Rabu, 16 Ogos 2017

Satu , dua dan kini bertiga ! Empat ? Er...

Qhaliff cuti ari ni. Aktiviti petang yang menyihatkan aku ialah.. mandikan diorang dalam kolam , beramai ramai ! Satu cabaran bagi aku. Kenapa ? Sebab si kecik ni tak reti la nak duduk diam. Sememangnya mencabar jaga 3 orang sekali gus di samping mencari nafkah untuk keluarga .. walaupun di dalam rumah ! 
Zahra , walaupun baru je berparut di kening , lasaknya tak berubah ! Aku cukup risau ngan dia. Aktif dia lain skit. Macam anak lelaki tapi Qhaliff tidak la pulak. Huhu. Qhaliff ni , memang along punya perangai kot ? Jenis lebih suka berfikir dari guna tenaga. 
Aariz... hurmm... ni aku rasa dia paling besar dalam adik beradik dia ni. Tak sampai setahun , dah sibuk nak berjalan.. bukan bertatih dah... pegang sebelah tangan. Treadmill pon dah selamba je dia jalan.. tapi pegang tangan la.. 
Dan kesemuanya.. suka main air ! Tapi kolam mandi besar tak suka la pulak ! Adeh.. bawak gi water park , takut lak ! Hahahaha.. Maka, main air depan daddy jer la cuma Aariz , aku tak cuba lagi ! Nanti aku nak try kat Legend Hotel.
Punya la power besen ni.. dari seorang anak hingga 3 , masih kukuh ! Cuma dari segi keselamatan tu , takda la.. Bahaya gak wooo.. tak leh leka ! Nak tunjuk skill pon tak leh.. hurmm...

Rasanya nak cari kolam yang bersaiz mini untuk diorang walhal aku nak join sama  . Banyak kedai online jual cam Lazada tapi nak jumpa yang mudah urus tu payah. Nak bukak ok jer.. dah guna , nak simpan tu yang.. bercintanya lahaiii !
Cam ni ok ?
Atau..
Tapi.. aku tak leh la join sama ! Hahahaha.. Harganya ? RM185 jer.. Ok ? Murah ? Ke mahal ? Kualiti , aku tak pasti lagi.. tapi design menarik kan ? Hahaha...  Kalau ok , aku rasa amik yang ni je la kot. Nak besar besar pon , aku gak yang penat nanti ! Hahahah.. 
Ni baru 3 orang anak.. nak tambah sorang lagi ? Takda masalah.. kalau ada rezeki , inshaAllah... tambah anak , ok je.. jangan tambah bini eh ?

Hari ini , beberapa tahun lepas..

Hurm.. menyorot kembali TimeLine Facebook aku ,tahun lepas dan sebelum sebelumnya , memang mengamit perasaan. Inilah kegunaan Facebook sebenarnya selain dari mencari rezeki. Bukan ruang untuk menyebarkan fitnah mahupun mencaci maki.
Tahun lepas.. pada ketika ini kita sedang dilanda jerebu. Aduh , jerebu memang memeritkan. Terasa kehilangan sungguh. Tak nampak langit biru.. awan apatah lagi. Nak hirup udara segar , jauh sekali. Hidung penuh dengan benda asing ! Hahaha.. Hari ini, dah beberapa hari hujan. Ramai mengeluh. Katanya payah nak gi kerja. Atau air naik. Hurmm.. dah tu nak jerebu ke ? Atau nak cuaca kering ? Bawak bawak bersyukur..
Dan aku scroll lagi.. Terhenti bila melihat gambar ni..
Tak sempat Aariz bermanja dengan atuknya. Hurm.. arwah ayah memang sayang sangat cucu cucunya. Dalam tak sihat pon dia tetap nak gi jemput cucu kesayangnya di tadika. Risau balik ngan orang lain.. huhuh..  Semoga Allah ampuni dosa dosa arwah ayah kita. Al-Fatihah.
Aku scroll lagi.. Kali ni terhenti di kenangan terindah aku saat aku bergelar blogger! Andai aku tidak berhijrah dari kerjaya aku.. aku rasa aku tak mungkin akan menikmati semua ini... Sesuatu yang aku langsung tak pernah terlintas akan menjadi kenyataan.. langsung tidak ! Aku anggap ini umpama mimpi dalam mimpi ! Sehingga sekarang , aku masih gosok mata aku.. Benarkah aku di situ ???
Di kilang buat kapal terbang ! Sememangnya adalah impian aku nak tengok sendiri camana kapal terbang dipasang.. kemudian berlepas dari kilangnya sendiri ! Aku bukan saja dapat rasa malah menikmatinya !! Alhamdulillah.. bayangkan korang naik kapal terbang yang mana kapal terbang tu baru je siap.. pastu berlepas menuju ke 'tempat kerjanya' ! Fuh... best giler perasaan ni. 
 

Dan... 

Aku tak bersedia langsung ketika ni. Hahahahah... Keterujaan aku mendapat tawaran ke sini , pada pagi raya memang tak boleh diungkapkan. Pada awalnya , aku ingat aku nak kena prank dah ! Tapi tergerak hati untuk hubungi pegawai terbabit..
Hurmm.... sapa sangka kan ? Segalanya ada hikmah. Berhijrah tu sememangnya bagus. Kalau tak cuba , tak tau kan ? Takkan nak duduk setempat jer. Yer, memang dah selesa tapi takkan sampai ke mati kot ? Huhuh.. bawak bawakkan diri tu , menempuhi cabaran dunia. InshaAllah.


Khas untuk penggila My Little Pony !

Aku nampak YB Shehan post di instagramnya.. @MyaPilot. Amboiiii , main kasar nampak ! Saja nak menggoda aku laa tuuuu ! Dan ternyata , aku tergoda !! Huhuhuh..  Biasa la kan , anak dara sorang.. automatik kita terbabit sama punya. Wife kurang skit nak membeli tapi aku lak yang lebih ! Hahaha.. 
Terus aku nyatakan minat aku. Beli satu untuk Zahra. Dan selang beberapa hari , sampai !
Aku bagi Zahra. Suka dia. Melekat ke mana mana dengan Pony baru ni. Harga baru RM39. Beli kat kedai 'orang kaya' , berpeluh la ketiak jap.. Hahahahah.. Ok je bagi aku. Yang penting Zahra suka dan main sampai dimadukan nanti ! Hahahaha.. 
Pastu si Shehan ni buat jahat lagi ! 
Dia kata leh lekat dalam kereta. Harga , RM15.90 jer ! Menarik tapi aku tau.. wife tak suka ada gantung gantung dalam kereta.. kalau ada gantung , aku nanti akan digantungnya ! Huhuhuh..  Apa apa pun , terima kasih la pada YB Shehan sebab sudi offer kat aku ! Tahan nafsu je ni ! Kalau tak , aku borong semua color. Bila lapar , makan je pony tu ! Bak kata mak aku ,bila duit takda ! Hahahaha. Pantang duit banyak skit... mula la nak membeli bukan bukan ! Hahaha..
Oh ya.. YB Shehan ni , bukan YANG BERHORMAT tau.. YANG apa pon aku tak tau.. yang aku tau , dia nanti ikut aku gi New Zealand.. jadi chef untuk aku. Hahahahaha.. Jangan banyak bunyik ! 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI