Sabtu, 10 Jun 2017

Bukan Qhaliff saja , kami sekeluarga di larang ke Alamanda !

Dia tunjuk risalah Toys R Us yang dia amik di peti surat. Dapat risalah tu sebab aku jadi 'ahli tetap melabur' kat situ ! Dia pun belek dan belek.. Cari apa yang dia minat. Camana sekali pun , dia berusaha pastikan akan dapat sesuatu dari risalah tu !
" Daddyyyy.. nak niiii.. ". Qhaliff jerit. Dia tak berani tunjuk kat mak dia. Tiada layanan langsung dari mak dia kalau melibatkan pemainan ni. Dah penuh dalam stor tu. Nak pening mak dia tengok permainan dalam tu. Siap kata kalau simpan duit ni , leh menikah anak dara sorang lagi.. Senyum aku.. Apasal tak cakap awal awal. Kalau tak , simpan duit je .. No toys at all ! Hahahaha..
" Ni apa ni ? ". Tanya aku. Saja nak test dia.. 
" Ultraman X ! ". Jawab dia. Aku tengok harga. Tertelan air liur. Terbayang RM di dalam akaun bank. Hanya tingga 2 digit jer.. Nasib baik ada titik... menjadikan 4 digit. Kalau tak , daddy serupa macam Ultraman bila nak kalah lawan dengan raksasa.. keluar lampu merah ! 
" RM389 ". Bisik hati kecil aku yang mengembang bang maggie terlebih masak. Gilo aihhhhh.. Aku amik Sony XZ dan bukak Youtube. Search Ultraman X Toys. Kemudian 'play' video tu. Apa lagi si Qhaliff.. Lagi melonjak laa... 
" Mana Ultraman Victory Qhaliff ? ". Tanya aku. Dengan harapan tak jumpa ! Hahahaha.. Boleh la berleter kat dia dan batalkan harapan menggunung dia tu ! Hehehee.. Ni mak dia tak tau lagi ni.. Kalau tak , gunung tu jadi tukun tiruan terus... hahaha.. ke lautan dalam jawabnya. 
" Niiiii... ". Dia tunjuk kat aku. Adeh.. Yang ni pun aku beli ari tu harga dia gitu gak... Memang datang terus dari Jepun. 

Hurmmm... Camana nak bagitau dia tak boleh eh ? Atau aku kena ajar dia tak semua menda dia boleh dapat. Tapi tak adil la , kan ? Kesian kat dia... Huhuhuh.. 
" Ok.. Qhaliff simpan duit dulu. Nanti cukup kita beli ok ? " . Aku cuba pujuk dia. 
" Ok.. Daddy cari duit dulu . Ok ? ".  Dia jawab. ' Cari duit' tu , makna dia .. gi amik kat ATM ! Hahahaha.. Tu carik duit. Pergh.. kalaulah itu cari duit , aku rasa takda orang miskin atas dunia ni haaa.. 
" Daddy gi work.. carik duit. Nanti dah ada duit , baru beli.. ok ? ". Pujuk aku lagi. 
" Nanti daddy beli Qhaliff punya.. Mikha punyaa.. Azim punya.. ". Dia senyum.. 
Aku pandang dia. Dia ingat aku cari harta karun ke ???? Aduh.. siap tapau untuk kawan kawan ni.. Boleh muflis daddy gini.. Moga tak ikut perangai Sazali ! 
Aku bagitau wife. Qhaliff kena 'seround'. Aku senyum je.. 
" Tak pe la... nanti abang usahakan beli untuk dia. Kesian kat dia. Dah seminggu dok bising telinga abang nak menda tu. Abis cair taik telinga abang... ". Aku senyum. Dia geleng kepala.. 
" Penuh dah mainan kat rumah tu.. mana nak letak lagi pon tak tau laa.. ". Dia mula membebel. 
"Tak pe la.. Sementara diorang kecik lagi.. Nanti dah besar , diorang tak mintak dah semua ni.. Kita lak rindu nak ada anak kecil.. nak main permainan ni.. ". Aku cuba pujuk.
" Ikut abang la... ". Dia dah malas layan. Ikut aku ??? Ikut aku ke taman astakona ? Cia cia ciaa... Hahaha... Memang banyak dah permainan dia dan kebanyakkan mahal mahal.. semuanya sekejap.. pastu ghaib ! 
Ini harga dia , sama gaji aku kerja jadi guru sandaran dulu ni. Tahan seminggu jer.. Pastu abisss ! Sempat selamatkan beberapa jer. Pastu kasi kat abang aku sebab dia collector permainan... apa jua barang aku dapat , dia collect ! Hahahaha..
Korang rasa .. aku patut belikan ke tak ?? Wife aku , memang dah kasi tau.. selagi dia tak lupakan X dia tu... jangan mimpi nak singgah Alamanda ! Huhu.. Tak pasal pasal aku pun terlibat sama.. 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI