Jumaat, 9 Jun 2017

Laman web Cosmoderm terkini lebih mesra pengguna dan Promosi Raya yang gempak !

Dikala harga barangan meningkat naik , Cosmoderm memahami penggunanya dengan senantiasa mengadakan jualan murah demi membantu penggunanya yang berpendapatan kecil tapi senantiasa utamakan kesihatan dan penjagaan kulit terutamanya. 
Aku senantiasa 'ditanya' oleh mereka yang berminat dengan produk produk Cosmoderm setelah dapat tahu kebaikan dan kelebihan produk Cosmoderm berbanding produk lain , lebih lebih lagi melibatkan muka ! Hehehehe.. 
Aku , kalau nak check samada betul murah ketika 'sale' atau tak , aku check produk kegemaran aku.. Deep Heat Lotion ! Dan Deep Heat Lotion ni memang kegemaran mereka yang kaki sukan dan kaki lenguh malam malam ! Hahahaha..  Sila la pakai selepas mandi.. dan tunggulah kesannya ! Lenaaa tuu sampai pagi ! 

Kan ? Murahh.. Haaa ! Apa lagi , beli secara online la ! 
Bercakap mengenai beli secara online ni , Cosmoderm senantiasa mengambil berat permintaan pengguna setia mereka. Terkini , mereka telah menaik taraf laman web mereka dengan menjadikannya lebih mesra pengguna terutama buat mereka yang 'kurang arif' dengan selok belok pembelian secara online. 
Mudah sangat nak membuat pembelian secara online ni. Pilih je produk mana kita nak , pastu klik 'Add To Cart'. Bila dah abis memilih , klik je 'Check Out'. Pastu , di ruangan Shopping Cart.. isi je segala butiran dan pastikan betul sebab penghantaran produk kita tu , mengikut alamat yang diberi. Salah tulis , akan ada insan bergumbiraa dengan produk kita beli tu. Hahahaa.. Maka , sila isi betul betul yer ! 

Cara pembelian , mudah sangat ! Ada beberapa cara.. antaranya Cash Deposit , Internet Banking atau MOLPAY.  3 Bank terbesar boleh guna. Maybank , CIMB dan Bank Islam. Satu lagi cara , bayar CASH di 7 Eleven ! Mudah, kan ? Haaaa.. aku kata dah. Kalau malas nak keluar gi premis berdekatan , beli banyak banyak secara online ! Dah buat pembayaran , korang leh track parcel korang di laman web rasmi Cosmoderm. 


Bagi aku , paparan terkini laman web Cosmoderm bukan saja mesra pengguna tapi lebih direct. Tak banyak 'pusing pi pusing mai' hingga mampu membuatkan pengguna tergaru kepala. Macam masuk ke Guardian atau Watson.. jalan je ikut lorong.. pilih barang dan bayar ! Senang gitu. Simple , menarik dan tak menyemakkan. 
Warna putih sebagai warna latar tu membuatkan laman web Cosmoderm nampak 'mahal'. Penggunaan warna pun tak banyak membuatkan mata tak pedih dan penat. Maka , pengguna terus fokus pada tujuan asal iaitu membeli seberapa banyak produk Cosmoderm dan simpan buat stok jangka panjang ! Bukan senang nak dapat harga murah cam sekarang ni.. kan kan ? Maka kaut selagi boleh kaut ! Hahahaha.. 

Ahaaa.. apa lagi ? Sila ke www.cosmoderm.com.my dan tengok sendiri laman web Cosmoderm ! Pastu sila komen dan bagitau pendapat korang di ruangan komen ni ehh.. hehehe. Dan jangan lupa , belikan set Umrah dan Haji. Hadiahkan pada saudara mara atau kawan kawan yang nak ke Tanah Suci. Dapat pahala woo kita !



Cosmoderm bermula sebagai impian pakar industri kosmetik pada 2001 untuk membina jenama produk penjagaan kulit dan badan yang berkualiti , diformulasi dan diperbuat di Malaysia. Harga mampu milik serta kelulusan halal merupakan pilihan untuk pencinta kulit di Malaysia. Kini, Cosmoderm telah berada di dalam 2000 farmasi, kedai kesihatan dan klinik di seluruh Malaysia termasuk pasaran Singapura dan Lebanon. Cosmoderm menggunakan bahan aktif tulen dan berkualiti tinggi seperti Vitamin E dari Eropah, Minyak Tea Tree dari Australia, Co-Enzyme Q-10 dari Jerman dan herba tradisional seperti Manjakani dari Malaysia. Semua produk Cosmoderm berkesan dan selamat untuk digunakan oleh seisi keluarga dan dibuat tanpa paraben.
Matlamat Cosmoderm ialah untuk menjadi jenama halal pilihan di ASEAN serta negara muslim yang lain pada tahun 2020.

Letih jugak nak sokong kalau asyik menCUKAI RAKYAT !

Harga petrol , rakyat dah boleh ikut rentaknya.. REDHA !
Harga barang ,  pun begitu juga. Tindakan membateras kenaikan.. umpama sekadar buat jer !
Tol pulak , menanti masa je nak naik..
Alih alih , cukai penginapan hotel pulak dikenakan atas alasan pelancongan negara !
Aduh , letih gini ! Ini je yang rakyat ada dihujung minggu atau menghabiskan cuti untuk merasa sebagai 'raja' sehari dua dengan menginap di hotel hotel 'ada bintang'.
Hurm.. untuk satu bil pembayaran , berapa cukai ada di dalamnya ? 

Masih aku ingat lagi di awal penguatkuasaan GST.. kawan kawan yang kerja di hotel , mengeluh... tak ramai datang menginap di hotel sebab harga mahal. Ramai yang mencari homestay atau hotel hotel bajet.  Tapi kita tau , rakyat Malaysia ni bagus... Akhirnya tutup mata sebelah jer.. pilih juga hotel demi membantu industri perhotelan negara agar terus berkembang. Alih alih , cukai pelancongan lak dikenakan ! Aduhhh.. Agak agak la skit ! Apa kata cukai ni dikenakan pada pelancongan asing jer ! Mereka yang ada Mykad , diberi keistimewaan. Barulah betul gini. 
Kadang kadang aku tak paham, ini je yang mampu dibuat oleh mereka yang berada di atas tu.. Cukai kan aja pada rakyat ! Adoii.. Takkan tak nampak rakyata membanting tulang siang malam mencari duit tambahan agar dapat hidup dengan lebih selesa ! 
Secara jujurnya , andai ini je yang mampu difikirkan.. letak je la jawatan dari jadi menteri tu. Kasi je pada mereka yang lebih bertanggungjawab dan berjiwa rakyat je memimpin ! Kalau setakat bermesyuarat sehingga awal pagi.. pastu putuskan kenakan cukai je , mereka yang tak bersekolah tinggi pon leh buat keputusan gitu.. KENAKAN CUKAI jer !
Tunggu cukai RIADAH dikuatkuasa lak jika duit tabung belum penuh lagi !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI