Isnin, 29 Mei 2017

Jom ke New Zealand bersama Ikhlas Tours !

4 bulan lagi ! Hehehe. InshaAllah , jika panjang umur. Segala-galanya telah diuruskan oleh team #KembaraKBBA9 dan juga Ikhlas Tours yang beroperasi di New Zealand. Hanya menanti masa saja. Tak sangka , mudah berurusan dengan mereka. Dan kosnya , mampu bayar la.. Untuk 6 hari 5 malam , bawah RM2K seorang ! Ok la kan ?
Menarik New Zealand ni kalau kita ni pencinta alam. Hehehe.. Kalau untuk shopping , rasanya tak la sesuai ke sini. Aku nak ke sini sebab nak rehatkan kepala otak aku sebelum masuk tahun baru dan kena pulak time aku dan rakan rakan blogger gi ni nanti , musim Spring ! Haaaa... Tak terbayang keindahannya nanti ! Huhuhuh.. 
Apakah pakej yang kitorang amik ? Owh.. ni yang best ni. Kitorang akan memandu sendiri di sana ! Tu yang best tuuu.. Hahahaa.. Sebab tu kena cari geng sekepala untuk travel gini. Baru best. Apa yang disediakan oleh Ikhlas Tours ? Haa.. meh aku kasi tau.. 
Jadual 5 hari 4 malam ( tak nak lama lama.. rindu anak ! ) 
Ahaaa.. mesti tertanya punya.. camana punya penginapan.. transport yang disediakan oleh Ikhlas Tours. Oh ya , makanan kitorang bawak dari KL. Tapi ada gak plan nak buat food review kat sana.. Hehehe.. Cari restoran halal dan tulis mengenainya di blog. Kot kot la korang nak gi nanti , kan ? Heheeee..

Dan antaranya dah dibooking untuk kitorang ialah.. 


Pengangkutan dan lesen.

Ahaa... amacam ? Ramai dah amik pakej bersama Ikhlas Tours dan alhamdulillah , semua gembira ! Boleh tengok di page Ikhlas Tours sendiri.. Kalau nak tau dengan lebih lanjut , boleh email pertanyaan ke :  i k h l a s . t o u r s @ g m a i l . c o m
Tak sabar nak ke sana ! Moga panjang umur dan tercapai impian. InshaAllah.

Jangan berkiralah dengan anak kita !

" Daddy , nak toys.. " . Ayat yang kadang kala keluar dari mulut Qhaliff dan juga Zahra. Aariz belum pandai lagi nak berkata kata walaupun dah pandai menjerit memanggil mak bapak dia ! Hahahaha.. Adeh.. pandai dah diaaa.. 
Dengan wife , memang diorang payah nak dapat. Bukan sebab kedekut tapi wife memang tegas sikit bab bab ni. Yelah , berlambak mainan diorang dalam stor tu. Main sekejap jer.. pastu tak usik dah. Huhuh.. memang leh sentap la kan ? 
Tapi aku tak.. Aku bukanlah nak membazir tapi aku yang selalu je baca kisah kisah sedih insan insan yang kurang bernasib baik.. yang mana anak anak kecik mereka terdampar atas katil , dibelikan mainan.. tapi nak buat apa ? Bukan mereka nak main pon.. Huhuh.. 
Dan seminggu aku di hospital bersama Zahra.. Aku tanya dia.. Nak toys tak ? Dia jawab tak nak.. Apa pon dia tak nak. Nak tidur jer. Lesu je tengok dia. Memang 'menakutkan' aku. Berdoa agar dia kembali ceria dan cergas.. Nak tengok semula dia menari depan aku setiap malam.. di kala aku nak lena... dia sibuk tengok kartun.. huhuh.. Aku rindu nak saat tu dan jika ianya kembali , aku takkan larang dah.. Biarlah menari pon sampai pagi ! Huhuhu.. 
Di Tesco petang semalam.. Qhaliff nak anak patung BayMax selepas Zahra dapat anak patungnya.. Car.. Aku tau , Qhaliff bukan nak sangat tapi dia nak aku berlaku adil. Apa Zahra dapat , dia dapat ! Yer , aku belikan.. Dia senyum.  Dia 'lega' daddy dia masih sayangkan dia.  Diorang dah pandai bermain psikologi dengan kita. 
Dan teringat aku kalau Qhaliff demam. Dia lagi teruk kalau demam.. apa apa pun tak nak ! Huhuh.. Maka biarlah apa diorang nak.. Selagi aku mampu belikan , aku belikan Selagi mereka ada di sisi , aku berikan yang terbaik Aku tak nak menyesal kelak.. Apa guna duit banyak tapi kebahagiaan tiada ? Dan merekalah kebahagiaan aku buat masa ini.. 

Pantau demam Zahra 48 jam..

Discaj dari hospital tapi dia belum pulih 100%. Demam dan batuk on off. Demam dia tu merisaukan. Kadang kadang cecah 39. Terus basahkan tuala pastu letak di perut dan ketiak dia. Pastu turun sikit suhu tu.. Tak tidur aku semalaman hingga sahur. Lepas subuh , aku mintak wife lak pantau dia. Aku nak lenakan diri. Risau aku lak demam.. Kalau aku demam , lagi payah... 
Ahad.. demam dia masih ada. Aku bagi kata dua pada wife. Kalau  demam tak surut , kita kembali ke Prince Court.  Tapi sebelum tu , jom kita regangkan otot dulu.. bawak dia gi Tesco. Tengok keadaan dia camana. Kalau dia tak bermaya , memang kena gi hospital. Tapi kalau dia segar terutama bila nampak anak patung , tu memang dia sedang bersedapan ! Maksud aku , dia sedap layan demam dia! Hurmm.. 
Dan jangkaan aku tepat.. di Tesco , dia ok ! Nak itu ini.. Dan dia kembali berselera makan. Tu je masalah dia skang. Dia tak nak makan. Tapi selepas gi Tesco tu , dia nak makan.. KFC lagi ! Pastu nampak la segar skit.. Namun suhu badan dia tetap naik. Aku mandikan dia dan bagi ubat demam. Hurmm.. Aku pandang wife. Sian kat dia kalau kena cuti lagi. Moga moga tak demam dah dia esok.. Sian kat Qhaliff gak. Seminggu tak sekolah. 
Malam... Zahra tidur lena. Setakat sehingga jam 1 pagi , suhu badan dia normal.
Moga dia tak demam dah.. Kalau demam , aku kena pikir pelan B.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI