Isnin, 3 Julai 2017

'Korang nak aku ajar anak-anak aku camana ? '

Hurm.. pening la skang ni ! Garang salah , tak garang salah ! Nak didik camana lagi ni sebenarnya ? Ikut pada ibu bapa masing masing ? Hurm... Memang betul pun, ikut parents tu sendiri ! Aku jenis garang. Mak bapak aku dulu pun garang. Takat naik tangan tu biasa la..
Tapi di zaman ni , macam macam akta ada ! Nak naik tangan pada anak anak , bukan semudah itu woi ! Orang luar nampak , buat report.. kita leh kena gak ! Haaaa ... Tu pasal cikgu cikgi kat sekolah , pening . Aku nak didik diorang ni atau nak sekadar 'mengajar' jer ? Perlu ingat , nak menjadikan anak anak kecil kita ni menjadi manusia , perlu gabungan ibu bapa dan juga guru ! Kalau salah seorang je 'bertugas' , tak menjadi gak oiiii ! 
Terbaca artikal The Reporter..
Aku baru baru ni , ada naik tangan kat Qhaliff sebab 'gurau kasar' pada adik dia , Aariz.. Aku ternampak dan cepat je tangan aku naik.. Qhaliff tarik muka pastu menangis. Aku pujuk. Pastu dia cakap kat aku.. 
" Daddy jangan la pukul Qhaliff. Nanti Qhaliff tak nak pergi sekolah, haa.. ". Amboi... mengugut dah ? Mana belajar ni ??? Sejak sejak dah pandai cakap ni.. tak terjangka dek akal aku ayat ayat yang keluar dari mulut dia ! 
Garang dengan anak-anak tak semestinya naik tangan , kan ? Yer.. aku kuat menjeling gak. Tapi jangan lupa , ada mata yang memerhati tindakan aku tu ! Bila aku menjeling , orang yang nampak mesti kata aku ni garang pada anak anak ! Nak didik anak anak tak leh garang ! Kena guna psikologi la katanya.. Aduh , pening la aku. Nak guna psikologi , kena gi kursus atau banyakkan membaca lak ! Kena ikut style omputeh gitu.. Nak buat style tok nenek kita , guna 'bahan' perambat anak anak , tak leh dah.. nanti 'see u in court' lak ! Haaa.... 
Sebab tu lah , aku yang ada 3 orang anak ni... yang besarkan anak anak aku sendiri ni.. tau ragam diorang camana... takkan bawak gi umah orang untuk beraya ! Aku tak suka nak marah marah , atau nak jatuhkan air muka anak anak di rumah orang. Lebih baik aku tak bawak diorang berjalan , buat masa terdekat ni sehinggalah mereka berdisiplin atau mampu ikut kata.  
Kalau diberi gadget , orang pandang pelik ! Dah tu , kita gi beraya umah orang.. sekadar datang untuk makan je ke ? Merasai keenakkan kuih muih je ? Kita yang dewasa ni boleh la bersembang sembang.. abis anak anak kecil tu nak buat apa ? Paling lama pun leh duduk diam.. 5 minit ! Pastu dah panas bontot ! Kasi tab.. senyap ! Kalau dipasang kartun di tv , mungkin senyap.. Kalau tak, apa lagi diorang nak buat ? Dalam entri aku yang lepas aku dah jelaskan dalam tajuk Tak suka pergi 'open house' kecuali .. 
Tak kisah la apa orang nak kata.. Kita kenal anak anak kita sendiri. Lain orang , lain cara didik anak. Aku taknak jadikan anak anak aku ' harimau sarkas'. Takda penjaga , baru nampak kuku ! Bahaya gitu. Aku dah nampak macam macam , sewaktu pembesaran aku dulu. Depan mak ayah , melutut. Belakang.. dialah hero ! Bahayaaaa woo !  

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI