Rabu, 2 Ogos 2017

Tak reti jaga anak ke sampai boleh luka tu ?

Aku nak letak gambar Zahra yang ada luka tu tapi.. tak yah la kot. Nanti ada yang tak lalu nak makan lak! Hahahaha.. tidak la seteruk mana pun cuma lukanya agak dalam je.. Sebaiknya aku simpan je sebagai kenangan 'terindah' buat Zahra. Nanti dia dah besar, boleh tengok sendiri.. Jangan kata daddy tak jaga , dah la ! 
Camana boleh berlaku ? Segalanya di depan mata.. diorang main pon depan mata.. Aku dok mengajar Qhaliff.. wife mengemas rumah. Aariz  dok rancak merangkak. Zahra , kejap menari.. kejap menyanyi.. kejap berlari ! Pastu dia kacau adik dia.. gi amik bakul pakaian dan sibuk nak masuk dalam tu ! Dan dalam masa sesaat ni la segalanya terjadi ! Hurmm... 
Punya la dok jaga... nak terjadi gak ! Apa nak kata dah ??? Aku mampu bebel je la sebelum pergi ke hospital. Apa yang patut dilakukan sepatutnya ialah... jangan sibuk sangat di rumah ! Perhatikan sungguh anak anak tu ! Kemalangan boleh berlaku sekelip mata. 
Tapi kalau dah nak berlaku.. nak kata apa dah kan ? Kita mampu berhati hati... Tuhan yang tentukan selebihnya.. Nak kata aku tak reti jaga anak tu , mungkin la kot ! Aku terpaksa bahagikan beberapa otak aku ni.. satu untuk cari nafkah.. dua untuk tingkatkan pendapatan.. empat untuk keluarga aku... lima untuk mak aku dan adik beradik.. enam untuk team blogger aku ! Oh , tujuh... masalah politik negara yang mana jika aku tak amik berat , anak anak aku menjadi mangsa mereka yang rakuskan wang dan kuasa ! Hurmm..
Alhamdulillah.. apa yang berlaku pada Zahra, membuka mata aku ! 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI