Sabtu, 24 Jun 2017

Satu kepuasan akhirnya !

40 tahun dah , setiap kali raya.. tonton program raya di kaca tv. Dan sejarah tercipta akhirnya , aku terlibat juga dalam program raya ! Adududu.. dan sekarang tengah promo di kaca TV berulang kali. Huhuhuh..
Tersenyum tengok... Rezeki subuh hari.. Terbuka rangkaian BERNAMA TV , 502.

Hehehe.. Besar tuuuuu.. Alhamdulillah. Terasa la pengorbanan selama 9 tahun bergelar blogger menjadi kenyataan. Pasni ternanti satu lagi sejarah bakal tercipta. Segalanya selepas raya nanti. Mana tau , rezeki muka aku terpampang di billboard lebuhraya lak ? Haaaa.. Ikutkan dah merasa dah tapi takde rezeki masa tu.. terpampang di farmasi farmasi besar je.. Ok la dari takda kan ? Huhuh..
InshaAllah.. moga ada rezeki pasni.. 
Doa doa kan yer..

7 Kesalahan Utama Lalulintas Yang Akan Didenda Di Mahkamah !

Fuh.. ramai buat ni ! Hahaha.. aku pun buat gak laa dan kerap kena marah ngan wife ! Nampaknya , pasni tak berani dah nak buat.. hahahahah.. Bukan risau naik ke mahkamah tapi elakkan dari berlaku kemalangan ! Kan kan ? 
Ok... Ni aku dapat maklumat mengenai kesalahan lalulintas yang akan didenda di mahkamah dan samna tanpa budi bicara dari group whatsapp ! Huhuuu... Apakah kesalahan tersebut ? 

Kalau korang nampak dan nak buat aduan terus , sila amik gambar.. rekodkan lokasi dan masa kejadian lalu whatsapp ke +60115115252 ! Heheehhe... aku tauuu.. mesti ramai nak amik gambar mereka yang masuk ke laluan kecemasan dan potong garisan berkembar , kan ? Huhuhuh...

Ok.. buat rakan rakan yang nak balik ke kampung , sila memandu dengan cermat. Ngantuk , sila berenti yer.. Jangan paksa diri ! Biar lambat , asalkan selamat. Semoga selamat pergi dan pulang yer..

Kepuasan melalui update blog , setiap hari !

Terbaca satu artikal mengenai teknik blogging.. satu penulisan yang kemas dan menarik tapi.. agak tidak sesuai dengan jiwa aku. Heee.. maaf cakap , aku seorang yang gemar 'update' status.. dari zaman Mirc lagi. Aku giler 'update' bukan untuk mendapatkan LIKE atau 'Komen Simpati' tapi lebih pada nak 'beramah mesra' dari jauh bersama kenalan dunia siber. 
Kemudian ada yang syorkan aku buat blog memandangkan aku gemar 'berkarya' di Facebook walaupun tiada la sangat ilmiahnya.. heee.. Namun dapat juga menghiburkan hati rakan rakan yang membacanya. Menarik untuk mengumpat bersama , aku tak berminat tapi ada jugak la terlepas.. Itu tidak bagus untuk kehidupan.. kan kan ? 
Yer.. aku jadi blogger.. meluahkan perasaan melalui blog. Aku bukanlah seorang yang bijak pandai menulis artikal yang mana setiap artikal perlu dibuat melalui kajian yang teliti dan telus.. aku lebih berminat untuk menulis melalui pengalaman 'sebentar tadi'.. dikongsi pada rakan rakan yang gemar membaca 'kisah rakan rakan' ! Haaa..berapa banyak rakan rakan daaa ! 
Cara  menarik trafik yang aku gunakan ialah kekerapan mengupdate blog. Ada yang kata aku giler dan takda strategi.  Mungkin la kot.. tapi bagi aku ianya berhasil sama sekali ! Aku melihat pada kekerapan akhbar online mengupdate berita terkini yang membuatkan website mereka tidak putus putus dikunjungi pengunjung.. 
 Kerja giler ? Tak pun bagi aku.. Apa yang aku lakukan ialah untuk memastikan 'BEN ASHAARI' di dalam kepala mereka. Awal pagi , setiap hari aku nak buat mereka tertanya tanya , apakah 'BEN ASHAARI ' bercerita di blognya.. Dan aku dapati , kisah anak anak menarik minat mereka. Gossip atau berita semasa juga memberi respon yang tinggi tapi aku cuba elakkan.. melainkan jika ianya bermanfaat. 
Jadilah blogger jika korang minat bercerita dan berkongsi pengalaman kehidupan korang. Updatelah selalu sebab ianya mampu memberi manfaat andai perkongsian kita tu ada ertinya. Yang penting , korang tau kenapa korang nak jadi blogger . Kalau sekadar nak dapatkan $$ , aku galakkan korang banyakkan membaca mengenai tips tips blogging.. Tapi jika korang minat menulis , maka berkaryalah. Takda orang baca ? InshaAllah ada punya. 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI