Khamis, 10 Ogos 2017

Kena paksa diri juga atau sendiri akan merana !

Betul jugak kata kata Dato' Sheila Majid tadi.. kalau jadi apa apa pada kita ,sapa nak jaga anak anak kita ? Maka kesihatan adalah sangat penting ! Duit banyak pun tak guna gak !! Hurmm... Sakit , sendiri susah ! Kan kan ?
Tadi aku ke event Anlene dan buat pemeriksaan kesihatan.. lebih pada tulang dan fizikal. Hurmm.. Hasilnya ? Hurm.. seperti yang aku jangkakan ..
Tulang ok. Tapi perut kantoi ! Lemak semakin membiak di situ ! Hurmmm .. Aku kena usahakan sesuatu ni. Nak g gym.. Qhaliff nak ikut. Qhaliff ikut , adik dia pun nak ikut. Pastu si kecil tu lak , sapa nak jaga? Wife dok sibuk kat dapur dan kerja rumah.. Haih.. 
Hurm.. join jogging atau marathon ? Erkkkk.. malas ! Hahahahaa.. aku dari dulu tak suka berlari ni. Jalan ok la.. Menikmati permandangan.. Ermmm.. jalan je la kan ? Hahahaha.. Takda pertandingan berjalan ke ????  Asalkan kalori terbakar dah la kan ? 
Aku punya pikir masalah aku ni.. tak disedari dah bekal 4 bungkus nasi lemak ! Huhuh.. aku beli untuk Qhaliff dan Zahra tapi diorang tak nak. Dah tu sapa nak makan ??? Aku jugaakkk ! Ni semua punca punca keboroian yang aku sendiri pon tak nak !! 
Teringin lak burger korea.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI