Ahad, 11 Jun 2017

Sentuhan Kasih Ramadan 'Konvoi Amal Meniti Raya' menyentuh perasaan aku !

Terharu tapi berlagak macho ! Itulah aku sepanjang mengikuti program Sentuhan Kasih Ramadan 'Konvoi Amal Meniti Raya'  dengan kerjasama PWID Design & Build, Arte Grade , RTM dan penaja utama , Kopi Badang. Program ni adalah sebuah program bantuan bagi golongan asnaf dan anak anak yatim dalam persediaan menyambut Ramadan. 
Program kali ni bermula dari bersahur lagi bersama anak anak yatim tapi aku tak sempat join. Aku sempat join di Ole Ole Shah Alam hingga berbuka puasa bersama mereka di Ruang Event Space , Shah Alam. Menariknya , program kali ni disertai oleh duta duta kecil Kopi Badang seperti Zur Eda , Nizam Laksamana , Roannie Hussein dan Kina Mentor. Along Exist pon ada.. sebab dia akan mengiringi 'konsert istimewa' ketika berbuka nanti. 


Jam 11 pagi. Berkumpul di Pusat Pakaian Hari Hari , Ole Oleh Shah Alam. 
Anak-anak yatim dari Rumah Anak Opah Hasnah , Klang dibawa dengan kereta kereta sport dari Ruang Event Space , Shah Alam. Sedikit latar belakang mengenai Rumah Anak Opah Hasnah terlebih dahulu. Opah atau Puan Hasnah Mohd Rais , menguruskan kebajikan lebih 20 kanak-kanak berumur satu hingga 18 tahun. Seramai 13 daripada kanak kanak tersebut adalah cucu Hasnah sendiri manakala selebihnya , kanak kanak yang ditinggalkan di hadapan rumah tersebut. Hasnah mula memikul tanggungjawab menjaga cucu cucunya selepas kematian dua anak lelakinya. Bergantung sepenuhnya dari sumbangan derma dan elaun bulanan RM450 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat , nenek berusia lebih 75 tahun itu hanya mampu sekadar menyediakan kepeluaan asas saja. 
Atas sebab inilah , banyak pihak tampil untuk membantu Opah dan antaranya ialah Kopi Badang. Program hari tu ialah membawa kanak kanak tu 'membe;i pakaian raya' di Pusat Pakaian Hari Hari , dan ianya ditaja sepenuhnya oleh Pusat Pakaian Hari-Hari itu sendiri ! Tahniah !! 
Satu suasana yang cukup meriah ! Syahdu je tengok mereka gembira memilih pakaian baru. Alhamdulillah .




Sejam lebih di sini. Dan Alhamdulillah , berjalan dengan baik. Staff Pusat Pakaian Hari Hari pun memberi kerjasama yang cukup baik. Masa untuk bergambar kenangan dan berangka ke Ruang Event Space , Shah Alam kembali untuk program seterusnya. 
Setibanya di Ruang Event Space , Shah Alam.. masing masing berehat sementara menanti jam 6.15 petang untuk acara seterusnya. Selesa jugak Ruang ni. Kalau buat kenduri kawin pon ok kat sini. Heehehe... Atau buat open house blogger nanti , haaaa ! 






Ok.. aktiviti di sini , selain ada mini konsert yang dipersembahkan oleh Zur Eda , Nizam Laksamana dan Roannie , mereka turut menyumbangkan duit raya pada kanak kanak terlibat dan juga pada Opah, yang hadir ketika berbuka puasa petang itu.
Suka budak budak tu ketika ni.. hahhaha.. Gile tak suka ?? Aku sendiri suka dapat duit raya.. apatah lagi diorang.. kan kan ? 







Dan apa yang aku dapat tau ialah... rumah yang digunakan untuk buat tempat perlindungan anak anak yatim dari Rumah Anak Opah Hasnah itu , adalah rumahnya sendiri !! Rumah milik Opah sendiri , yer ! Tersentuh hati aku malam tu.. 
Oh ya.. sebelum aku terlupa.. Program yang dirakam itu akan disiarkan rancangan Sentuhan Kasih Ramadhan , pada hari Khamis jam 8.30 malam.. sepanjang bulan Ramadan ini. Jangan lupa tonton yer ! Moga beri keinsafan pada kita semua. 

Terima kasih Kopi Badang ! Bangga menjadi sebahagian dari keluarga Kopi Badang yang bakal menjadi produk yang cukup gah ! Lepas solat Maghrib , aku bertolak balik. Ada tanggungjawab di rumah pula.. Anak anak aku , masih berayah... hehehe.. 

Demi Ultraman X , Qhaliff rela berubah !

" Nah duit.. simpan dalam tabung ! Nanti dah banyak , kita gi beli .. ok  ? " . Arah aku. Sian kat dia tapi demi masa depan dia , dia perlu belajar.. guna duit sendiri jika inginkan sesuatu ! Itu juga 'arahan' arwah ayah aku.. Maka apa jua aku nak , aku kena usaha sendiri.... termasuk nak kawin ! Huhuhu.. 
Akhirnya , Qhaliff berjaya ada tabung sendiri.. tabung lut sinar ! Aku bagi macam macam tabung tapi tabung 'murah' jugak jadi pilihan ! 
Aku abis kerja. Pantas balik rumah. Diorang dah ready nak keluar selepas seharian di rumah. Kesian.. Huhuhu.. Dan Qhaliff , dalam kepala dia ialah Alamada
 Jam dah menunjukkan 12 tengah malam. Alamanda pon dah tutup. Dia masih berharap dan membawa tabung dia naik ke kereta. Dalam kereta , dia sambung tidur ! Huhuhuh.. Tabung tetap dia pegang. Begitulah keinginan dia kalau dia nakkan sesuatu. Selagi tak dapat , selagi tu dia berusaha !
Hurm... berbeza sungguh dia ngan Zahra. 

"Jangan sesekali minum Kopi Badang ! Jangan kata abang tak payung , yer ! "

Pertama kali aku rasa Kopi Badang , ketika pelancarannya di Saloma Bistro , bulan lepas. Kemudian aku ceritakan mengenai Kopi Badang pada insan insan yang aku kenali ! Kenapa ? Sebab aku nak mereka amik peluang 'menguasainya' sebelum terlambat ! Ada yang berminat dan amik nasihat aku dengan menjadi stokis... dah mula seronok dah ! Hahaha.. 
Ok...Semalam di RUANG , Shah Alam.. ada satu event yang aku dan rakan rakan blogger #KBBA9 hadiri. Diorang ni tak pernah minum lagi Kopi Badang. Aku nasihat diorang jangan minum sesekali minum Kopi Badang ! Diorang tanya kenapa .. Aku senyum. Biarkan je mereka dengan persoalan mereka.. 
Azan Maghrib berkumandang.. Semua pakat amik makanan dan minuman. Tiba-tiba Hanani , salah seorang rakan blogger yang makan semeja dengan aku berkata , " Sedapnyaaa Kopi Badang ni ! ".
" Haaa.. aku kata dah.... Jangan minum sekali ! Sebab kalau minum sekali , mesti nak berkali kali ! Sedap wooooo ! Aku sendiri dah jadi peminat setia Kopi Badang ni ! ". Dan seorang lagi rakan blogger mengakuinya.. malu malu sudah nak gi beratur lagi ! Hahahaha.. 
Malu la kononnn.. nak menyorok disebalik Kopi Badangla  tuuu kononnya ! 

" Dik , jap yer.. Abang bancuh baru. Dah abis pulak. Laris malam ni "
" Tak pe bang. Demi Kopi Badang , saya sanggup menanti ! " 

" Saya pon sanggup beratur.. Nak tapau bawak balik , boleh tak bang ? Nak kasi suami rasa ! " 

" Betul la sedap ! Terbaikkk Kopi Badang. " 
Lalu kedua mereka membawa pulang sekotak Kopi Badang untuk mereka minum bersama keluarga tercinta. Kalau abis , sila beli lagi yer.. Hahahahah.. Macam aku laaa... Aku dah memang jadi peminat setia malah akan jadi stokis dalam minggu depan ! Nak bawak balik Kelantan.. jual kat sana. Heehehehhe.. Sedap okkkk ! Tak menyesal punya laaa.. Sebab tu jangan sesekali minum Kopi Badang ! Kena minum berkali kali.. baru puashati.. Dan esoknya , sila minum lagi.. Hehehehe.
Kisah benar ini dipaksa berlakon semula oleh aku. Blogger terlibat ,Yani Yusuf dan Mama Kembar 3.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI