Selasa, 8 Ogos 2017

Selamat Tinggal , Flat Seri Melaka dan Seri-Seri yang lain..

Demi pembangunan katanya.. Macam macam cerita ada ! Tapi yang pasti , segalanya bakal jadi kenangan. 33 tahun aku di sini.. Membesar , bermain... pasni semua ni hanya ada dalam gambar dan memori aku dan penduduk penduduk sini.. Hurmm.. 
Padang ni dulu menyaksikan lagenda bolasepak negara , Azman Adnan memulakan kariernya di sini.. dan ramai lagi pemain bola sepak mewakili negeri  ( Kuala Lumpur ). Ketika tu , zaman semi pro. Hurmm..  Bila petang menjelma.. padang ni penuh dengan budak budak main bola ! 
Selepas ni , takda dah !  Bakal dinaikkan rumah mampu milik setinggi puluhan tingkat ! 


Aku tak kisah apa diorang nak buat kat sini tapi yang merisaukan ialah.. di mana anak anak kecil kita nak bersosial petang petang ? Sekarang ni kita tau.. kalau nak main bola sepak , leh sewa padang atau main futsal.. duit lagi ! Nak main lari lari , kena g taman permainan sekangkang kera.. Nah , gi la main situ.. 
Maka jangan hairanlah selepas ni , masalah sosial akan bertambah ! Nak tuding kat sapa ? Rakyat jugak dipersalahkan... 
Terbayang Hong Kong..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI