Isnin, 5 Jun 2017

Makan-Makan Forest Feast di Country Garden Forest City Phoenix Hotel , Johor

Lama dah teringin mencuba sesuatu yang baru dalam hidup aku. Peluang datang bila aku diundang ke Forest City Phoenix Hotel untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama media. Biasanya aku akan tolak jika diundang oleh mana mana pihak tapi entah kenapa.. aku menerima undangan tanpa banyak cerita. Mungkin kerana desas desus mengenai Forest City yang dikatakan bandar moden di Johor ! Teringin nak tengok sendiri sebelum siap sepenuhnya.
Ok.. berbalik pada tajuk utama yakni Makan-Makan Forest Feast di Chinese Restaurant, Phoenix Hotel.. merupakan satu pengalaman baru yang mana bukan saja makanan yang disajikan sungguh menyelerakan dan suasana sekeliling restoran dan hotel amat menenangkan jiwa.. bertepatan dengan konsep mereka iaitu kehijauan ! 

Jom tengok apa ada di dalam hotel ni ! Dengar kata gempak abis ! 
Ok. Secara jujurnya , aku kagum dengan hotel ni terutama susun aturnya yang serba mewah tapi mendamaikan. Kalau korang nak tau , hotel ni dibina diatas laut ! Haaaa.. Jangan tak tauuu ! Dan berjiran dengan Singapura. Memang best la view.. Hahahaha.. 

Terus ke Chinese Restaurant. Hurmm... sambutan oleh kakitangan membuatkan aku rasa macam aku ni berpangkat Datuk Seri jer.. Hehehehe.. Bukan senang nak rasa begini punya perasaan.. Hahaha.. Control macho skit gue..  Konsep di sini amat mesra keluarga. Serius ! 




Aku terus merayau tengok makanan yang yang dihidangkan serta kawasan hotel ni.. Huhuhu.. Mencari pembuka selera yang boleh menghilangkan penat aku memandu jauh untuk ke sini.. Harapnya ada... Dan ! Wowww.. ada sambal udang petai ! 
Dan macam macam lagi sehinggalah korang boleh melihat secara langsung bagaimana para chef memasak menu dengan mengunakan bahan bahan yang segar ! 










'Makan-Makan , Forest Feast' bermula dari harga RM128+ sekepala untuk dewasa dan kanak kanak cuma RM65++ .Bawah 4 tahun , percuma jer. Promosi ini bermula dari 17Jun hingga 20 Jun 2017. Jika korang booking awal , korang boleh dapat harga early bird iaitu RM108+ untuk dewasa dan kanak kanak , RM58+.
Sebarang pertanyaan , sila rujuk : 
Email : forestcityphoenixhotel@gmail.com 
Tel : +607 505 3333 
Facebook : PhoenixHotelCGFC
Instagram : ForestCityPhoenixhotel_cg

Jom layan durian di Malaysia Durian & Tropical Fruitt di MaTic , Jalan Ampang !

Kaki durian ? Nak makan durian dan juga buah-buahan tempatan yang lain dengan kawan kawan mahupun keluarga tercinta ? Ngan aku pun boleh gak kalau nak ajak... heheee.. Ok , buat masa sekarang , durian je dulu.. 
Bertempat di Matic (Pusat Penerangan Pelancongan Malaysia ) , Jalan Ampang.. korang boleh menikmati buah buahan tempatan terutamanya durian untuk sepanjang tahun ini ! Haaa.. sepanjang tahun woooo ! 







Harga ? Ikut berat dan jenis.. Kalau Red Prawn yang macam aku pegang tu , er... RM128 katanya. Tapi serius , sedap wehhhh ! Makan satu bekas tu , puas sebulan ! Hahahaha...  Ni tapau untuk wife yang tak dapat ikut. Sian lak dia tengok gambar aku je nanti.. huhu.. Kasi la dia rasa gak.. kan ? Baik aku kannn.. Hehehheee..
Nak tunggu mangga lak sampai nanti.. Hehehehe.. Er , jap.. Korang tau tak nak ke Matic ni ? Tak tau ??  Waze jer.. Hehehe.. Jangan risau pasal parking.. Ada banyak tempat parking. Dan rasanya dia bukak malam je kot.. Siang tak pasti lak.. Korang leh tanya di Facebook mereka.. Malaysia Tourism Centre (MaTiC) .

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI