Selasa, 15 Ogos 2017

Musim budak muntah muntah ! Qhaliff pun muntah..

Awal pagi.. lepas subuh , bersiap. Nak gi Cheras. Ada meeting ngan seseorang. Projek untuk jangka panjang. Rasa nak tukar niche lak.. Hahahaha.. Nak sesuatu yang aku lama dah ingin ceburi ! Ginilah aku sekeluarga.. bila ada 'kerja' semua kena angkut gi Cheras. Mak aku je harapan untuk tolong tengokkan anak anak aku yang masih kecil. 
Jam  6.30 pagi.. bertolak ke Cheras. Pasang Waze.. sejam baru sampai ! Jammed di Mex. Terutama di persimpangan Seri Kembangan dan susur keluar ke Kuchai Lama. Kalau ada eksiden , memang berasap la bontot kat situ ! Sebab tu pasang Waze. Maka boleh rancang perjalanan aku. Kalau jammed teruk , ikut je jalan biasa. 
Sampai Cheras. Turunkan barang dan anak anak. Wife antar Qhaliff gi sekolah. Tengok jam , dah lewat. Hari ni sesak pelik skit. Ada eksiden.. ada Sukan Sea. Hujan la. Memang pakej la ! Huhuhuh.. Redha je la.
Tak lama kemudian , wife call.. sebelum tu dia mesej. 
" Qhaliff muntah dalam kereta. "
Dia bersihkan Qhaliff dan bagitau keadaan Qhaliff pada cikgunya. Dia ok jer. Tak demam , tak selsema. Wife rasa mungkin dia kembung perut atau masuk angin gara gara makan lambat malam tadi. Dia sendiri pun nak pergi sekolah. Tak nak balik. 
Tak lama tu , wife bagitau... Qhaliff muntah lagi di tadikanya. Cikgu telefon. Hurm... Aku suruh wife bawak gi klinik. Dia paling hampir dengan Qhaliff. 
Wife bawak gi  Klinik AnNur di Presint Diplomatik . Dalam kereta , muntah sekali lagi. Aduh... Nasib baik dia makan roti je pagi tadi. Maka muntah dia tak banyak sangat la.. air je  banyak. Hurm.. sian.. Di Presint Diplomatik , takda parking ! Memang jenuh nak cari parking untuk ke klinik. Dia pun ke Alamanda. Nak ke klinik Dr. Maria. Senang situ ! 
Tapi... ada 'masalah' menanti la di sana ! Selepas jumpa doktor.. er jap, doktor kata sekarang banyak budak muntah muntah. Ada sejenis virus apa tah.. Dia kasi ubat kat Qhaliff. Kalau muntah lagi , bawak gi hospital terus. 
Dah jumpa doktor... gi jumpa doktor jiwa dia lak... adehhh ! Terus segar ! 

Tu diaaaa ! Wife siap call aku tanya nak belikan ke tak. Hurm... lama dah dia tak dapat mainan. Sememangnya dia pon sejak dua menjak ni, bila lalu depan kedai mainan.. mampu pandang je... aku tak belikan dah. Dia pon tak la meraung. Dah berakal skit.
Selepas dia pilih apa dia nak... terus mak dia hantar ke aku , di Cheras... 

Di Cheras.. sekali lagi dia muntah ! Aku bagi dia ubat yang doktor kasi. Alhamdulillah , selepas tu... dia kembali bergaduh dengan Zahra. Aku lak rasa cam nak muntah darah menahan amarah ! Tapi kalau diperhatikan Qhaliff , masih nampak letih tu.. makan pon tak ! 
Selepas 2 jam.. dia dah cergas skit.. Aku bawak dia beriadah di padang.. Muntah tak tapi tak tenaga nak berlari ! Huhuh.. 
Sehingga malam.. dia tak muntah dah. Tapi dalam kereta , terus lena tidurnya. Doktor pon suruh dia rehat esok.. Maka esok , aku kena jaga 3 orang sekali ! Aduhhh.. abis la data internet aku. 

Zing + Detergent Film , menjimatkan basuhan pakaian setiap hari !

Tergamam ! Secara jujurnya , ini pertama kali aku tengok sabun basuhan pakaian dalam bentuk kepingan nipis dan ringan ! Paling penting ialah keberhasilan selepas membuat satu basuhan. Ujian menyatakan , berpuluh kali basuhan dengannya , warna pakaian tidak akan luntur tetapi kebersihannya , dijamin ! 
Aku cuba sendiri.. 'Koyakkan' skit pastu letak di tangan. Basuh. Tak sampai 5 saat , hancur cebisan kepingan sabun tersebut dan mengeluarkan buih yang banyak. Bau wangiannya pon tak menusuk hidung. Orang putih kata , 'just nice' ! Heeeee... Orang melayu kata lak , 'secukup rasa'.


Apa yang menariknya ialah Detergent Film dari Zing + ni , berteknologi dari Jerman tapi dibuat di China... bermakna, kosnya lebih mampu beli dan paling penting ialah selepas ini , pasangan korang pun akan rajin membasuh baju , sebabnya.. mudah ! 
Sebelum ini , agak malas.. dan sering beri alasan seperti :
  • menyakitkan kulit dan tangan selepas cucian.. alergik katanya ! 
  • masih tak berpuashati bila dah cuci. Nak cuci lagi , malas dah !! 
  • Takut pakaian rosak ! Biar je 'mereka' yang profesional buat kerja mereka.. yakni pasangan yang rajin ! Huhhh !
  • kuman dan bakteria di pakaian yang dah dipakai. Nanti dah cuci pon masih ada ! 
InshaAllah , dengan Zing + Detergent Film ni , masalah seperti diatas akan diatasi seterusnya menghidupkan perasaan suka membasuh pakaian. Kan kan ? Cam aku.. hehehhe.. Ok , selain sebab di atas.. ada beberapa sebab lain kenapa Zing + Detergent Film ni patut menjadi pilihan utama ! Haa.. apakah sebabnya ? Meh baca.. 


Amacam ? Menarik ?? Camana nak beli ? Mana nak dapat ? Haaa.. Tak dijual di pasaran terbuka yer ! Hanya mereka jadi ahli saja akan boleh membelinya dengan murah. Tak jadi ahli , agak mahal skit harganya. Nak tau dengan lebih lanjut , boleh hubungi Cik Ros Farina di  +012 235 0657
Oh ya , Zing + .. syarikat yang mengeluarkan produk Detergent Film + ni sedang membuat satu promosi yang menguntungkan buat mereka yang menjadi ahli Zing + dan juga pada bukan ahlinya ! Jangan lupa hubungi Cik Ros Farina untuk mengetahui dengan lebih lanjut. 

Berdiet cara sihat.. bersenam dengan selamat !

Ada yang nak diet , tapi tak makan apa apa ! Ada yang bersenam dengan rajinya , tapi tak amik apa apa makanan tambahan ! Pon boleh mengundang bahaya apatah lagi dia tak makan dengan betul ! Kalau makan dengan betul , ok la.. takda isu ! 
Dah tu , nak makan apa ? Nak berdiet tapi malas nak amik pelbagai jenis makanan ? Apa yang sesuai eh ? Hurmm.. aku bukanlah pakar makanan tapi kalau aku nak turunkan berat badan dan jaga kesihatan.. aku disyorkan seorang rakan blogger amik produk Shaklee.. 

Cinch Shake Mix
Cinch Shake Mix adalah minuman yang lazat , pantas dan berkhasiat untuk korang. Setiap hidangan membekalkan nutrisi umpama satu hidangan tapi rasanya enak seperti pemanis mulut. Maka , tak la loya sangat seperti sesetengah produk makanan tambahan. Kalau nak baca lebih lanjut, boleh rujuk di SINI.
Macam aku yang dah malas nak gi gym.. sebab pelbagai faktor pada masa kini , maka aku amalkan senaman ringan tapi masih jaga otot otot dari gelebeh.. hahaha.. nak kekar tu tidak la.. tapi masih nampak sado ! Hahahaha.. 
Oh , kalau malas nak membaca .. korang leh pm terus ke Cikgu Nizam utk dapatkan khidmat nasihat atau bertanya khabar.. hehehe.. pasal produk ni la.. atau pelbagai produk Shaklee lagi ! 
Cikgu Nizam : +60139761627 
Instagram :  @mnizamyusof

Bila anak anak nak bermain di luar..

Dapat mesej ni di group whatsapp.. : 

" Salam semua. Nk share sikit pengalaman sy td beriadah di dataran Nilai. Dlm pukul 5:30pm kami start main2 basikal & giant bubbles. Lps anak2 dh penat kayuh basikal, dorg berehat kt playground. Time tu sy dok kayuh basikal plak. Anak2 besar adik Yg tlg tgk. 

Adik cerita tiba2 anak2 sy bgtau terjumpa hp bwh slide. Tp dorg x ambil sbb mmg dh di ajar x boleh ambil Yg bkn hak. Bila adik sy dgr je anak2 ckp mcm tu trus dia dh syak something. Perati dr jauh Nmpk seorg lelaki bdn sasa ketak2 dok Perati Sofia tgh main. Trus panggil Sofia. Pastu dorg dok menghendap lelaki tu for a few minutes gk la. Lelaki tu sorg xde bwk anak bdn sasa muka mmg Nmpk mcm samseng la. Dok lepak playground tgk bdk2 prempuan. Kejap2 lelaki tu gi amek hp Yg bdk2 ni jumpa td tekan2 then campak blk ke lantai. Pastu mcm xde bdk amek,  dia ubah tmpt plak. Cmpk hp tu kt tmpt Yg ramai bdk. Kami syak dia guna hp as a "bait" nak culik ke nk ape ke. Wallahualam. Minta dijauhkan la. Nasib tindakan pantas adik sy tu Bila dh syak trus bwk lari anak2 sy. Adik ckp time tu lelaki tu dok menghadap Sofia & membelakangkan adik sy mcm tutup pandangan spy x Nmpk Sofia kt mne. Bila Sofia dh lari Tgk lelaki tu dok ikut bdk2 lain plak Yg Ada kt situ. 

Kami punya gigil xtau nk ckp smpi kt rmh pon Masih terasa Huhu. Risau btl sbb tau perangai Sofia tu ssh sket nk dgr kata. Lari sne sni Bila Ada pape emergency org panggil dia jln lenggang kangkung aje. Masuk dlm kete otw blk td trus kne ceramah bdk2 dia org tu. Huhu kusss semangat mama rse nk luruh jantung jap. Nasib ada adik tlg tgk kn dorg td 

BTW playground tu tmpt dia mcm shady sket & bhgn blkg dia mmg x Nmpk sgt. Pastu blkg playground tu ngam2 tmpt parking kreta. Kot la dorg dh standby dlm kete Yg lelaki tu grab aje bdk trus sumbat masuk kreta. Allah mmg xkan perasan tau sbb terlindung sket Kwan blkg tu. 
Alhamdulillah Allah Masih sayangkan family kami. Mntk di jauhkan la Kita semua Dr musibah mcm ni huhu

Please alert sesiapa Yg skali bwk anak2 ke dataran nilai jgn biar anak main tanpa pengawasan kt playground tu. Lg bgs Xyah main playground tu ye

12 August 2017 "

Dekat ngan rumah aku je ni. Camana eh ? Sejujurnya , memang orang asing di sini agak menakutkan terutama bila diorang lalu lalang di depan rumah.. nak ke kedai runcit atau gi menapau air tapis di depan kedai runcit tu.. 
Menakutkan ! Aku tak nak persoalkan keselamatan dalam negara. 'Mereka' tahu apa yang perlu dibuat cuma apa yang kita kena bantu ialah mengurangkan risiko dari berlakunya jenayah di sekitar kita. Elakkan peluang terbuka buat mereka. Anak anak boleh bermain di luar rumah tapi kita kena pantau dan pastikan di persekitaran yang kita biasa... dan jiran tetangga ada ketika tu !
Sian kat anak anak kita.. membesar di dalam rumah.. main gadget ! Hurmm.. takkan nak besar tanpa kenangan manis ?


Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI