Isnin, 22 Mei 2017

" Jangan lupa bawak 'kuda' Zahra ! "

Hah ??? Kuda apa lak ??? Oh , terlupaaa aku.. Si MLP dia ! Haishhhh.. Cakap la Pony. Cuak pulak aku tak pasal pasal kena beli kuda. Yelah , permintaan orang demam kan ? Kekadang ngalahkan orang mengandung mengidam. Mana aku nak cari kuda di kala duit dalam bank ada baki RM1.05 jer!
Selepas wife membetulkan 'arahan' tu , terus aku cari di ruang tamu. Di hospital , giliran wife dan Qhaliff jaga Zahra. Aku balik ke rumah nun di Sepang jap. Amik pakaian sebab Zahra dijangka berada di wad sehingga Rabu nanti. 
" Ok , jumpaa.. " . Terus aku letak telefon. Kalau zaman bercinta dan awal kawin , nak letak telefon je dekat setengah jam.. ucap ' I love You' saja dengan 1000 kali ! Pastu pakat  'U la letak dulu... U laaaa.. U laaaa' . Skg ni tak abis cakap , dah letak ! Hahahahaha...
Aku pegang anak kuda Zahra dan geleng kepala. Takkan la aku nak bawak kuda ni gi spital dengan keadaan gini ? Bikin malu daddy ni kalau nurse atau doktor tengok ! Adehh.. Lagi pun boleh mendatangkan bahaya juga pada Zahra.. Camana eh ? 
Jahit sendiri ? Alaaa.. malasnya nak cari jarum dan benang ! Kalau nak jahit sendiri , mau dengan 15 minit gak ni. Hurmm.. camana eh ? Takda pilihan ! Kena jahit sendiri gak. Masa untuk keluarkan segala skill menjahit yang aku tinggalkan ketika aku berusia 17 tahun. Dulu aku mengait ok !! Haaa.. aku tipu jer ! Hehehehe... Tapi memang aku menjahit sebab mak aku paksa. Dia kata anak jantan apa tak reti menjahit ! Pastu dibuktikan lagi dengan babak Rambo menjahit lukanya sendiri.. aku yang teringin nak jadi Rambo pastinya tercabar dengan skill Rambo tuuu.. Fuh , tertipu sungguh la aku dengan Hollywood ! 
Dan aku mula menjahit.. Tak sampai 10 minit , siap ! Wahhh.. otai masih berbisa gituuu... Lubang jarum pon berjaya aku masukkan tak sampai 10 saat. Ternyata aku memang pakar bab memasukkan lubang ni... hahahaha.. Jangan pikir bukan bukan yer ! 
Siappp ! 
Tak kemas sangat tapi ini yang terdaya aku buat memandangkan aku dalam keadaan kelam kabut .. nak kembali ke hospital semulaa... Ok la kan dari tak da ! 
Di hospital , Zahra cukup gembira dapat 'horse' dia... 
Dah nampak makin ok tu... InshaAllah.

Pendirian aku dalam dunia media sosial !

Aku dah layan media sosial ni sejak usia 20 an lagi. Dah lalui dunia telnet , irc , icq , yahoo chat , meebo ,  Friendster , Myspace , Tagged , Facebook , Twitter dan Instagram. Kawan-kawan setiap kali aku bukak akaun , mesti ramai. Malas nak tulis beribu ribu.. nanti kata aku poyo lak ! Hahahaa.. tapi apa nak buat , tu la hakikat perlu diterima.. Aku kan peramah lagi kacak orangnya ! Hahahaha.. Nak muntah ? Gi jauh jauh.. hahahaha.. 
Macam macam dah aku lalui. Dapat teman baik di media sosial.. Alhamdulillah.. yang tak suka kat aku pun ada.. Al maklumlah , aku bukan putera raja kaya raya  nak semua orang suka.. kaann ! Huhuu...
Tapi satu je perangai aku dari dulu laa... Kalau aku berkawan , aku memang DIE HARD punya laa ! Aku buat apa saja demi persahabatan. Selagi tak langgar peraturan , aku ok jer. Tapi kalau dah dilempar dengan TAHI , maka siap laaah ! Aku memang tak kasi peluang 2-3 dah..
Aku akan UNFRIEND dan BLOCKED ! Kenapa ? Sebab aku tak nak diorang amik tahu hal aku seterusnya mengundang umpatan dan begitu juga sebaliknya. Aku nak elakkan dosa dosa gini. Tak larat nak makan daging saudara sendiri di akhirat kelak.  
Bukan apa kan... korang pun dah tau , korang tak suka atau disukai oleh seseorang.. buat apa dok berfriend friend lagi kan ? Dia tengok pun menyampah. Tapi dek kerana ego , masing masing tak nak UNFRIEND.. Kononnya berhati mulia la. tapi bila nampak status atau gambar kita lalu di timeline , tau pulak menjelir lidah ! Kan senang tak tau langsung ! Kan kan ? 
Benci ? Takda la.. aku buat gini sebab sayang. Dalam hati aku ada taman. Aku maafkan dah pon andai ada yang tak suka aku tu... aku pun mintak maaf la kalau ada salah silap aku. Tapi kalau dah rasa tak leh ngam , kita duduk jauh jauh. Tak perlu nak jeling menjeling.. Senang kan ? 
Akhir kata.. Jom layan Kopi Badang secawan dulu ! Pastu nak bercawan cawan , terpulang la.. Tak cukup stok , meh beli ngan stokis terpilih.. Hahahahaha.. Nak jadi stokis pon boleh ! Haaa... Dari dok mengumpat keji , baik kita meniaga di media sosial ni ! Barang pon bagus.. Kan kan ? 

Nasib baik cepat ke hospital..

Jumaat lepas , ada gi klinik Mediviron. Doktor tu dah suruh refer ke hospital , Zahra ni.. Bukan apa.. demam dan batuk dia tak baik lagi. Takut ada sesuatu di dalam badan dia. Dan dia risau akan jangkitan kuman pada paru parunya.. Hurmm.. 
Aku tanya wife.. camana ? Nak gi Melaka buat semalam dulu.. balik nanti baru gi hospital ? Mana la tau kot kot udara tempat lain beri kesembuhan.. Doktor pon kata tak la teruk sangat batuk Zahra cuma ada kahak tu jer yang merisaukan. Dia kasi ubat lagi.. 
Di sana , dia ceria tapi batuk dan demam dia ada la skit skit.. Ada satu malam tu , aku nekad nak balik jer pastu terus gi hospital tapi rakan di sana nasihatkan tunggu siang hari baru balik. Risau aku memandu di malam hari dan memandangkan situ bukan kawasan aku , aku amik nasihat dia. Tunggu pagi je nanti baru balik KL dan pergi ke hospital.
Ahad.. Badan Zahra dah agak ok cuma batuknya masih ada dan kahak menjadi isu utama ! Ok , aku nekad bawak gi hospital panel insuran mereka. Memula aku antar Aariz ke mak aku. Dia pun dah mula selsema dan demam. Haish.. pakat berlawan lak ni ! Ini sudah merisaukan aku ni... Camana nak tinggalkan dia nanti. Takut dia menjerti tak berhenti je nanti.. Hurmm..
Kemudian bawak Zahra ke hopital di Ampang. Nasib baik ada insuran ! Leh cover segala perbelanjaan perubatan. Alhamdulillah. Agen insuran aku , En. Addy Gagah memainkan peranan dia dengan sebaiknya dan pantas.. Segala urusan hospital berjaya diuruskan dan dapat bilik walaupun agak lama tunggu.. Janji selesai masalah ! 
Doktor kasi neb lagi. Darah diambil. XRay dibuat. Ada jangkitan kuman di paru-parunya. Kena warded ! Adehhhhh.. Terus terbayang Aariz di umah. Mak aku call , Aariz nangis. Suhu badan pun naik. Adehh.. camana ni ??? Nak tunggu masuk bilik . lom dapat lagi.. Agak cuak dan kelam kabut sekejap. 


Jam 9 lebih baru urusan selesai ! Dapat bilik.. Terasa lega di hati. Zahra pun tak demam dah tapi batuk berkahak tu masih ada . Aku temankan dia malam ni... wife dan Qhaliff balik rumah mak aku. Jaga Aariz. Esok tukar syif. Tapi aku berharap esok selesai la kot.. tak nak la lama lama kat spital.. kan ? Puasa pon dah dekat ni.. 

Dia ok ngan aku. Nasib baik selama ni dia tidur ngan aku maka untuk malam ni , dia tak la merengek cari mak dia. Ni lepas amik antibiotik dan ubat apa tah.. dia terus lena. Sian dia.. lama dah sangat tak dapat tidur lena. Sebab tu gak aku terima je Zahra ditahan wad. Dapat la dia berehat skit.. hurmm.. 

 Lepas dia tidur , barulah aku dapat tarik nafas lega... Baru dapat buat kerja dan nasib baik la wife aku ada bawak Kopi Badang untuk aku. Dapat gak hilangkan penat sambil buat kerja. Tak la aku tertidur depan laptop, seperti sebelum sebelum ni.. huhu..

Legaaa dapat secawan Kopi Badang tapi wife tau , secawan kopi akan jadi bercawan cawan ! Sebab tu dia kasi lebih !! Hahahahaa..
Sedap weh Kopi Badang ni ! 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI