Jumaat, 4 Ogos 2017

Camana aku hilangkan lemak di bawah dagu , belakang tengkuk dan buat 'jawline' ?

Selepas ditegur seorang kawan blogger sewaktu event di Sunway Lagoon , aku terus nekad untuk kembali masuk ke gym !! Dia kata leher aku 'takda' ! Hahahaha.. hampeh tul ! Tapi syukurlah.. aku amik positif. Aku mulakan langkah kanan... ke gym dan kebetulan wife aku ada beli satu produk ! Aku pun try laa.. hehehe.. 
Dalam aku abiskan stok aku dan wife.. hehehe... ternyata nampak kesannya bila ada kawan tegur ! Huhuhu.. 
Walhal sebelum ni , pipi dah macam pipi Qhaliff ! Hehehehe... Aku rasa sebab lotion tu kot , hilang pipi tembam aku dan lemak bawah dagu tu ! Tapi bukanlah hilang 100% ! Aku tak jaga makan sangat.. 
Segalanya hancur bila Ramadan tiba dan disusuli Syawal ! Out of  service !! Hahahaha.. Hancur segalanya.. Sekarang , kena mula dari 'bawah' balik. Bukan mudah.. semangat kena kuat ! Dan sokongan dari keluarga serta rakan rakan juga penting ! Hahahaha.. Adoiyai..
Oh yaaa.. nak tau aku pakai apa ??? Hehehehe.. 
Mana nak dapat ? Ni produk Sendayu Tinggi. Bagi aku memang bagus la.. sapu kat perut sebelum workout atau keluar gi kerja dan malam sebelum tidur ! Tapi makan mau jaga yer. Kalau melantak cam ular sawa pastu nak kurus cam ular lidi , jangan mimpi la yer.. 
Aku ada 14 hari untuk hilangkan boroi dan lemak belakang tengkuk ni.. bawah dagu pun dah ada balik ! Huhuh.. nak gi gym , memang tak sempat sangat. Sian tinggal anak anak ngan wife. Aku kena workout kat rumah je.. Moga berjaya ! Heee... 
Bukan mudah.. tapi tak susah ! Kalau disiplin , inshaAllah..

Ben , kata boikot McDonalds ?

Aku post gambar burger Korea di Instagram dan Facebook.


Ada kawan komen di situ..  " Abg Ben bukan boikot McD ke ? ".  Aku dah jangka pun akan timbul pertanyaan gini. Tapi aku tak nak berlagak alim atau berlagak bagus. Seesungguhnya memang la aku boikot tapi dalam bentuk promosikan di blog mahupun di media sosial. Ada beberapa kali aku ditawarkan job melibatkan McDonalds tapi aku tolak sebagai tanda sokongan namun aku pun ada nafsu makan gak.. Nak gak makan makanan segera sesekali. Heeee.. 
Bagi mereka yang dah bertahun tak makan tu , baguslah. Alhamdulillah.. teruskan boikot korang. Aku bukanlah boikot bermusim tapi memang itu pendirian aku. Kalau rasa nak makan atau nak lepak McDonalds , aku gi tapi aku tak la post di media sosial. Gi makan dan lepak jap.. tu jer. P
ort aku , McDonalds Putrajaya. Cuma burger Korea ni aku post sebab aku tak pernah makan roti burger warna hitam.. tu je. Bukan nak promote pon.
Kesimpulannya , aku tetap boikot mempromosinya tapi makan tu , makan bila teringin. Walaupun ada yang kata tak mati laaa kalau tak makan , betullah tu..Doakan aku agar punya semangat juang seperti tu , yer.  Heee.. 

Aku pun nak jadi agen !

Wife bagitau aku , dia dah jadi agen untuk satu produk yang cukup bagus.. dan digunakan seharian ! Aku tanya la produk apa ? Dia jawab sabun basuhan.. memang bagus selepas dia mencubanya buat pertama kali. tu pun aku dapat free je.. Heee..
Kemudian dia pun mula promote di kalangan keluarga dan kawan kawan...
Sebelum dan selepas guna.

Setelah kawan kawan mencubanya , mereka pon berkenan. Pastu tanya la camana nak jadi agen ! Dah kalau semua orang jadi agen, sapa yang membelinya ??? Aku tanya la wife aku.. berapa untung sekali pembelian. Dia pun jawab la. Aku tergaru garu kepala ! Hurmm... Malas nak kata apa.. dah dia minat. Yang pastinya , stokis dan tokey besar untung gini ! Patut la ramai je founder produk kaya raya pastu menunjuk nunjukkan la pulak... Tapi agen bawah dia , apa cite ? Hurmm.. Malas nak komen apa apa!  Bukan apa.. kang nak backup sangat , ada kes stokis pon makan tuan gak ! Haaa.. tu bagi aku , mandai mandai la big boss tu nanti ! 
Teringat satu produk ketika aku berusia 20an.. Konsep sama.. cari agen dan dapatkan komisien. Dan pada masa sama jual produk yang sama. Persoalan , sapa yang beli ? Yela, pasaran Malaysia luas tapi ko yang kena rajin dan kreatif untuk pastikan produk senantiasa panas ! 
Aku jual.. ko pun jual .. dah tu dalam opis ni sapa je yang beli ? Adeh..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI