Ahad, 16 Julai 2017

Sapa nak petrol percuma selama setahun ????

Aku pun nak ! Hehehehe... Tak caya ? Apahal lak tak cayanya... kelmarin je aku gi saksikan sendiri penyampaian hadiah pada pemenang terpilih ! Malah pemenang tu sendiri tak percaya dia boleh menang. Katanya tak sampai 24 jam dia isi petrol dan hantar sms peraduan , terus dapat panggilan telefon dan mengatakan dia berjaya menang ! Fuh , dasat arrr ! Rezeki sungguh. 
Peraduan Fuel Frenzy yang dibawa khas oleh Petronas ini telah pun bermula pada 5 Jun lepas dan akan berakhir pada 31 Julai 2017. Sebanyak 41 pemenang akan dipilih. Bermakna, sehari satu pemenang utama dan 3 pemenang saguhati dipilih. 

Pemenang utama harian, membawa pulang Gift Card Petronas yang membolehkan si pemenang mengisi petrol sehingga RM6 ribu !  
Nak gak ke ? Nak sertai tapi tak tau camana ? Ke tau dah ? Tak tau ? Hehehe.. Meh aku ajar... Aku ajar ni pun sebabnya aku nak join gak. Mana aci tengok je orang dapat kan ? Aku pun nak woooo.. Rugi dibiarkan begitu saja rezeki ini ! Hehehehe.. 
Cara nak sertai peraduan Fuel Frenzy ini mudah saja. Ikuti langkah ini dengan betul.

1. Hanya isi petrol atau diesel minimum RM30. Dapatkan Resit anda. Lihat "TAX INVOICE NO." untuk nombor resit.

2. Hantar SMS kepada 39993 dengan menaipkan PETRONAS jumlah pengisian nombor resit ( Tax Invoice No. ) nama penuh seperti IC.



Contoh: PETRONAS 30,000000123456789,Yiew Kem Win
Setiap pengisian RM30 layak untuk 1 penyertaan. Contohnya  , RM30 – 1 penyertaan, dan jika diisi petrol sebanyak RM60 , automatik dapat  2 kali penyertaan. Ok ? Faham dah ? Senang je kan.. haaa... Kalau dah paham , bagus.. 
Hadiah dia ? 

Kalau tak paham gak , korang tengok video hensem aku ni.. yang aku buat khas untuk korang ! Punya laaa aku nak korang menang !!! Haaa.. punya la sayangnya aku kat pembaca blog aku ni... hahaha.. nak kasi menang punya pasal ! 

video
Sila tonton dan pahamkan.. 
Ok ? Kalau tak paham gak , korang boleh tengok di Promosi Fuel Frenzy . Moga paham pasni. Hehee.. Kalau tak paham , sila tanya kawan di sebelah korang tu. Mungkin dia boleh pahamkan.. Heee.. Apa apa pon , sila join ! Jangan lepaskan peluang keemasan ini.. 
Untuk menyakinkan korang.. sila tengok di bawah ni.. 
Boleh tengok lagi di Facebook Petronas Brands. Semoga rezeki milik anda ! Heeee..

Kad laporan peperiksan Qhaliff..

Dua hari tak update blog. Saja nak berehat. Semalam , aku ngan wife gi amik kad laporan peperiksaan Qhaliff , buat pertama kali. Di sana , cikgunya menerangkan perkembangan Qhaliff. Aku tak beberapa nak fokus sangat sebab dukung Aariz dan melayan Zahra.  Aku tanya kemudian pada wife. Walaupun aku ada banyak nak tanya tapi tak pe la.. nanti nanti jer. 
Situasi gitu mengingatkan aku ketika aku mengajar di sebuah sekolah rendah satu tika dulu. Hurmmm.. Aku mengajar kelas hujung tika tu. Kelas hujung ni , kelas murid yang ' kurang bernasib baik '.  Nak kata tak pandai , diorang ni pandai. Bagi aku , diorang ni tak bernasib baik jer. Ada anak yatim , ada  dari keluarga miskin , ada dari keluarga yang berpecah belah.. dan ada yang 'kurang sihat'. 
Aku mengajar tahun 3 dan 2 seingat aku. Yang aku ingat sampai sekarang , ada sorang pelajar tu. Dia ada abang tahun 4. Setiap hari , selepas abis sekolah diorang atau setiap pagi.. diorang akan mencari tin untuk dijual kemudian duit tu kasi kat ibu mereka... buat duit belanja. Aku ingat masa tu aku dah susah dah.. aku bergaji RM650 sebulan ! Geleng kepala aku... 
Kelas hujung ni , tak dipandang sangat. Kesian jugak aku. Apa yang aku mampu buat ialah , mengajar mereka.. kenalkan mereka dengan huruf dan angka. Biarlah tak pandai mana pon tapi jangan sampai diperbodohkan dengan orang bijak pandai ! 
Berbalik pada Qhaliff.. aku sedar potensi dia. Cuma buat masa sekarang , aku tak nak la paksa dia sangat. Biarlah dia berdunia dulu. Bermain dan bergaul.. dan pada masa yang sama , belajar. Aku bukan la nak suruh dia jadi Perdana Menteri atau Menteri pon.. aku nak dia menjadi manusia yang tidak susahkan manusia lain. Yang penting kenal Tuhannya dan tau apa tanggungawab di muka bumi ini.. 
Bak kata aku pada wife aku laa... Dia ni masa belajar dulu , rekod dia di sekolah , no 4 jer..Kira cemerlang laaa.. tapi kawin gak ngan aku , yang senantiasa no 30++ ! Hahahaha... Aku bukanlah bodoh mana pun.. aku cuma malas jer. Aku tak berminat nak rajin.. sebab kalau aku rajin , aku pasti Perdana Menteri akan datang , mesti aku punya laa !
Saja tak letak gambar kad ujian dia... Heeee.. 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI