Isnin, 12 Jun 2017

Daddy akhirnya 'tertewas' !

Tiap tiap hari dia bisik kat telinga aku.. " Daddy , nak Ultraman X ". Aku suruh dia menabung. Dia usaha juga. Baru simpan seposen , dah ajak gi ! Aku kata tak cukup. Nak banyak banyak. Dia suruh aku cari duit lak ! Ok laa.. aku gi 'kerja'. 
Bila aku gi kerja , dia tunggu sampai aku balik. Bila aku je rumah, terus dia selongkar barangan aku.. Cari Ultraman X. Takda ! Dia buat muka seposen. Gi duduk jauh jauh.. Bawa diri. Terus teringat saat saat dia masih baby dulu. Dialah tempat aku bermanja..Murah rezeki aku selepas dia lahir. Takkan la aku nak berkira juga yang ni ? Hurm... Wife aku boleh la nak berkira. Dia makan gaji. Yang aku ni , boleh usahakan cari duit sampingan. 
Apa salahnya 'tutup mata' buat kali ni jer.. kan kan ? Ok laa.. berjaya pujuk hati sendiri. Mula mula aku belanja baju melayu , baju kurung buat keluarga. Pastu baru gi beli mainan dia.. 



Happy dia. Tak lepas dari tangan dia walaupun tidur dalam kereta. Aku tau sangat perangai gini. Selagi tak dapat , selagi tu mintak. Memang sungguh la perangai aku. 
Sampai je rumah.. cari satu Ultraman Victory.. kasi Zahra. Maka anak anak aku sekarang dah boleh jadi Ultraman. Bila daddy bertukar jadi raksasa , mereka boleh tundukkan aku dengan bertukar jadi Ultraman. 
Mak dia jadi apa ? Power puff girl dah la..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI