Sabtu, 12 Ogos 2017

Jangan sesekali tonton rangkaian TVN Movies !!

Masa mula mula disiarkan apada awal Ogos ari tu , aku dah nampak dahhh.. wife aku akan melekap depan tv jer ! Aku tak leh tengok citer citer Hollywood dah pasni ! Huhuhuhu.. Aduh , rosak tul la diorang gi letak channel Korea ni ! Dah la Kpop ! Huhhhh ! 
Tapi masalahnya , wife tak sempat nak tonton apa apa citer kalau hari kerja. Aku je sempat tu pun selepas jam 11 malam. Sebelum tu , memang bukak karton untuk tenangkan 3 orang anak anak aku. Karton cam Baby TV dan yang simple simple je.. Ada pon tak pe , tak da pon ok jer ! 
Segalanya bermula dengan satu filem di TVN Movies... The Last Ride ! Aku tonton.. dan pada awalnya memang aku nampak cam.. mengarutnya ! Pastu pelakon tak kacak kacak pon ? Heroin pon tak cun macam drama drama Korea yang aku pernah tengok ! Eh , pelik ni !! 
Aku terus tonton dan tonton.. Rupa-rupanya ni lah pelakon pelakon asli Korea. Cerita aksi mereka dasat. Cerita lawak , memang melucukan. Cerita romantis memang menjadi. Cerita teladan , memang sampai dan cerita perli mereka , memang sinis ! 
Semalam , memang rosak teruk aku ! Aku tonton 3 movie di TVN Movies. Tak hingin dah nak tengok citer HBO dan seangkatan dengannya. Aku terjebak dari jam 11 malam hingga jam 6 pagi ! Hahahaha.. Terus subuh aku. Pastu nak sambung tengok The Last Princess.. cerita pasal dinasti Korea yang terakhir yang memang best ! Baru aku tau pasal sejarah Korea Jepun ni. Huhuhuh.. Sebabnya aku pernah tanya kat seorang pemandu pelancong ketika aku di Korea tahun lepas , rasanya.. mengenai sejarah Korea Jepun ni.. huhu.. Soalan yang aku tak tau tapi sangat sensitif ! Hurmmm.
Tapi kan... kalau nak tengok rangkaian ni bersama anak anak bawah umur , kena standby remote di tangan. Kadang kadang over gak filem ni. Babak 18+ boleh menjelma tanpa disedari. Makanya , untuk anak anak bawah 18 ni , kena pantau la.. tak leh main kasi gitu jer. 
Bagi yang dewasa cam aku.. rangkaian ni memang berhantu ! Hahahaha... Tak jadi kerja dibuatnya.

Wahai ahli perniagaan online , sila periksa...

Terkejut aku ! Nasib baik la aku bijak dan tenang ketika itu.. Cuba semua agen yang ada... Tapi menariknya , selepas setahun.. dan ayah tercinta sudah pun kembali padaNya , baru 'orang' tu nak reply ! Hurmmm.. Tak tanya khabar lak tu ! Adehh..
Bersangka baik. Mungkin dah tukar pekerja ? Atau akaunnya baru dapat balik ? Hurmm... Tapi macam aku kata la.. tanya khabar pelanggan berpontensi korang atau korang dah pon maju selepas setahun ? Hehehehe.. 

Ok ke produk ni ? Hurm.. Payah nak kata sebenarnya. Tapi kesannya ada la nampak cuma selepas aku gi berdetox di Life Co , Phuket.. aku belajar banyak perkara mengenai makanan 'original' yang bagus terutama untuk kita ni.. Elakkan sebelum kena ! Maka tak perlu nak makan makanan tambahan gini.. 
Oh ya.. berbalik pada gambar tu.. aku bukan nak aibkan sapa sapa.. cuma sedikit terkilan jer. Tapi mungkin dia tak sedar ada mesej. Tak pe la.. salah aku. Maka korang yang ada bisnes online ni , sila check di Message Request tu yer.. Ada banyak mesej sebenarnya.. Sila check hari hari ! 

Tempah kad perniagaan dan sticker dengan..

Cantik kan ? Haaa.. .tengok la sapa jurugambar dia ! 

Puashati ! Aku nak simple jer..Tak nak berat berat punya design. Mungkin faktor umur rasanya ? Hahahhaa.. Terima je la hakikat.. Aku sendiri pun dah berblog hampir 10 tahun. Tak sangka selama ni.. Dah nak bosan pon ada tapi sebab minat dan hanya ini je cara aku boleh meluahkan pendapat dan ada yang baca , maka aku teruskan aja.. heeee.. 
Oh ya.. pasal kad ni.. Aku tempah dengan Saidila Abdul Rahman sebenarnya. Dia yang uruskan segalanya. Dengan sapa dia tempah ? Yang itu korang kena masuk baca blog dia sendiri la.. Dia dah cerita dengan lengkap kat situ.. 
Murah ke ? Ok je bagi aku. Tak la mahal mana pun.. Tapi bergantung pada design dan kualiti gak la kan.. Nak gempak tapi murah terlampau pon , tak leh gak.. kan kan ? Haaa.. Selain kad , ada sticker ,logo dan macam macam lagi. 
Nak tau lebih lanjut , sila baca di entri Tempah Logo & Sticker Murah .

Kena berjaga lagi aku sebab... Ceh , tajuk macam blog 'tabloid' jer !

Hurmm.. Demam lagi Zahra.  Dah gi check doktor. Tekak dia merah. Hurmm... memang kalau dia tak jaga kebersihan makanan atau jari dia, boleh 'bermasalah' ! Bila sakit , aku gak kena jaga. Hurmm... Sebab tu wahai anak anak yang ada mak bapak.. jangan ingat bila sakit tu , korang je susah tauuuu ! Haaaa.. 
Jam 2 pagi.. kalau aku terlena tadi , aku tak tau laa nasib si Zahra ni. Nasib baik laa ada channel TVN Movies ni ! Citer Korea original punya.. bukan pelakon plastik ok ! Bukan pelakon operate ok ! Muka Korea ori punya.. hahaha.. Jalan cerita pun ori ! Memang best ! 

Masa aku pegang dia.. macam tak panas tapi aku tengok dia mengigil semacam. Terus check suhu dia. 38.9 !!! Huhhh... Terus amik ubat demam dan kasi. Kemudian demah dia ngan kain basah di dahi dia.. 5 minit kemudian , check balik.. 
Alhamdulillah..  Lena balik tidur dia.  Aku , demam pagi tadi.. Tak cukup rehat agaknya. Hurmm.. Tapi memang betul la.. Tugas seorang ibu , memang tak cukup rehat ! Respek ! Tolong hormat mak ayah korang yer ! Jangan besar kepala walaupun bergaji besar !! Diorang jaga korang dari kecik.. hingga besar ! Sihat.. berkerjaya.. berpendidikan ! Kalau dapat macam ayah si gadis tu.. yang ada 631 pertuduhan ? Haaaa... bayangkan ! Maka , bersyukurlah.. 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI