Sabtu, 3 Jun 2017

Dua kejadian bikin 'tepuk dahi' di Phoenix Hotel , Forest City Johor

Adeh.. Dah la pertama kali datang tempat ni.. Terus aku letak 'batu asas' di sini sebagai tanda ' i was here' ! Hahahahah.. Apa kes kah ??? Yang pertama dan ini amat buat aku geleng kepala.. Huhuh.. Tengah aku berselera makan , Zahra muntah dengan banyaknya.. Huhuhuh.. Sian dia. Baru nak berselera makan. Tapi yang bagusnya , staff Phoenix Hotel ni pantas buat kerja tanpa menjeling kat Zahra pun. Hahahaha.. Maafkan saya yer..  Abis baju seluar dan sofa tu.. huhu.. Terus aku angkat dia dan bawa ke tandas. Bersihkan Zahra. Dan staff mereka turut membantu. Terharu aku ( kebelakangan ni aku kuat terharu.. mungkin setan kena ikat kot ? ).
Selepas bersihkan dia.. aku kembali ke meja makan.. Nak makan lagi tapi tak nak makan yang berat berat.. aku mulakan dengan... durian ! 
Subhanallah... sedapnya laaa durian ni ! Berlemak sungguh. Abis semua aku bedal ! Nak amik lagi , segan.. hahahaa.. Kemudian aku ternampak bahagian kek kek.. Aku tanya wife.. nak tak ? Dia nak. cheese ! Aku nak amik kek coklat laaa.. 
Aku pun gi amik.. Zahra mengekor aku. Huhuh.. Aku amik yang aku suka jer.. Hehehe.. biasanya yang bercoklat coklat.. Dan ternampak sepotong kek ni. Wowww.. mesti sedap ! Pantas aku amik.. hahaha.. 
Duduk di tempat asal.. terus amik sepotong demi sepotong.. masuk mulut. Sedapnya.. Dan tiba pada kek coklat ni.. aku gigit.. terasa kenyal ! Huhhh ! Kek span jadah apakah ini ? Semacam jer ??? Aku gigit lagi... kenyal sungguh ! Aku cuba picit picit.. 
OMG !!! Ini kek perhiasan atau kek tipu woiiiii ! Yang aku gi amik apahal ? Kan ada banyak lagi kekk ! Adehhhhh.. Aku usha kiri kanan.. Apakah ada yang nampak.. Huhuhuh.. Wife dah bantai gelak mengekek.. Qhaliff siap datang tanya.. " Kenapa daddy makan kek tuuu ? ". Kecik besar kecik besar je aku tengok dia ! Dia ingat aku nak sangat kot makan kek ni ???? Huhhh.. 
Pengajaran buat aku.. Lain kali , makan ajak kawan kawan.. Bagi kawan kawan makan dulu , baru kita makan.. Kalau terkena , diorang dulu terkena dan kita boleh gelakkan diorang ! Ok ? Hahahaha.. Malu dah nak datang sini.. Walaupun dia kata tahun depan nak ajak aku datang lagi.. hahaha...

Terima kasih Papa Amyzal !

Terharu ! Dua sebab.. satu dia sanggup datang jauh jauh semata mata nak ajak mengeteh dengan aku. Kedua , dia terpaksa menunggu lama aku sebab pada masa sama , aku ada bermeeting santai dengan 'orang kuat' Kopi Badang yang menceritakan pada aku kelebihan menjadi stokis Kopi Badang yang bakal menjadi popular tidak lama lagi ! Banyak program promosi diaturkan mereka dan sangat membuatkan aku rasa 'wow' ! Dan beruntung aku sebahagian dari mereka ! Hehehehe.. Alhamdulillah.. Kos nak jadi stokis Kopi Badang ni tak tinggi mana pun ! RM5k je dah leh jadi stokis dan berpeluang memiliki kereta mewah sebagai insentif ! Ok , tu cerita lain.. Panjang intro ! Hahahaha.. 
Ok... Berbalik kepada aku terharu pada Papa Amyzal.. Hahaha.. Aku kenal sahabat ni lama dah di Facebook. Biasanya dok berbalas komen jer.. tapi bila dia dapat tau aku di Johor ni , pantas dia whatsapp aku dan ajak 'berdating'. Aku yang ikutnya memang dah letih tapi bila dia ajak , terus segar ! Hahahaha.. Macam ex gf ajak jumpa jer , dia punya perasaan tu. Hahahaha...
Dia sampai jam 11 malam dan tunggu sehingga lebih 12 malam.. Huhuh.. Demi sahabat , tunggu ! Bagus kan ? Haaa... Aku je tak bagus... Hahaha.. tapi apa nak buat , kan ? Aku pun membawa berita baik untuk dia.. hahahaa.. Tak pasal pasal dia pun berpeluang meniaga Kopi Badang yang sedap tuu.. sedap sangat ok ! Jangan minum secawan yer.. sila minum bercawan cawan ! 
Kemudian dia bawak aku ke pusat bandar. Secara jujurnya , aku dah bertahun tahun tahun tahun lamanya tak jejakkan kaki di Johor Bahru. Biasanya sampai Sedenak jer .. hahahaha.. Rumah Mat Gebu pastu aku balik. Haaa.. Tapi kali ni , aku dibawa meronda usha Bazaar Karat , Danga Bay.. villa Nabilla dan disudahi dengan 'bersahur' di LC Catering. 

Sedap arrr mee bandung dia. Nasi , er.. nasi apa tah namanya ni pon sedap ! Serius sedap ! Lama dah aku tak makan makanan yang original gini.. Hahahaha... Pastu aku tapau keow teow dan mee goreng untuk wife.. sahur.. 
Jam dah menunjukkan 2 lebih. Dari JB nak ke Gelang Patah , dalam masa setengah jam. Bukan masa yang jadi masalah tapi jalan raya kat situ haaa ! Abis gelap gelita haaa.. Kesian kat Papa Amyzal nak balik sorang sorang nanti. Mana tau ada Cik Pon tumpang kat belakang keee... Ada volkwagen kuning follow ke.. hahahahaa... Alhamdulillah , kereta dia plet Johor. Maka, dia tak kena kacau laa.. Hahahaha..
Dan menambahkan lagi keharuan aku tu... dia bagi aku hadiah lagi.. Cenderahati dari Tourism Johor. Mentang mentang la dia orang kuat Tourism Johor.. hahahaha.. Alhamdulillah , terima kasih. Dan kerana itu , aku ajak dia join #KBBA9 memandangkan dia ada blog... yang dah bersarang bertahun lamanya tapi akan kembali bersinar selepas mendapat semangat dari aku ! Haaaaa.. mana mana orang duduk dengan aku pasti akan bersemangat nak update blog apatah lagi bila dapat tau , dengan update blog dapat makan free ! Hehehehe.. 
InshaAllah , pasni aku belanja lak yer.. heeee.. Dia tak kasi aku bayar tadi walhal aku yang makan banyak ! Semoga Allah murahkan rezeki sahabat kita ni. Jam 3 pagi ,aku sampai di hotel aku. nginap iaitu di Phonenix Hotel. Nanti aku cerita pasal hotel gempak ni lak eh.. 
Thanks bro !

Jom layan Kopi Badang , seround ! 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI