Jumaat, 16 Jun 2017

Ini anak-anak aku !

Lelaki kacak tu , bapa kepada 3 orang anak anak comel tu.. Kecomelan mereka diwarisi dari ayahnya yang sangat comel masa kecil dulu. Bayangkan anak anak comel ini , bersekolah di usia 5 tahun. Sebulan bayaran beratus ringgit ! Bapak dia yang kacak itu , berhempas pulas mencari duit.. nak bayar yuran.. nak bayar duit insuran.. baju baru.. makanan berkhasiat serta bayar duit internet ! Mainan lagi ! Haaaa.. 
Kos membesarkan mereka bukan seringgit dua. Ada parents bergolok gadai ! Cam kes aku , untuk dapatkan Qhaliff.. wife terpaksa lalui dua pembedahan.. Haaaa ! Ingat jolok je terus dapat anak eh ?? Haa.. marah ni , marah ! 
Berikan mereka kasih sayang. Layan karenah mereka... sehingga la besar ! Fuh... Masuk sekolah , ehhh.. suka suka mak bapak korang lak nak membuli anak orang ! Haaa.. Marah ni , marah ! Bahasa kurang ajar aku guna ni ! Geram sangat !!! Nak didik tak nak manjakan mereka  ? Hekler... ni zaman apa ??? Dulu nak raging raging pon , kena tau la batasan. 
Pastu.. nak belasah anak orang lak ! Amboiiii.. overnyaaa ! Sesedap rasa jer nak belasah orang eh ? Banyak tengok tv eh ??? Aku tau mak bapak korang tak ajar gitu. Ni mesti banyak tengok video tak ditapis ni ! 
Aku dulu pun pernah bersekolah gak. Aku pun nakal gak. Tapi nak buli buli orang ni , aku tak minat sebab aku sendiri pon tak suka dibuli. Yang suka membuli orang , kononnya nak kasi mesra ni.. sebenarnya 'bermasalah'. Walaupun akan ada kenangan manis (kononnya) , tapi membuli orang ni sebenarnya meninggalkan kesan negatif pada jiwanya. Tak mustahil , dia akan buat pada orang lain ! Apakah kita nak tengok dosa kita membuli itu , diwarisi zaman ke zaman ??? 
Anak aku kena buli , siap ! 

Hyra Goat Milk , lain dari yang lain !

" Susu lembu tak bagus minum sangat. Sebaiknya dapatkan susu kambing. " . Ada orang kata gitu ! Masalahnya , susu kambing berlambak kat pasaran. Macam macam ada ! Yang ori ada.. Ada yang dicampur dengan bahan-bahan sunnah. Macam macam laaaa... Pening nak pilih.


Nak dijadikan cerita , bulan lepas kan aku ada gi UMK, Pengkalan Chepa nun di Kelantan.. Kat sana , selepas talk bersama pelajar UMK , aku ada singgah satu booth jualan ni.. dia jual susu kambing ! Secara jujurnya, selain kopi.. aku suka susu kambing yang dikatakan banyak sangat khasiat terutamanya buat mereka yang semakin membesar (aku pandang diri aku di cermin. Apakah aku sebahagian dari 'mereka' itu ?).
Pada siapa susu kambing ini berkhasiat terutamanya Susu Kambing Hyra ?? Hurm... aku google dan dapat jawapan ! Meh baca apa kelebihannya Susu Kambing Hyra ni pada ibu ibu !! 
  • Susu kambing HAYRA adalah alternatif yang paling baik untuk anak-anak berbanding dengan susu lain kerana ianya bersifat alkali dan menghampiri komposisi susu ibu. 
  • Susu kambing HAYRA juga lebih mudah dihadam dan boleh mengurangkan masalah sembelit terhadap bayi.
  • Susu kambing HAYRA boleh membantu meningkatkan sistem imunisasi badan anak-anak, penting untuk melawan sebarang jangkitan.
  • Susu kambing HAYRA tinggi kandungan protein, mineral dan vitamin-vitamin yang lain yang membantu perkembangan fizikal dan minda yang sihat.
  • Susu kambing HAYRA membantu bayi yang alah dengan susu biasa. Mudah cerita, tiada alahan disebabkan susu jika susu yang diberikan itu adalah susu kambing.
  • Sesuai untuk bayi (6 bln keatas) & kanak-kanak, ibu mengandung, ibu menyusu, warga tua, penderita penyakit, ahli sukan, pelajar & pekerja, wanita yang pentingkan kecantikan dan seisi keluarga.
  • Menguatkan tulang & gigi
  • Membantu merawat pelbagai penyakit kulit
  • Baik untuk kesihatan dalaman
  • Kulit lebih berseri & halus 
  • Susu SKH ni bebas bahan Chemical dan gula tambahan.
Secara jujurnya aku bagitau... Zahra tak leh minum susu lembu sangat. Aku tukarkan dia dengan susu kambing... dan ternyata dia amat mengemari sangat sangat ! Sebelum tu , meh aku cerita skit mengenai Susu Kambing Hyra ! Mesti ada yang tertanya.. dalam banyak banyak susu kambing di pasaran , kenapa aku memilih Susu Kambing Hyra ?? Tentu sekali la sebab diorang yang suruh aku buat review tapiiii.. tapiiiii... sebab ada ekstrak Tomato dan ekstrak Kurma !! Ditambah lagi punya HALAL Malasia , 
Bayangkan jika diamalkan ketika bersahur di bulan Ramadan ni ! Fuhhhh... InshaAllah kekal bertenaga sentiasa. 
Nampak cam biasa jer , kan ?  Tapi bila dah pekena seround susu kambing Hyra ni , pasti segala tanggapan kepada susu kambing ini berubah ! Aku amik susu kambing ni , bila nak tidur malam. Terasa tidur lena sangat tanpa gangguan walaupun Zahra menari nari di depan aku , berusaha menganggu tidur aku.. dia tak nak keseorangan di malam hari ! Hahahaha..
Camana nak minum ? Apakah berbau seperti susu kambing ??? Ok.. bab bau , takda bau hamis ! Tapi ada bau lain dan ianya membuka selera sungguh baunya ! Haaaa.. Camana nak minum ? 
Tak susah pon kan ? Haaa.. kata dah ! Giler mudah aihhh. 
Berminat ? Serius.. kalau korang ada anak yang rajin minum susu , sila la bertukar guna susu ni. Khasiatnya seperti yang aku tulis di atas dan paling penting , ianya susu kambing ! Dan ada tomato yang menjaga kulit korang dan juga Kurma yang senantias berkhasiat tinggi ! 

Maklumat Pembelian dan Facebook / Instagram : 
Whatsapp : 0199188525
Harga : RM45 (semenanjung) dan RM50 (Sabah dan Sarawak )

Ready untuk sahur ! Hehehehe.... 

Ok.. jom ulangkaji sebelum membeli ! Apakah kelebihan HAYRA GOAT MILK ni ??? 
Khasiat Susu Kambing 
  • menguatkan tulang & gigi
  • membantu merawat pelbagai penyakit kulit
  • baik untuk kesihatan keseluruhan
  • baik untuk gastrik
  • baik untuk kesihatan dalaman
  • kulit lebih berseri & halus
  • mencantikkan kulit & merawat sel kulit mati 
  • memulihkan tenaga & awet muda
  • sesuai untuk ibu hamil
  • sesuai untuk ibu menyusu
  • sesuai untuk seisi keluarga
Khasiat Tomato
  • mengandungi Vit A & Vit C
  • mengecilkan pori-pori di muka
  • menghaluskan kulit
  • memutihkan kulit
  • mengatasi kulit berminyak
  • menggebukan kulit
  • mencerahkan kulit
Khasiat Kurma
  • menguatkan daya ingatan
  • mengatasi masalah sembelit
  • merawat asma & kahak
  • mengatasi ekzema
Selamat berpuasa !! 

Peniaga makanan mula terancam !

Hurm... ramalan 'mereka' mengenai kemerosotan ekonomi pada tahun ini semakin menjadi kenyataan. Banyak perniagaan dah bungkus. Ramai dah dibuang kerja. Kenapa semua ini terjadi ? Orang bijak pandai mengatakan ini adalah masalah ekonomi dunia.. dan negara kita turut sama menjadi 'mangsa'. 
Anda bagaimana ???

Semalam aku gi 'bermesyuarat' bersama sama rakan rakan peniaga makanan. Sebelum tu , aku ke Pertama Kompleks untuk menghantar Kopi Badang yang dipesan. Di sana , aku berbual dengan tokey kedai air tu.. Aku tanya camana jualan pada bulan Ramadan ni. Katanya teruk. Sememangnya dalam tahun ni agak teruk. Cukup cukup makan jer.. 
Hurm... kelmarin , aku gi makan di satu restoran. Pemilik restoran tu pon berkata begitu juga. Hanya menanti masa jer ! Sayang sungguh.. makanannya sedap tapi kurang sangat pelanggan ! Apa dah jadi ???? Masalah ini juga dinyatakan oleh teman rapat aku yang meniaga di Bandar Baru Nilai.. Memang teruk sangat tahun ni. Terpaksa cari alternatif lain untuk menampung segala perbelanjaan ! 
Dan... aku terbaca status seorang rakan di Facebook ! Masalah yang sama ! 
Apakah rakyat Malaysia sudah bijak menyimpan duit ? Atau sememangnya mereka tiada lagi berduit ? Berduit untuk berbelanja ! Mereka lebih berhati hati sekarang dalam berbelanja ??? Hurmm.. Mengapa ini semua berlaku ??? Apakah kerana GST ? Kenaikkan cukai memberi kesan dalam aktiviti harian ?? Tapi 'mereka' kata GST bagus sebab boleh membantu meransangkan ekonomi negara ! Wowwww.. 
" Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bukan satu pengasingan, sebaliknya telah menjadikan Malaysia destinasi menarik dalam kalangan pelabur asing. Menurut Ketua Percukaian APAC Grant Thornton, Lorraine Parkin, berdasarkan laporan dan kaji selidik yang dijalankan, kemasukan pelaburan langsung asing ke Malaysia meningkat tahun lalu meskipun kerajaan telah melaksanakan GST bermula April 2015. 
Malah katanya, kejayaan pelaksanaan GST di Malaysia turut menarik minat beberapa buah negara seperti India, China dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang mahu melaksanakan sistem cukai serupa dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi mereka melalui percukaian ". -Utusan
Kesian sangat pada mereka.. Dah mula bergolok gadai untuk menyelamatkan perniagaan mereka ! Dan 'mereka' masih dok kata ekonomi negara masih kukuh. Buktinya , ramai makan di buffet Ramadan yang mahal mahal serta bazaar Ramadan dipenuhi orang ramai ! Kalau takda duit , duduk la rumah kan ? Kata mereka ! 
Heh ! Bengong punya statement ! 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI