Rabu, 5 Julai 2017

Daddy ' sentap' !

Selepas Qhaliff berjaya dapat 'Ultraman X' yang bernilai RM399 tuu.. dia mintak Transformers yang pakai topeng tu. Aku tak bagi. Bulan depan lak ! Dia tak meraung.. dia tak memaksa. Tapi dia hari hari cakap dengan lembut kat aku.. " Nak Transformers yang topeng tu... ". Aku tau mana satu sebab dia ternampak iklan di Astro. Sejak tu laa dia dok sebut nak. 
Mak dia tak kasi. Aku pun tak kasi. Baru sangat je beli mainan. Mahal gile lak tu ! Aku leh nikah anak dara dengan kos beli Ultraman X tu.. RM399 ! Lepas mas kawin weh !  Tapi aku tak nak.. biarlah anak anak gembira. Aku berkorban aja ! Huhuhuh..  Kononnya la. 
Bulan berganti. Seperti yang dijanjikan , dia tuntut. Haih.. nak tak nak , beli je la.. Bawak gi Alamanda , masuk Toys 'R' Us.  Dia pilih ' si lori' yang menjadi kegemaran ramai budak selain si 'kereta kuning'tu.  Harga , RM119. 
Lepas dia dapat , dia jadi anak paling dengar kata ! Huhhhh.. Dia usung ke mana saja dia pergi. 


Nak dijadikan cerita.. ketika aku baru nak keluar dari rumah.. nak gi Alamanda , tiba-tiba wife call. Terus aku patah balik ke rumah. Aku bukak pintu. Terdengar suara Zahra menangis. Qhaliff datang dan serahkan Transformers yang dia dapat pagi tadi , pada aku . Aku belek dan geleng kepala.. 
" Tak pe la.. nanti daddy beli lain yer. Esok kita gi beli. ". Terus Qhaliff terasa lega. Robot dia , Zahra tak sengaja terpijak.. patah tangan dia ! 
Teringat seorang rakan.. katanya dia sedang bergelut dengan masalah kewangan. Bukan dia seorang ..ramai lagi ! Dan aku.. hurm... tu pasal aku sedikit sentap tapi demi anak , aku tutup je la mata. Bagi aku , itu rezeki mereka. Bahagian yang aku dapat , ada juga bahagian mereka. InshaAllah , murah rezeki aku. 
Dan memang ada rezeki aku malam tadi.. Alhamdulillah.. Tak pe la.. sentap daddy sekejap je. Asal anak gembira dah la.. 

Hampeh punya 'SPIDERMAN' !

Taksub ! Teruja ! Filem terbaru SPIDERMAN:HOME COMING yang digarap semula dengan lebih menarik serta penampilan Iron Man di dalam filem tu , membuatkan aku tak sabar sabar nak menontonnya ! Aku tempah tiket awal pagi semalam menjadikan aku antara terawal menontonnya.. hehehe.. di Alamanda ! Heee.. 
Show jam 12 tengah malam. Aku belanja anak anak... bukan 'rasuah' tapi belanja dengan harapan , nanti malam jangan bikin ibu marah ! Huhuhuh.. Aku bawak Qhaliff gi gym. Kasi dia penat.. malam tidur awal ! Zahra ni je payah skit.. Aku serahkan pada wife.
Jam 10 malam... aku keluar gi gym. Hantar Kopi Badang. Esok ada Zumba. Nak test market kat sana. Mana tau , ada potensi kan ? Kopi Badang tu memang gempak ! Kawan yang dah rasa tu pon setuju dengan testimoni aku.. huhuh.. 
Jam 11 malam.. aku bergegas ke Alamanda. Yesss , hati teruja sangat nak jadi spoiler ! Hahahaha.. Mesti member di Facebook akan menyumpah seranah aku gara gara aku punya review nanti ! Heheehhe... Pedulik aar.. aku cerita yang benar apa ?? Haaa...
Tiba di Alamanda.. Parking agak kosong. Aku tengok jam.. Awal lagi. Takpee... beli pop corn.. lepak tepi dinding.. usha awek ! Huhuh.. Mana tau , uban kat janggut leh bertukar jadi hitam gara gara mencuri aura awek awek cun ? Mana tauuu kan ? Hahahaha.. 
Di GSC.. aku terkejut ! Apasal takda orang ??? Aku tengok diorang mula kunci pintu. Staff diorang tengok aku. Er , aku pura pura tengok handphone. Apa dah jadi ni ???? Takkan diorang nak cuci time ni gak kot ? Eh , aku tengah mimpi ke ??? Aku tampar pipi aku .  Tak la pulak.. 
Aku bukak app GSC. Tengok History. 
Hohhh ?????? Aku check handphone aku.. TUESDAY ! Esok baru WEDNESDAY la ngong ! Adoiyaiiiiiii... Hampagas sungguh laaa ! Ni semua salah SPIDERMAN ! Tak pernah pernah aku salah hari ! Grrrr.. 
Aku terus balik rumah.. memandu laju dengan penuh kemaluan. Huhuhuh.. Sampai je rumah , Zahra lom tidur. Yang lain dah 'selamat' beradu. Wife terjaga. Dia tanya aku... nape balik ? Aku jawab.. Tak sampai hati nak tinggalkan diorang malam malam... Kononnya ! Hahahahah.. Hampeh luuuu , Spiderman ! 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI