Rabu, 7 Jun 2017

Maggie Sambal Garing Bilis Kedondong , sedap !

Resepi 5 minit sebelum jam 5 pagi ! Tak tau nak makan apa dah.. Zahra asyik dok kacau aku. Kejap nak susu.. kejap mintak koko crunch.. pastu mintak biskut.. dan berak ! Pas berak , dia ulang balik semua tu... Segalanya bermula pada jam 1 pagi ! Dia akan tidur , pas subuh karang ..hingga jam 3 petang ! Tapi ok gak la.. aku jaga Aariz sorang je belah pagi. Hahahaha.. 
Ok... Idea megi ni , aku main sauk je sebenarnya. Pada awalnya , aku nampak megi ni dalam almari dapur. Sebelum tu pelan nak makan samyang jer.. tapi takut terlalu pedas dan pedih perut di pagi hari nanti.. aku batalkan je.  Yelah , kang terbelahak... pedih tekak.. nak telan apa ?? Puasa kot ?? Haa.. 
Maka.. aku buat megi jer..
Ahaaaa.... Megi , aku guna 2 bungkus megi asam laksa. Kenapa asam laksa , sebab masam masam gituuu ( sebenarnya 3 tapi aku tau korang akan ternganga , jadi aku bohong dengan mengatakan aku guna 2 jer. ) . Aku rebus 2 kali.. Kali pertama aku buang separuh kuah.. kemudian tambah air , dan masukkan satu lagi perencah ( sebenarnya aku terlupa nak bubuh perencah.. jadi nampak kuah tu cair. Sayang pulak nak buang perencah asam laksa ni ). 
Pastu siap. Letak dalam mangkuk dan buangkan kuahnya. Tinggalkan skit jer.. Sikit jeee tau ! Haaa.. Kasi basah basah gitu. Kemudian tambah la sambal garing dan sambal bilis kedondong. Fuhhhhh , tak tahannn kauuu bau dia ! 
Aku pon mula makan ! Ya Allah... sedapnya ! Terus aku makan sorang jer.. Tak jemput wife. Hahahaha.. Dia tak makan megi megi ni ( kalau jemput , mesti makan gak ! ). Tak sampai 5 minit , selesai ! Lega wehhhh.. sedap ! Tak pedih tekak pon.. 
Pastu kan.. pastu kan.. Aku buat secawan air epal cuka Surya. Minum. Hehehe.. Takut nanti sendawa , pedih perut.. Dan memang berkesan ! Hehehe.. Nasib baik ada banyak stok. 


Cantiknya Phoenix Hotel Forest City, Johor.

Secara jujurnya , kalau tengok buat pertama kali , akan terbayanglah Dubai ! Dan ianya baru cuma beberapa peratus je siap. Aku tak dapat bayangkan jika ianya siap 100% ! Fuhhhh.. Tu baru tengok gambarnya saja... belum jejakkan kaki ke sana ! 
Dan bila aku jejakkan kaki ke sini... Fuhhhh ! Aku nak bergambar saja. Semua tempat nampak menarik.  Oh ya , Phoenix Hotel Forest City ni terletak di bandar terancang dan berteknologi tinggi dan berkonsepkan kehijauan berdekatan dengan Johor Bahru atau Gelang Patah. Di bina laut yang ditambak sepenuhnya. Sebab tu aku terbayangkan Dubai ! 
Jom tengok sekitar Phoenix Hotel ni.. 
Siap translate ke Bahasa Melayu tuuu.. 


Seni bina dan lanskap yang cukup mengagumkan aku !

Bahagian lobi hotel , memang menawan dan luas. Aku rasakan mereka sudah bersedia untuk menerima sejumlah besar pelancong untuk menginap di hotel mereka. Sebab itu bahagian lobi ni cukup luas dan merilekskan.. Hehehe.. Maka tak la stress sangat bila menanti bilik mereka siap. Kan kan ? 


Menariknya , ada kedai 24 jam ! Haaaa.. kalau malam malam kelaparan dan malas nak keluar , boleh lapis perut dengan beli roti atau makanan segera.. Heee.. 
Ok..dah check in.. Jom naik atas... Dan aku dapat bilik 7041 ! Bukak je pintu.. Wowwww ! Qhaliff terus nak berlari naik atas katil. Whopsss ! Daddy nak amik gambar dulu ! Hahahaha. Nasib la dapat daddy blogger.. segalanya perlu 'direkodkan' ! 
Cantik bilik... luas ! Tandas pon , wowww ! Confirm Qhaliff dan Zahra suka.. Dan tak sangka , Aariz pon giler nak nak masuk dalam bath tub tu ! 





Permandangan sekitar dari atas .. Wow ! 


Yang bawah ni cukup cantik bagi aku.. Hehehe.. Bermula dari subuh , tengahari dan malam ! 



Ok... dah tengok view dari atas kan ? Jom jenjalan di bawah lak.. di belakang hotel ni.. Fuh , gempak tul ! Dikatakan TMJ pon penah datang sini buat majlis ! Haaaa.. tu diaaa aih ! 





 
Sebenarnya banyak lagi tempat menarik untuk aku bergambar.. tapi aku suka duduk di bilik ! Hahahaa.. Suka tengok permandangan di bawah.. tenang dan mendamaikan ! 
Aariz ngan mak dia je gi jenjalan di bawah. Aku pun tak sempat gi tengok gym mereka tapi kalau hotel gempak gini , pastinya gym dia tip top laaa ! Sini pun ada tawarkan spa dan sauna kalau tak silap aku.. Heee.. Leh la kasi wife korang gi berehat di spa.. Laki gi lepak kat pantai buatan.. 

Ilustrasi .. begini jika Phoenix Hotel siap sepenuhnya ! Fuhhhhh... Aku rasa kalau dah siap sepenuhnya , aku tak mampu duduk dah kat sini.. Hahahahaha.. Mampu tengok jer ! Tapi sapa tau kan ? Rezeki.. Kena rajin check web web travel dan hotel.. kot kot ada promosi kan ? 
Boleh check di Booking.com dan banyak lagi.. Google jer ! Buat masa ni , harga promosi yang boleh didapati ialah RM500++ ke atas... Ni sebab Ramadan kot.. tak ramai nak bercuti sangat.. Hehehe.. Tak tau la harga selepas tu.. mungkin sama sebab masih dalam pembinaan ! Maka ni masanya nak rasai hotel mewah gini.. Pasni , rasa angin je la.. hahahah.. 

Baca juga : Makan-Makan Forest Feast di Country Garden Forest City Phoenix Hotel , Johor

Ben Ashaari kejam ?

Arahan dikeluarkan ! Apakah sebabnya ???
Di dalam page Kelab Blogger Ben Ashaari , aku nampak ada beberapa orang post mencari blogger untuk membuat review produk. Di dalam tu , hanya dibenarkan posting berupa entri blogger saja. Aku nak jadikan situ umpama tempat membaca entri entri blogger tak kira la berinfomasi atau pun santai. Dalam erti kata lain , untuk promote blog mereka juga. 
Tapi bila posting begitu dibuat , aku perlu delete ! Kenapa ?? Yang pertama , jika mereka membuat review dan ada blogger yang tidak berpuashati atau review tidak menepati syarat , berlaku salah faham.. rasa-rasanya sapa yang akan dituding jari ? Selain blogger tu sendiri, pastinya nama page tu mendapat tempias ! Aku tak izinkan itu berlaku , sebelum berlaku ! Maka aku perlu bersikap tegas ! 
Apakah aku bersikap tamak ? Nak kaut semua job job dan berikan pada blogger KBBA9 ? Eh , apa lak.. ni kan page yang mana aku sendiri foundernya ! Sememangnya dari dulu ini pelan perancangan aku. Dari tahun 2009 kot ?? Apa ingat aku baru nak rancang ke ?? Agak agak la skit yer ! 
Apa jua tindakan aku. aku perlu jaga nama aku , nama team #KBBA9 dan juga nama blogger yang lain ! Aku tak nak ada founder amik kesempatan juga dengan menawarkan harga harga review yang mengarut pada blogger ! Walaupun mereka baru dalam dunia blog , takkan nak offer sehingga serendah RM10 untuk satu review ! Giler ke apa ???  
Dan blogger pon mau pikir la skit.. kalau buat review produk terutamanya jika melibatkan pemakanan... mau gak pikir diri sendiri ! Jangan asal duit je , sapu terus ! Aku dah lihat sendiri kes kes kesan sampingan pada blogger ! 
Kalau nak kata aku kejam gak , terpulang la yer.. Cuba buat page sendiri dan ajak founder tu gi join page tu.. Aku tak larang aihh... Rezeki masing masing .. Oh ya, dan buat founder founder yang ada dalam page ni.. Kalau aku jadi korang , aku tengok posting posting mereka di dalam sini.. Nilai cara penulisan dan mesej la mereka terus.. offer mereka job dengan bayaran yang berpatutan. Barulah betul.. kan ? 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI