Selasa, 30 Mei 2017

Memang kalau keluar hospital..

" Zahra , meh makan ubat.. ". Arah ibunya. Zahra sekadar memandang dari jauh kemudian jelirkan lidahnya. Ok , dia dah sembuh. Alhamdulillah... Lega rasanya. Yelah , dua hari dia 'tersadai' tanpa berbuat apa apa.. Nyaris aku nak bawak dia masuk balik Prince Court. 
Betul ke kata orang.. kalau kita dah masuk dalam wad , bila dah keluar tu.. mesti demam sehari dua atau badan terasa lesu semacam jer ? Hurmm .. aku yang jaga dia di wad pun terasa lesu. Rasa macam nak suruh Zahra bangun dari katil dia tu , aku nak baring lak.. suruh dia lak jaga aku. Tapi kalau aku buat gitu , rasanya aku akan tidur di ICU untuk malam tu.. hahaha.. 
Demam , dia tak dah.. Tapi pipi dia naik kemerahan. Macam naik ruam gitu. Orang kata panas dia keluar.. sehari dua nanti hilang lah.. kan ? 
Tapi yang pasti , dia dah kembali cergas walaupun tak 100%. Selera makan dia pun dah beransur ansur kembali. Namun gitu , aku tetap kena pantau dia. Abang dia , Qhaliff dan Aariz.. Alhamdulillah.. sihat je tapi ada la selsema gitu.. sesekali bersin , kuar hingus hijau ! Huhuuh.. Moga diorang sihat berpanjangan.. Ada projek ke Johor minggu ni.. InshaAllah.. Nak review hotel gitu.. heee.. Kalau ada rezeki la.. Kali pertama mereview hotel di bulan Ramadan. Ikutkan aku , malas nak gi mana mana pun. huhu..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI