Ahad, 9 Julai 2017

Keputusan peperiksaan pelajaran pertama Qhaliff

Hehehe.. baru 5 tahun je. Alhamdulillah.. walaupun banyak main tapi nampak banyak perubahan dia terutama dari sikap dan pergaulan dia. Terima kasih pada ibu dan guru guru di tadika yang mengajarnya tanpa bosan. 
Keputusan ni bukanlah di luar jangkaan aku pun sebab setiap malam dan juga setiap pagi , mak dia dok ajar di rumah dan juga di dalam kereta. Aku tak ajar ke ? Aku ajar tapi dia ngan aku dia main main jer. Kang aku tukar jadi Hulk , dia merajuk teruk. Adeh..
Pasni naik kelas. Dia pon dah mintak nak belajar Tae Kwan Do tapi aku nak masukkan dia ke kelas bahasa Arab yang mana guru yang mengajarnya baru balik dari Mesir. Sebelum dia 'berhenti' , aku nak Qhaliff jadi anak muridnya dulu.. heee.. InshAllah.
Tahun depan , inshaAllah nak letak Zahra kat sana lak. Tapi abang dia tak kasi. Takut kantoi la tuuu.. Hahahaha..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI