Rabu, 31 Mei 2017

Masalah dengan keguguran rambut dan kurangnya susu ibu untuk bayi anda ? Cubalah Nutrafemme !

Termenung... Hurm. Camana nak bantu eh ? Wife tunjuk kat aku rambut dia yang gugur. Dan masalah kerja di pejabat dan tidak cukup rehat menyebabkan susu untuk Aariz , yang baru berusia 9 bulan tidak cukup stok !
Dah cuba beberapa jenis produk namun hasilnya tidak begitu memberansangkan. Dan baru baru ni , terbaca satu iklan  mengenai produk yang dikatakan mampu membantu menyelesaikan kebanyakkan masalah-masalah yang dihadapi oleh wanita masa kini seperti menguatkan akar rambut , meningkatkan penumbuhan sel payudara , mencerahkan kulit , meningkatkan keanjalan kulit , memecahkan lemak , menambah susu ibu , mengempiskan perut , mengecutkan peranakan , mencuci dalaman wanita , menambah tenaga , mengetatkan saluran faraj , menguatkan sistem imunisasi dan banyak lagi.. sila rujuk gambar dibawah ni eh !  

Waduh , biar betul ???? Takkan kot ??? Ok.. sebagai orang yang dah biasa dengan media sosial , aku cari testimoni testimoni yang boleh dipercayai di internet.. Dan ada beberapa yang aku jumpa terutamanya mengenai berat badan , rambut dan juga susu ibu ! Sila baca sendiri  di Testimoni Nutrafemme.
Sebelum tu.. nak gak tau kan , bahan-bahan yang digunakan di dalam Nutrefemme ni , kan ? Menurut maklumat yang aku perolehi  , Nutrefemme ni dihasilkan dengan komposisi 21 bahan yang terdiri dari herba , buah-buahan , ekstrak bunga , multivitamin , mineral dan diperkayakan dengan kolagen. Komposisi ni diberi nama Nutraplex21  (Nutrition Complex ). 
Ok.. yakin buat pertama kali. Nak wife cuba... aku dapatkan sekotak sebagai percubaan. Kalau bagus , aku beli berkotak kotak ! Hahahaa... Yelah , barang baik.. jangan dilepaskan , kannn ?  
Baru je order , dah dapat ! Perghh.. Efisien gituuu.. 

Hurm.. kotak dia cukup menyakinkan. Kalau luaran saja dah gempak , dalam apatah lagi kan ??? Hehehe.. Jom tengok dalam dia camana lak . Apakah segah kotaknya ???? Rasanya ? Baunya ? Cara nak makan ? Huhuhuh.. Banyak tul persoalan eh ? 
Jom bukak kotaknya.. slow slow.. sabare dong ! 


Senang rupanya ! Tak yah nak bancuh bancuh dah. Koyak dan hisap jer.. Rasanya , memang aku yakin semua boleh telan punya laa.. Takda rasa atau bau seperti jamu atau makjun sama sekali. Sangat mudah ditelan tanpa mengerutkan muka. Yer , aku sendiri cuba laa... Kalau tak sedap , aku tak la update dalam blog aku ni ! Hahahahaha .. 
Er, apakah kesannya dah nampak ? Giler kot ??? Baru satu sachet , dah susu kuar banyak dan rambut kembali lebat ??? Haish.. nampak sangat aku temberang.. Tapi yang pasti , malam tadi , aku tak tidur sampai sahur ! Lepas sahur , baru tidur jap.. pastu bangun subuh dan terus ceria hingga ke tengahari. Hahahaha..  Menarik ! Tak sabar nak tengok kesannya pada wife. Dan jika terbukti bagus , aku nak belikan untuk mak aku gak.. Dia dok mengadu kepenatan.. Yer la, dok jaga cucu cucu dia.. Huhuh..
Aku dimaklumkan , jika pembaca blog aku nak beli.. mereka akan dapat potongan 30% ! Amboiiii... banyak diskaun tuuuuuu.. Huhuhhu.. 
Ok, ok.. Camana nak beli ?? Boleh hubungi Finaz Nutra di 0135943659 atau boleh je layari laman web Nutrafemme di www.nutrafemme.com

Aku nak update blog tapi..

Asal aku pegang je laptop.. Dia datang kacau.. Tarik phone la.. Naik belakang aku la.. Duduk atas aku.. Hurmm..
Bila aku shutdown dan simpan laptop, dia senyum. Terus baring sebelah aku dan ajak berbual..
Hurm.. Teringat janji aku hari tu.. Dia sembuh nanti, aku luang banyak masa utk dia.. Tapi sapa nak buat kerja kerja aku yg berlambak tu??? 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI