berada berdekatan hotel. Sekali lagi aku terlupa bab 'plastik beg' sebab anak sedang demam kan ? Aku amik ais krim 3 , air botol besar.  Cashier kira dan letakkan semua dalam plastik beg ! Eh ???? Selagi lagi aku tergamam ! Nampaknya dalam entri ni aku banyak guna TERGAMAM lak ! Hahaha.. Ok , sambung... Aku tanya adik yang cun itu. 
" Dik , boleh ke tak boleh ni guna plastik beg ? Kenapa tadi saya beli kat 7 Eleven tu , dia kata tak boleh guna ?? ". Dan dia jawab.. 
" Kitorang kasi jer. ". Dia senyum. Hurm... kan senang gini ! Aku bukan tak support kempen tanpa plastik beg ni.. aku sokong jer tapi pihak yang berniaga ni sediakan la alternatif andai pembeli terlupa nak bawa beg beli belah mereka. Bukan semua orang alert dan ingat mengenainya !
 
Tapi menurut rakan rakan di Facebook , memang ada yang sediakan paper beg atau kotak untuk pelanggan mereka andai beli banyak barang.. 
Hurmm.. 


Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI