Rabu, 24 Mei 2017

Zahra , hari ke 3.

Dijadualkan dia discharge hari ni. Tapi malam tadi , dia demam semula. Qhaliff pun demam. Aariz pun demam haaa.. Dan aku sendiri pun demam. Tapi Zahra paling aku kesian. Dia merengek lain macam. Sikit skit nangis. Nurse check... dan dapati laluan 'bermasalah' . Baru aku perasan , tangan dia bengkak dah..
Terus nurse bukak dan sapu ubat.. Barulah dia dapat tidur selepas tu. Aku sendiri pun baru dapat tidur. Hurmm...
Tengok la camana hari ni. Mak dia pun dah berhari cuti. Qhaliff sendiri pun tak gi sekolah. Sian dia. Lama tak belajar. Hurmm... Moga hari ni Zahra makin sembuh.
Hurm.. penat. Hal anak  ok je.. ditambah dengan dugaan lain..

Hati-hatilah dengan penipuan di internet !

Tahu tak korang , betapa banyaknya akaun palsu di internet ni ? Aku dah berkali kali dapat mesej pemberitahuan dari rakan rakan mengenai 'gambar milik aku' digunakan oleh banyak orang. Ada yang berjaya aku buat laporan pada admin Facebook dan ditutup. Ada yang tak berjaya . 
Ada satu kes sebelum ni , dia mesej aku bagitau mak dia ditipu. Akaun nama sapa tah tapi muka  muka aku zaman aku hensem. Muda muda dulu laa.. Acaner la boleh percaya , aku tak tau laaa.. Malas nak ulas lanjut. Aku tengah tak sihat. Aku pulak yang demam ni.
Dan pagi tadi aku dapat email.. Hurmm.. Dia sertakan satu no telefon. Aku pernah dapat no telefon ni dan save. Aku pernah call tapi tak berjawab. Whatsapp pon tak berjawab. Hurmm..

Tak tau nak kata apa.. Kalau aku free nanti , aku nak gi buat report polis. Rasanya orang ni dah over sangat dah. Tapi buat rakan rakan di luar sana, berhati hati . Jangan laaaa mudah percaya dengan media sosial ni. Pacak muka hensem  atau cun skit , terus percaya.. tergoda ! 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI