Ahad, 25 Jun 2017

Selamat Menyambut Aidilfitri 2017

Aidilfitri adalah Hari Kejayaan kita ! Kejayaan dalam pertarungan melawan nafsu selain dari mempertingkatkan amal ibadat kita kepada Allah. Namun , aku bukanlah antara mereka yang berjaya itu. Terlalu jauh aku dari kejayaan. Semoga Allah panjangkan umur aku agar dapat bertemu kembali Ramadhan yang telah aku sia siakan ini.. Hurmm..
Bagi yang telah berjaya , tahniah ! Syukur pada Allah dan aku mencemburui kejayaan anda itu dan moga dapat mengikut jejak korang nanti. Seperti kedua mertua aku dan adik ipar , yang masih berada di Mekah bagi menunaikan umrah sejak hari pertama lagi Ramadhan , bagi aku.. ianya sangatlah WOW ! Sebulan di sana dan kerjayanya cumalah menyembah Allah ! SubhanAllah ! Seronoknya. Moga aku berpeluang juga melakukannya satu hari nanti , bersama sama keluarga tercinta.
Aidilfitri kali ini juga ada 'kekurangan'. Buat pertama kalinya aku beraya tanpa ayah. Masih teringat lagi saat aku kecil dulu.. tiap malam aku menangis berdoa pada Allah agar dipanjangkan umur ayah sebab aku tak nak hidup tanpanya. Sungguhnya dia seorang yang garang tapi aku tau sangat.. dia sangatlah penyayang ! 
Dan buat pertama kalinya , Aidilfitri aku sambut di KL. Biasanya balik Kelantan dah. Tapi sebab mertua balik KL raya ke 3 nanti , maka raya ke 2 nanti barulah bertolak ke Kelantan. Doakan perjalanan kami agar selamat tiba ke destinasi yer.
Hurm.. dan tahun ni juga , satu kelainan bagi team #KBBA9. Aku sebagai 'ketua' seringkali tercabar dengan masalah masalah serta ujian yang dihadapi. Yelah , bak kata orang.. kita nak berbakti pada insan ni.. bukan semudah ABC.. ujian itulah kemanisannya.. kan kan?  Maka , bersabar je la.. Kuatkan semangat dan teruskan melayari bahtera.. Dan aku tak tau apa nasib #KBBA9 jika aku tiada lagi di dunia ni. Selagi ada , aku berikan yang terbaik buat mereka walaupun aku tau ramai yang menunggu masa je , KBBA9 berkubur ! Huhuhuh.. 
Buat rakan rakan yang setia membaca blog aku ini , aku mohon ampun maaf andai ada penulisan aku menyentap atau menguris perasaan korang. Andai ada entri aku yang bermanfaat , sedekahkanlah doa buat  kesejahteraan buat aku serta keluarga aku.
Akhir kata.. jutaan terima kasih buat semua semuaaa ! Korang tau sapa yang aku maksudkan yer.. Dari PR Agensi , client , blogger hinggalah ke 'tukang LIKE' tanpa henti status aku di FB.. Semoga Allah berkati korang semua ! 
Oh ya.. sebelum aku berenti.. apa kata raya ni , korang join contest Cosmoderm ! 

Ceritalah kepada Cosmoderm pengalamana balik raya korang. Langkahnya , mudah jer..
  1. Langkah pertama yang anda perlu buat ialah *Like* FB/Instagram Cosmoderm
  2. Ambil gambar yang menarik dan ceritakan pengalaman balik raya anda.
  1. Post di FB/Instagram Cosmoderm
  1. Jangan lupa #Cosmodermbalikraya
Cerita yang dirasa paling best akan memenangi wang tunai RM300 dan produk Cosmoderm bernilai RM200! 

Semoga Berjaya !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI