Isnin, 17 Julai 2017

Tempah dengan KhaisyaDelite lagi !

Kelmarin... taska Qhaliff , buat majlis hari raya. Ibu bapa murid diminta bawa hidangan istimewa.. bertukar tukar rasa la gitu.. Aku pening pada awalnya nak bawa apa. Tetiba teringat kawan blogger #KBBA9 , Korie yang dah popular di Putrajaya dengan brownies , durian puff dan macam macam lagi produk dia.. hehehe.. Terus aku whatsapp dia. Tempah ! Selesai masalah aku. 
Esoknya , dia hantar terus ke lokasi !
Siap ! Cantik dan kemas buatannya.. nak makan pon sayang.. Haahaa...
Lega... tetiba kawan blogger whatsapp. Esok nak datang rumah ! Haaa ???? Ah, sudah. Nak masak apa ? Adeh.. rumah pon cam kapal karam. Banyak kerja nak kena urus balik ni la jawabnya. Wife mesti pening nak masak apa. Dah la seharian gi open house. Balik mesti penat. Esok nak bangun awal , kena g pasar... beli barang untuk masak nanti.. Er , wife yang uruskan. Huhuh.. 
Dia kata nak masak bihun goreng dan buat pulut mangga. Aku , pm sekali lagi Korie. Order lagi !! Hahahah.. Aku tak tau aku nak order apa.. Aku serahkan pada dia. Kasi yang terbaik punya... Huhuh.. Selesai masalah aku , sekali lagi. 
Ahad pagi.. wife buat bahagian dia. Aku buat bahagian aku. Dan gi amik barang tempahan aku di Putrajaya. Tengahari siap ! Tertanya apakah yang aku dapat dan rasanya kali ni.. Huhuuh.. Sampai je rumah , terus aku bukak.. Tak sabar nak tau.. Dan , tadaaaaa... 
Kek Pandan Gula Melaka

Mixed Cheese Tart
Hidang... tak sampai setengah jam , selesai ! Huhuhu.. Aku sempat rasa satu je. Tu pon dah sedap ! Tapi kita kena utamakan tetamu. Sila makan yer ! Huhuhu.. Aku leh order nanti. Nak bawak gi umah mak aku. Adik aku mesti suka punya. Dia kaki makan. Heeee..  Mak aku , kena jaga makan. Boleh makan tapi tak leh banyak.. 
Nak order ? Eh , boleh jeee.. Kalau nak order .. sila whatsapp ke 0196228446 atau pm di instagram , KHAISYADELITE ! Nasihat aku , order awal awal yer.. Dan dah order , jangan lak batal minit minit akhir.. huhu.. Tak baik buat perangai gitu.. eh ?  
Open table kat pejabat pon best wooo ! 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI