Selasa, 27 Jun 2017

Apa dah jadi di Central Spine Road, Kelantan sehari sebelum Aidilfitri ?

Central Spine Road adalah hasil dari projek mega Perancangan Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur atau ECER. Skop kerja adalah membina jalan baru dan menaik taraf jalan sedia ada sepanjang 390 km dari Kuala Kerai , Kelantan ke Simpang Pelangai , Pahang.  Projek ini dibahagikan kepada enam pakej rekabentuk seperti yang tertera di dalam gambar di bawah. 
Sebahagian dari Central Spine Road ni dibuka pada tahun 2016 , menghubungkan Bentong - Kuala Kerai. 

Menarik kan ? Terima kasih pada kerajaan kerana membina lebuh raya ni. Aku melaluinya buat pertama kali pada Aidilfitri ke dua untuk pulang beraya ke Kelantan. Laluan jadi singkat berbanding jika aku ikut jalan lama dan lebuh raya ni , selesa la buat aku.. Lancar jer ketika aku melaluinya.
Tapi jalan ceritanya lain ketika sehari sebelum raya ! Rata rata pengguna media sosial tau , sehari sebelum raya , banyak lebuh raya jammed , kan ? Haaa.. termasuk laaa Central Spine ni ! Aku tau pun selepas seorang rakan Facebook aku , Nurul mengupload gambar dia di sana , petang tu. Fuhhh , nak rebah jantung aku tengok weh ! 
Kawan aku ni update dia di Central Spine ni dari jam 12 tengahari lagi.. huhuhu.. Gambar di atas dah menunjukkan jam 2 petang. Tinggal beberapa jam lagi nak buka puasa ! Ahaaaa.. Kalau dah masuk waktu berbuka , nak berbuka kat mana ? Dalam kereta la jawabnya kan ? Tak pee.. berbuka je kat mana mana.. Tak da sapa nak marah aih.. 
TAPI YANG AKU AMAT KECEWA IALAH.. ketika aku melalui lebuh raya ni, permandangan di bahu jalan amat amat mendukacitakan sama sekali ! Hurmm.. ini ke balasan kita setelah 'dihadiahkan' lebuh raya yang selesa buat kita ??? 
Aku tak percaya pada awalnya ini adalah perbuatan pengguna lebuhraya ! Aku ingatkan ada lori sampah terbalik kat sini !!





Aku berhenti tepi jalan dan ambil gambar semua ni. Jangan kata lak ' apasal aku tak tolong bersihkan dari tengok je dan amik gambar ! Gile viral ke apa ?' !!! Haaa.. agak agak la nak kata gitu yer ! Bukan sekangkang kera yer kekotoran yang dihasilkan oleh insan insan yang bijaksana ini tau ! Haaa.. 
" Memang patut highway dikenakan tol.. kalau takda , sapa nak selenggara lebuhraya ? Kos nak selenggara bukan murah pon ! Sapa nak tanggung ? ". Bisik hati kecil aku. Terpaksa aku terima.. Kalau free , mereka meraikannya dengan cara begini. Bila kena bayar , tau pulak nak jaga yer ? \
Menurut rakan Facebook aku tu , dia sendiri melihat 'perangai' pengguna.. 
" Haa ini yg aku tgk aritu.. yg dok dlm kete pun main campak je tin minuman..plastik2.. BOLE KOTOR KE KERETA KORG KALAU KUMPUL DULU SAMPAH DALAM KERETA? Aku g mana2..siap sedia plastik byk2 tuk buang sampah tau ! "
Secara jujurnya aku malu melihat keadaan ini. Ada kawan komen di Facebook aku ketika aku up status ni..  Lebih kurang katanya gini laa.. " Ini pun nak bising ! " Komennya dah didelete. Aku tergaru kepala.. Dia suka kot tengok keadaan gini ? Dia ingat kekotoran gini , digalakkan dalam agama ? Apakah dia tak sedar , negara kita ni diancam dek pelbagai jenis penyakit merbahaya yang terhasil dari kekotoran yang 'dicipta' oleh kita sendiri ? Haihhhh.. 
Moga 'perangai' begini tidak berterusan. Hargailah alam sekitar. Aku tak nak tidur atas timbunan sampah sarap ! Cuba ingat kembali ketika negara kita 'diserang dek jerebu' ! Apa perasaan kita ? Camana kita nak hidup ? Dan jika sampah sarap ini tidak dikutip.. bayangkan tiap kali kita pulang ke kampung , kita melalui jalan raya yang berbau busuk berpunca dari sampah sampah yang tidak dikutip ! 

Rezeki bilik tidur berkunci !

Alhamdulillah.. Raya ke dua 'balik kampung' ! Heehehhe.. bertolak ke Kelantan awal pagi. Sampai petang. Jammed cuma sebelum di tol Bentong dan Kuala Kerai. Lain lain , clear ! Menariknya , aku tak mengantuk sama sekali !
Haaa.. pelik giler ! Tak pernah lagi dalam sejarah aku memandu ke Kelantan , aku tak berhenti tidur langsung !!  Aku nyaris cipta rekod tapi 'tergagal' sebab Kuala Kerai. Kalau tidak , aku cipta rekod peribadi !
Wife pelik tengok aku berjaya memandu tanpa berhenti rehat dan tidur. Dalam kepala dia , aku akan berhenti paling tidak pun , 10 kali sebelum berjaya tiba di Kok Lanas. Apakah rahsia aku ???
Kopi Badang la jawapannya ! Aku minum sebelum bertolak dan sediakan satu bekalan kopi badang sepanjang dalam perjalanan.. Hehehe. Dan ternyata berjayaaaa ! Tapi kesesakan jalan raya di Kuala Kerai pada jam 5 petang ( bertolak jam 9 pagi ) , keletihan mula terpancar di wajah aku. Aku pon dah mula menguap.  Akhirnya berhenti rehat di Machang. Solat dan teruskan perjalanan. 
Sampai umah mertua aku , Maghrib dah. Naik ke bilik. Dan , kunci pagar , mangga , bilik tak tau mana mak mertua aku simpan. Semua dalam rumah tu pakat mencari. Takda jumpa. Aku makin layu! Dan tak larat tahan mata. Aku bagitau wife , aku nak tidur di Hotel Perdana jer. Aku dah tak larat dah. Nak berehat jer tanpa gangguan. Wife setuju. 
Aku amik beg dan kunci kereta. Terus memandu ke Hotel Perdana Kota Baru. Nasib baik laaa ada kawan aku di situ membantu dapatkan bilik. Terima kasih Bird ! Hahahahhaha..  Tidurlah aku semalam di sini. Tapi sebelum nak sampai sini tuuu... perghhhh ! Aku berkali nyaris tertidur sewaktu memandu. Puas tampai diri sendiri.. Hahahaha..
Sampai hotel , lepak ngan Bird jap pastu naik tidur ! Hahahahaah.. Mandi dan terus lenaaaaaaa ! Taka hengat apa apa dahh...  Errr, aku sorang je. Yang lain tidur sana. Boleh ? Hahahahaa... 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI