Khamis, 6 Julai 2017

Sesuai tak bawa anak-anak ke SPIDERMAN:HOMECOMING ?

Yeess...berjaya gak tengok SPIDERMAN dengan anak-anak. Aku agak was was gak pada awalnya nak bawak diorang terutama Qhaliff. Kenapa ? Takut ada adegan 'dewasa' ! Bukan apa... aku ari tu tengok Wonder Women kat handphone , Qhaliff nampak. Dia sengih sengih.. 
" Eeee.. daddy tak malu laaa... ". Dia kata gitu ! Terkedu aku. Aku tanya la kenapa.. Dia kata sebab aku tengok citer tuuu... Huk alohh.. mesti sebab si WW tu pakai pakaian yang tak menutup aurat ! Hahahaha..  Terus aku matikan citer tu. Tunggu dia tidur , baru aku sambung tengok.. 
Aku dah tanya kawan yang dah layan semalam. Katanya 'clear' jer. Takda babak 'bahaya' pada kanak kanak gitu.. Ok la kan ? Maka aku bawak satu 'kompeni' ke sana.. Qhaliff dan Zahra teruja la.. Qhaliff teruja sebab SPIDERMAN. Zahra teruja sebab nampak gula gula ! Dia ni nampak gula gula atau makanan , dia lupa dunia dah ! 
Ok.. di GSC ada mug SPIDERMAN. Panggung lain , aku tak pasti. Qhaliff nak, Zahra pun nak. Satu set kombo tumbler tu berharga RM23 jer. Maka hari ni , aku dah abiskan hampir RM100 untuk mereka. Huk huk.. 
Ok... masuk panggung.. Mula dah cerita. Seperti review seorang kawan di Facebook , Spiderman kali ni , lebih 'remaja' dari sebelum ni. Dan memang benar. Tapi ok je bagi aku. Banyak perubahan berbanding yang lama punya. Tak membosankan sama sekali. Nak dibandingkan dengan Transfomers yang baru baru ni aku tengok.. aku rasa SPIDERMAN ni jauh lebih menghiburkan. 
Dan aku rasa.. kesedapan kali ni  dalam SPIDERMAN  'HOMECOMING ' , ialah pakaian dia dan juga kehadiran IRON MAN ! Kalau tak , aku rasa cerita ni memang dah boleh dibaca dari awal lagi.. Apa apa pun , memang best la ! Tak boring dan si SPIDERMAN pon comel comel gitu.. heeee.. 'budak budak remaja' suka la kot. Level cam aku ni, kira macam makan pop corn je la citer ni.. 
Berapa bintang ? Aku kasi 7/10

Tak boleh 'charge' telefon pintar di dalam kereta ??

Macam tak kena je ayat aku tu.. boleh mengundang isu gak ni ! Hahahha... Nak charge , charge je la.. guna powerbank ke.. guna la apa sekali pun tapi jangan guna adapter yang disambungkan pada kereta tu melainkan memang dah disediakan port khas untuk charging ! 
Haaa... Yeke tak boleh ? Aku guna Nissan Livina dari dah nak masuk tahun ke 5. Setiap kali aku pandu kereta tu , aku charge.. Takda masalah timbul pun ? Ada yang kata tak boleh sebab voltage dia lain.. Hurm.. Wallahualam. 
Tapi hari ni , sesuatu berlaku pada aku. Aku guna Perodua Bezza. Aku charge Sony Xperia XZ aku. Terasa panas di port usb tu. Dan berbau hangit. Cepat cepat aku cabut.. dan kabel usb tu berasap ! Panas sungguh. Melecur ibu jari aku ! 
Fuhhh... giler laaa ! Kalau aku tak sedar tadi , tak tau laa apa nasib aku sekeluarga ! USB kabel aku beli ni bukan tepi jalan punya. Memang harga pun cantik ! Apakah sebabnya jadi begini ? Ok.. aku tak kata sebab kabel atau sebab kereta. Cuma aku nak tekankan di sini , banyak kes dah berlaku.. macam macam dan faktornya pon ada macam macam. Maka sebaiknya , sila berhati hati. Kalau charging handphone tu , sila jauhkan dari manusia lain. Haaa... Sewaktu tidur kalau nak charge , utamakan keselamatan. 
Ini berlaku pada aku sendiri. Aku rasa tak nak sabitkan itu barang tiruan atau original. Kalau nak berlaku , tak kira dah.. Yang penting , kena utamakan keselamatan. Fikir berkali kali sebelum melakukan apa saja yang boleh mengugat nyawa korang.

Cintailah bahasa kebangsaan kita !

Hurm.. mengarut sangatlah ni ! Kalau aku lahir di negara China atau India mahupun Perancis sekali pun , aku akan tetap ikut apa yang disyarat wajibkan di negara tersebut Bahasa kebangsaan adalah bahasa rasmi ! 
Ini bukan bahasa bangsa tapi bahasa yang menjadikan rakyat negara ini bersatu ! Tak kira la apa jua kaum , tapi satu bahasa mengabungkan semua bangsa menjadikan kita , satu bangsa .. bangsa Malaysia ! Malu ? Eh , tak payah malu laaa.. Kalau nak kata malu sebab pemimpin kita tak betul , itu dia ! Sampai masa , dia turun... dia kena laa. Tapi kita , tetap MALAYSIA yang bertutur dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu di Malaysia , adalah hak semua kaum di Malaysia.. kan ? 
Bila aku pergi Kelantan.. orang cina di sana cakap Kelantan dengan fasihnya , aku ternganga dan terus respek kat dia ! Dasat ! Dia berbangsa cina dan boleh berkomunikasi dalam loghat Kelantan dengan baiknya. Bermakna dia 'berkuasa' di situ ! 
Di sekolah sekolah mahupun dari taska lagi.. kita dok tekankan bahasa asing yakni English ! Seriusss bagus ! Memang bagus sangat. Aku tak kata tak bagus yer.. Cuma yang tak seronoknya ialah.. pelajar tu bertutur dengan bahasa yang bercampur aduk. Kejap English.. pastu ada bahasa Melayu. Kalau nak English , English terus. Kalau nak bahasa Melayu , bahasa Melayu terus. Ni dah macam pasemboq dah lagaknya ! Tapi pasemboq jauh sedap lagi la ! Huhuh..
Maka.. mana mana pihak di negara kita ni.. yang berminat nak 'padamkan' Bahasa Melayu , akan aku tentang abis abisan ! Bukan sebab aku Melayu tapi inilah bahasa yang menyatukan kita dari dulu lagi hingga sekarang ! 
Ini je yang kita tinggal ! Kalau ini pun dirampas , apa lagi yang kita ada ??? 

Jangan kedekut dengan anak. Kegembiraan anak adalah segalanya !

Ada parents berkira sangat dengan anaknya. Mungkin memang itu cara dia mendidik anak anaknya. Jangan persoalan sama sekali yer ! Atau memang dia tak berkemampuan maka dia mengajar anak anaknya agar bersikap sederhana. Alhamdulillah , bagus parents gitu. 
Aku ?? Manjakan anak anak ke ? Tidak sama sekali ! Cuma apa yang aku lakukan ialah.. setiap rezeki yang aku terima , memang ada bahagian untuk anak anak. Sudah semestinya ada bahagian untuk di simpan.. untuk masa depan mereka ! Insuran , SSPN , Tabung Haji.. dah simpan dah ! Cuma ada sedikit untuk membuatkan mereka tersenyum dan elakkan dari 'menggangu' orang lain. Aku tak leh tengok orang jeling anak anak aku.. aku terasa woo ! Hahahaha..
Yer.. aku mengajar mereka.. SIMPAN KALAU NAK BELI ! Tapi diorang simpan 1% jer.. hahahahaa.. Yelah , diorang lom kenal sangat.
Tapi yang pastinya , setiap kali aku ikhlas belanja diorang.. keesokkan harinya pasti ada sesuatu untuk aku ! Alhamdulillah.. 
Suka dia ! Tersenyum sampai telinga. Usung ke mana saja dia pergi. Cerita kat cikgu yang dia ada Transformers. Huhhuuh... Walaupun tak panjang hayatnya , tapi dia tetap gembira dah 'pernah' ada ! Hehehehe..
Dan keesokan harinya...  Telefon idaman aku , di tangan aku tanpa aku sangka sangka ! Huhuhuh... 
Dan aku ditawarkan satu job yang aku tak sangka sama sekali ! Rezeki sungguh laa... Huhuhuh.. Sebab tu aku sering pesan pada wife , diorang ni murah rezeki. Memang nampak kita macam membazir beli mainan untuk diorang tapi itu je la yang diorang ada di zaman ni. Nak lepaskan diorang bermain di luar rumah , dah tak berani. Nak kasi main gadget , tak boleh sangat. Dah tu ? Nak belajar dan membaca buku je ? Kita dulu pun tak cam tu.. untungnya kita dulu , main depan umah.. selamat je lagi.. Diorang ? Maka beli toys je la.. main depan kita.. kan ? Dan ada la 'doa' mereka untuk kita agar kita dimurahkan rezeki... kita je tak tau.. kan kan ?
Rezeki tak disangka-sangka.. 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI