Selasa, 1 Ogos 2017

Bil perubatan untuk Zahra , RM8K !

Wife dapat surat dan terus turun ke kaunter untuk urusan pembayaran dan discharge. Aku jaga budak budak di wad. Nasib baik la  ada insuran.. dapat la duduk bilik single. Kalau takda insuran , nak bayar sendiri , entah berapa lak ! Masa ni aku jangkakan dalam RM1-2K je.. Deposit , RM1K... diorang mintak 2K ! Nasib baik ada kredit card. Kalau takda , jenuh gak la..  Tu kelebihan kad kredit la.. 
Wife masuk bilik. Soalan pertama yang dah aku jangka.. 
" Cuba abang teka berapa kena bayar ? ". Wife ni part duit memang berkira.. maksud aku 'prihatin' la berbanding aku ni.. Bila dia tanya gitu , aku mesti agak.. tinggi ! Tengok dari riak muka dia seolah olah macam tak percaya bil tu salah satu benda ajaib di dunia ! Haaaa.. 
Aku pun teka je la.. Main teka je laaa.. " 8K ? " . 
Dia senyum.. " Pandai abang... Aah.. 8K. " .
Terkedu aku. Tapi aku tak la hairan sebab yang datang buat rawatan pada Zahra , doktor pakar. Kena pulak hujung minggu . Memang double charge laa ! Huhuhuh.. Nasib baik la aku ada carum perlindungan insuran untuk anak anak aku ni. Aariz je belum tapi dah diuruskan. Alhamdulillah , selesai segala uriusan.. 
Tapi Zahra masih tetap dengan lasaknya. Seolah olah tiada apa yang berlaku. Aku punya la seriau tengok dia bermain kat rumah dengan Qhaliff.. 
Lebam baru nak nampak... Tunggu kering , benang jahitan dah gugur.. Baru letak krim Cosmoderm. Krim tu berkesan untuk menghilangkan parut. Aku pakai banyak kali dan syorkan juga pada rakan rakan yang mana ada parut jerawat mahupun parut  demam campak , gunakannya. Alhamdulillah.. berkesan ! Boleh baca di entri aku yang lepas , Hilangkan Parut Di Tangan Aku ! 
Produk Cosmoderm ni memang serasi untuk aku sekeluarga. Aku memang senantiasa simpan stok di rumah 1 



Tapi yang pastinya , aku kena jaga makan Zahra. Orang kata tak leh makan kicap.. nanti parut tu hitam ! Yeke ? Aku tak makan kicap pun tapi parut tetap hitam.. hehehe.. Dan banyakkan makan oren untuk proses pemulihan.. orang kata la ! Wallahualam.. Tapi yang pasti , aku kena rajin letak vitamin E ni.. Kang dia dah besar , dia tengok muka ada parut.. sedih dia.. Huhuh.. kan kan ? 
Oh yaa.. ada yang tanya.. camana nak guna set produk parut Cosmoderm ni.. Senang je..  Ikuti langkah ni.. 

Langkah 1: Bersih
Vitamin E Facial Cleansing Foam membersih minyak, kotoran dan debu tanpa mengeringkan lapisan kulit.   

Langkah 2: Segar
Vitamin E Toning Lotion membersih dengan lembut dan mendalam untuk membuang sel-sel mati dan sisa pencuci.  Sapukan di atas muka dengan menggunakan kapas.

Langkah 3: Eksfoliat
Vitamin E Magic Exfoliating Gel eksfoliat secara lembut dan berkesan untuk membuang sel-sel kulit mati, bintik hitam dan bintik putih. Sapukan ke atas seluruh muka yang kering sebanyak  2 – 3 kali seminggu.

Langkah 4: Lembap
Vitamin E Cream 1,000 iu adalah pelembap ringan yang bantu memudarkan parut dan cela sambil melembapkan kulit.

Langkah 5: Sembuh
Vitamin E Oil 15,000 iu mempercepatkan penyembuhan parut dan cela, melembapkan kulit kering dan tegang dan juga bertindak sebagai minyak terapi wajah. Sapukan 2 – 3 titik Vitamin E Oil 15,000 iu ke atas muka / kulit dan urut perlahan-lahan.

Faham tak  ni ? Kalau tak paham , sila ke www.cosmoderm.com.my atau kalau malas nak bac , boleh je telefon terus ke :  +603 5879 6150 / +6016 210 4287 ( Mon - Fri : 10am - 5pm )

Oh yaaa.. alang alang membeli online kan , sila order Deep Heat Lotion ! 
Perut mengah kekenyangan... lenguh , salah urat.. boleh guna lotion ni ! Sangat mujarat. InshaAllah. Baca entri Wajib Bawa Ke Mana Saja!  
Jangan lupa follow :
Untuk info info terkini !


Sony Xperia XZ Premium sedia beraksi di New Zealand !

Huhuh.. entah semacam punya eksaited lak kali ni. Bukan tak pernah pon gi luar negara tapi rasanya trip ni lain macam skit sebab aku dan team yang uruskan sendiri ! Selalunya ditaja atas bawah ! Hahahaha.. Yer , yang ni pon ditaja tapi tetap kena uruskan sendiri. Tu yang menariknya !! 
Dan lagi menarik , aku tak sabar nak gunakan Sony Xperia XZ Premium aku. Pastinya aku akan manfaatkan sepenuhnya ! Tidak lagi ada sangkut sangkut dah ! Sebelum ni boleh stress aku wehhh ! Baru nak rekod , dah kejang ! Hahahaha.. 
Ok.. aku gi test power kat Taman Rama-Rama Kuala Lumpur. Hasilnya ? 




Amacam ? Hehehehee... Ready !!! Baterinya , boleh leh 24 jam jika aku tak main whatsapp atau layan internet sangat ! Tapi aku tetap sediakan powerbank Sony sendiri.. Hehehe.. Tak nak telepas detik detik menarik... 
Oh , apa yang menariknya Sony Xperia XZ Premium selain dari kamera ? Fuhhh.. banyakkkkk... banyakkk tapi yang penting kamera dan designnya.. hehehehe.. 


Aku ada 'hypertension' tapi sekarang...

Usia 28 tahun.. aku dah 'ditabalkan' mengidap tekanan darah tinggi yang melampau ! Hahahaa.. Giler ahhhh.. 180-200 tu , standard ! Hasilnya , dalam seminggu mesti sehari dua aku MC ! Tolak gaji pun tolak laaa.. dari aku stress kat pejabat atau pengsan , baik aku duk diam diam kat umah je ! 
Punca ? Nak kata sebab aku kaki makan maggie tu , tak gakk ! Tapi stress dengan kerja tu.. yer ! Ditambah lagi dengan stress pada manusia manusia yang tak reti bahasa.. atau yang saja mengundang provokasi.. haaa , memang boleh buat aku geram tahap melampau ! Selepas kawin , aku berenti kerja. Aku tak tahan dah... seminggu mesti ada ponteng ! Sakit kepala yang melampau. Aku berharap tindakan aku berhenti kerja tu , mampu mengurangkan tekanan darah aku yang dah capai tahap hypertension tu ! Tapi takk... Ubat pon aku tak amik. Syukur tak pernah dimasukkan ke dalam wad je.
Kelmarin , di Nilai Medical Center.. aku mintak nurse check tekanan darah aku. Aku syak , tekanan darah aku dah naik semula selepas tahun lepas.. aku berjaya turunkan tekanan darah aku ke normal !! Camana aku buat ? Aku jaga makan dan amalkan air detox.  Tapi nak buat air detox ni , memang perit skit laaa... kos banyak telan namun bagi aku... kesihatan lebih penting !

Selepas nurse check , aku tergamam ! Apa ? 146/80 ! Dia kata tinggi skit je. Aku pikir apa katanya ? Hurmm.. tentu sekali la anak aku yang sedang aku peluk tuu.. si Zahra yang baru luka kat dahinya ! Tapi bagi aku, 146 tu.. dah cukup bagus ! Kalau tak , mesti 180 ! Cuma aku lama dah tak minum air detox ni.. tak sempat nak beli bahan ! Dan kebelakangan ni harga sayur organik mampu buat geleng kepala ! Hahahaha. 

Aku puas pikir.. apakah menyebabkan tekanan darah aku tu leh ok ? Hurmmm.. teringat sesuatu ! Apakah air alkali Coway yang baru seminggu aku minum tu ???? 
Sedikit info mengenai air alkali ni.. Cara nak minum air alkali ni mudah jer.. tapi tak sama cam air biasa yer ! Cara meminum air Alkali : ialah 1 jam sebelum makan atau 1jam selepas makan untuk mengelakkan gangguan pada proses penghadaman. Atau 1jam sebelum masuk tidur ,jangan minum dan terus tido sebab badan kita perlu kan asid semasa kita tidur untuk proses penyembuhan. Dan minum pagi selepas bangun dari tidur dengan syarat minum air kosong dahulu sebelum minum air alkali. 
Tapi aku masih tak dapat pastikan disebabkan air alkali ni namun , aku terasa perbezaan selepas seminggu minum air alkali Coway ni berbanding Cuckoo sebelum ni.. Kalau nak tau lebih lanjut mengenai produk Coway ni , leh pm kawan aku di @addtripleonetwo

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI