Jumaat, 23 Jun 2017

Kerana 'Andainya Takdir', aku blocked Facebook isteri ku ??

Aku tertonton episod akhir. Aku tak pernah tonton sekali pon drama ni sebab aku malas nak terikat dengan drama drama bersambung. Nanti apa pon tak leh nak buat.. Hahahaha.. MALAS !  Tapi semalam , aku ke rumah adik ipar aku nun di Sg.Buloh , drama ni memberikan aku kesedaran ? Eh , tak da makna aihh.. drama ni buat aku tersenyum. Apasal aku tengok drama ni macam filem Transformers yang baru je aku tonton kelmarin ? Banyak tul babak 'gaduh' ! Heheehehe.... 
Tiba-tiba satu adegan membuatkan aku mendapat idea untuk mengupdate status di Facebook.



Apakah benar kerana drama ni aku blocked Facebook wife aku ???? Kenapa inikah semua ini terjadi ? Hahahahaha. kan kan ? Kenapa Ben , kenapa ??? Wife kuat cemburu ke ??? Heee.. Jawab Ben, jawab ! Kenapa diblocked ? Persatuan Isteri Isteri SeMalaysia nak tau niii.. 
Aah , memang aku blocked ! Sibuk jee nak tau kenapa ! Huhhh.. Hehehe.. ok ok.. Aku blocked dia lama dah. Aku ni , ramai follower dan 90% adalah perempuan. 50% darinya , anak dara cun !  Statistik ni aku petik sendiri jer.. Hahaaa.. Nak kasi nampak cam aku ni gempak laa skit. Ala korang pun ! Kasi can la aku poyo skit.. Heeee..
Ok, aku bersebab. Bukan kerana dia kuat cemburu atau aku ada bini no 2.3 dan 4. Orang kata , perempuan tu , perempuan gak la.. Wife aku ok jer.. tapi kekadang tu , ada 'bisikan' tertentu membuatkan dia 'dijentik' . Dan aku tak suka sama sekali keadaan itu. Aku bagitau dia.. Ikut hati aku , lama dah aku bersara dari dunia media sosial ni dan ulang alik surau 5 kali sehari ! Itu idaman aku. Haaaa... dan tumpukan pada anak anak. 
Amboi alasan ! Hahahaha.. apakah sebab media sosial , aku takleh ke surau 5 kali sehari dan tak leh tumpu perhatian kepada anak anak ???? Alaaa... tak leh guna eh alasan ni ? Ok ok.. Jujur aku kata , aku saja tak nak perhatian wife aku terganggu. Biar la dia di pejabat dan buat kerja. Untuk pengetahuan korang.. adik adik ipar aku ada je dalam Facebook aku tu. Diorang memantau dari jauh kupohonkan ampun maaf, jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama , meraikan aidilfitri yang mulia... Resti ayah bonda kuharap selalu.. hingga aku pulang kepadaaamu ! Eh , ternyanyi terus lagu Sudirman.. 
Tapi wife ok namun kes baru baru ni yang terjadi pada wife aku membuatkan aku kembali nak unblocked dia. Kes dia nyaris kena scam dan tak boleh nak hantar mesej whatsapp pada aku... nasib baik email dia leh antar ! Kalau Facebook tak diblocked , dia boleh la anar pesanan dari Messenger pada aku. Hurmmm.. 
Ok.. berbalik pada drama tu.. Entah , aku tak tengok dari mula.. aku no komen ! Tapi heroin dia cun eh bila bertudung.. Tak bertudung , tak cun.. hahahahah.. Ahaa.. aku sarankan la pada suami suami di luar sana, blocked je FB isteri anda dan larang mereka dari ada FB ! Instagram takpe.. 
Hahahahaha.. lariikkk Ben lariiiik ! Selamat Hari Rayaaaaaaaaaaa ! Hati hati pulang memandu yer. Terima kasih kerana setia membaca blog ini. Nanti jemput datang ke rumah Najib Tun Razak di raya pertama yer.. Heee.. umah aku raya terakhir baru jemput datang.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI