Rabu, 9 Ogos 2017

Resepi Jagung lemak berkrim pastinya disukai ramai !

Aku post di instagram. Ada yang tanya apa namanya ? Apakah resepinya ? Sedapkah ?
Adik ipar aku yang buat. Aku tukang makan jer ! Tapi yang pastinya , memang sedap ! Jagung sedap, kuahnya pun lazat berkrim ! Fuh.... aku tak tau apa namanya. Dia pon tak tau. Dia tau buat jer ! Hahahaha.. Apakah resepinya ?? 
Ok.. tadi aku tanya resepi. Apakah bahan yang digunakan. Dia pun cerita laaa... Dan tunjuk bahan bahan yang digunapakai untuk bikin ini jagung sedap sehingga batang dia pun nak ditelan ! Hahahaha.. Sedap okkkk ! 
Tapi yang susu , leh guna santan... lagi berlemak ! Campurkan semua bahan ni.. letak garam secubit. Pastu panaskan sehingga jadi sup gituuu.. Haaaa ! Kasi rasa skit.. kalau rasa dah ngam . masukkan jagung ! Rebus laaa.. kasi yummy ! Siap ! Haaa.. senang kan ? Huhuhuh.. Leh jadi blogger masakan dah aku ni ! Hahahahah.. 
Mat Gebu kalau baca ni , mesti marah aku punya. Merosakkan imej blogger masakan tul cara aku bagi resepi. Hahahaha.. Dah tu nak wat camana ? Itu je yang aku dikasi tau. Tak kasi tau kena gaul ikut pusingan jam ke.. berlawanan ke.. pastu kena baca apa apa mantera kasi sedap ke.. Haaa.. tak tauuuu aku ! Aku tau , makan jer ! Heee.. 
Selamat Mencuba ! 

Buka jahitan Zahra

Ke Nilai Medical Center lagi hari ni. Terpaksa ! Dah set temujanji. Camana sekali pun , kena datang. Lagi pun jahitan luka Zahra tu kena buka pada hari ke 10. Aku tak tau la apa jadi kalau terlewat atau terlebih hari. Huhuh.. Kena biar je la dan putuh sendiri pada minggu 3 atau 4 , menurut doktor. 
Masa terangkan pada Zahra , dia angguk paham. Tapi aku pasti dia akan menangis manja bila sampai masa. Wife tak nak masuk ! Dia seriau tengok. Huhuhu.. baru tengok gitu dah seriau ! Yang aku 'kena paksa' tengok dia lahirkan 3 orang anak tu , ok la eh ??? Dia tak pikir aku punya seriau ?? Hahahha.. 
Sedih dia tengok muka dia sendiri. Tapi dia 'kering hati' . Buat selamba jer macam takda apa apa terjadi. Tapi masa nak gunting tu , dia nangis tak nak je.. Tapi lepas pujuk , dia serah diri gak. Upah gula gula gitu ! 
Kos nak cabut tu.. RM100++ ! Nasib baik leh claim insuran.. kalau tak , berasap gak poket ! Huhuh.. memang kena berjimat skang ! Ekonomi teruk. Aku pelik camana si polan tu kata ekonomi kukuh ! Ekonomi dia je kot kukuh ??? 

Apa yang bagusnya air klorofil ni ?

Ingat lagi aku... kali terakhir aku minum air klorofil ni , 20 tahun lepas. Rasanya.. adehhh.. yelah kan , sayur tuuu ! Bau dia pun tak leh tahan.. masa tu laa ! Sekarang ni ada dah banyak produk klorofil ni di pasaran. Pandai pandai la pilih...
Tadi aku jumpa seorang kawan... dia 'hadiahkan' aku air klorofil ni.. Haa.. sukanya aku ! Tak payah nak buat jus sayur dah.. Bedal ni jer !  Menariknya , yang tak berbau seperti yang pernah aku minum sebab ada campuran buah peach dan rasanya lebih manis.. bukan manis gula yer! 
Apakah kelebihan air klorofil ni ?? Wowww.. teringin aku nak copy paste je artikal blogger lain ! Hahahaha.. tak bermaruah sungguh yer perbuatan gitu..  Maka aku backlinkkan je la ke blognya yer ? Korang masuk dan baca sendiri kelebihan klorofil ni pada tubuh badan kita ! Tak baca rugi arr ! Sila baca Khasiat Manfaat Klorofil Bagi Kesihatan . Blog Indonesia ni.. diorang dah claim dulu.. heeee...
Yang aku dapat ni , lain skit la... keluaran Surya. Terus aku minum secawan.. Fuh, memang best je rasa ! Perut yang kenyang dengan asam laksa dan mee kungfu sebelum tu , ghaib terus ! Dan sampai je di rumah.. Zassss... Nampak sangat hampas banyak walaupun setiap pagi dah membuang ! Hehehee.. Hakikat yer ! 
Aku kasi test mak aku minum.. anak buah minum. Suka diorang ! Boleh masuk dan tak loya tekak ! Hehehehe.. Kena amalkan selalu ni. Awet muda gak ni.. hahahaha... Bukan la takut tua tapi tak nak la nampak tua sebelum usia.. kan kan ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI