Khamis, 17 Ogos 2017

Selimut BVSM boleh hilangkan penyakit dan ada pelbagai kebaikan ? Penipu betul !

Biasanya aku dengar , tilam yang bagus ni banyak kesan positifnya ! Tapi nak beli tilam yang bagus , harganya pon memang bagus la kan ? Tak pernah lak tau ada selimut yang mampu mengubat penyakit lak ! Biar betul ni.. macam ngarut je ! Hurmm.. tak pe tak pee... baca dulu.. kasi paham. Tak paham, baru bertanya pada yang pakar ! 
Selimut ni memang penting setiap kali  tidur. Kalau tidur pakai baju je , takkan dapat tidur yang puas. Mesti ada rasa cam tak kena je kan ? Tapi masalahnya ialah.. selimut ni macam macam ada jenis kainnya.. persoalannya ialah yang mana bagus dan memberi kesan positif pada tubuh badan  ??? 
Ok... ni ada sorang kawan di Facebook bagitau aku mengenai selimut Bio Velocity Sleepmate atau BVSM ! Apa jadahnya lak laaa selimut ni ? Apa bagusnya ??? Hurmm... jenuh aku nak cerita weh ! Tapi tak pe la.. aku google. Cari info mengenainya. 
Jumpa ! Di Facebook Siti Khairiah yang juga agen Hai-O. Yer , ini produk Hai-O. Seperti yang ramai tahu, produk Hai-O ni memang ada kualiti tersendiri. Yang ni , selimut lak.. Apakah kelebihannya ? Hurm.. jap aku baca.. 

Apakah fungsi sebenar selimut BVSM ni ? Ok.. aku copy paste je yer. Nak cerita berdasarkan pengalaman , aku sendiri pon lom mencubanya tapi dari testimoni yang aku jumpa... ramai dah guna dan memberi pulangan yang berbaloi !   
  • Mengaktifkan fungsi2 sel
  • Menggalakkan peredaran darah
  • Meningkatkan pertahanan badan dan memeperbaiki system imun
  • Meningkatkan tahap medan tenaga
  • Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan
  • Memulihkan tenaga , memeperbaiki dan mengaktifkan sel dalam badan
  • Bersemangat dan bertenaga
  • Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semula jadi
  • Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi2 fizikal
  • Melegakan fungsi jantung
  • Melegakan kepenatan dan kesakitan
  • Meransangkan dan menyelaraskan system saraf autonomic
  • Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti
Ok.. aku tau... aku tau apa dalam kepala korang ! Selimut ni diperbuat dari apa sehinggakan mampu memberi kesan positif seperti di atas ! Haaa.. kan kan ? Aku tauu.. Ok.. aku kasi jawapan yang aku copy paste dari sumber sahih ! Hehehehehe... 
Tapi sebelum tu , aku nak kasi tau.. selimut BVSM ni sesuai untuk : 

  • Pesakit gout
  • Sakit2 otot
  • Senggugut
  • Tekanan darah tinggi
  • Pesakit Asma
  • Pesakit Kencing Manis
  • Pesakit Strok
  • Sakit Sendi
  • Insomnia (susah tidur)
  • Tekanan perasaan (stress)
  • Terdedah kepada radiasi
  • Sakit tulang belakang
Ok... apa kandungan selimut ni ? Fabriknya buatan mana lak ? Fabrik pelapik tilam BVSM daripada GERMAN & teknologi buatan BVSM daripada KOREA. Dikatakan teknologi Bio Velocity telah ditemui oleh sekumpulan pakar sainstis yang membuat penyelidikan lebih daripada 20 tahun !

Teknologi BVSM adalah dari tenaga matahari pada waktu dhuha yang disimpan dan diseimbangkan dengan garam laut dan disuntik ke dalam pelapik tilam BVSM ini. Mereka yang menggunakan selimut BVSM ni boleh memulihkan keseimbangan dan kesihatan secara mudah dengan kuasa penyembuhan BVSM ..
Apabila pengguna bangun daripada tidur, pengguna akan berasa lebih cergas, dan bertenaga. Dalam penggunaan jangka masa panjang, ia memberi manfaat kepada badan dimana ianya boleh mengekalkan kesihatan kita, meningkatkan system imun dan juga memberi hidup yang lebih berkualiti.
Ahaaa.. part kandungan selimut BVSM ni lak... buat pengetahuan rakan yang sedang membaca , BVSM ni disuntik dan disembur garam laut dalam. Kemudian didedahkan pada cahaya matahari pada waktu dhuha sahaja sebab masa ini ada unsur istimewa pada cahaya matahari untuk kesihatan dan keberkatan
Aku tau.. mesti nak tanya KENAPA GARAM ? Buat mereka yang tak tau... garam ni dah lama dikesan memberi kesan positif pada pengamalnya.  Sejak dulu lagi.. 
  • Rawatan garam sudah lama diamalkan di Soviet, Eropah Timur dan negeri China
  •  Garam juga mainkan peranan penting dalam perubatan Islam
  •  Garam didapati dapat menolak gangguan makhluk halus, dan sebagai penawar racun
  • Diadun dalam bentuk BV  Kelajuan gelombang yang berupaya menembusi badan manusia. Bergetar bertindak dengan molekul air dalam badan ikatan air terputus terbebas tenaga dalam bentuk haba √†terhasil oksigen
  • Bila haba dibebaskan ia melarutkan kolestrol yang tersumbat di salur darah juga larutkan darah beku di arteri jantung dan otak √† darah lancar seluruh badan
  • Bila darah lancar semua masalah kesihatan akan beres dengan Izin Allah hormone balance, pembaharuan sel berlaku sebab itu kita boleh jadi semakin sihat dan awet muda
Kenapa Tenaga Matahari Dan Garam Ini Diproses Pada Selimut BVSM ?
Kajian menunjukkan pada masa tidurlah pembaharuan sel berlaku tetapi hanya dengan tidur yang lena. Dengan adanya BVSM , ianya dapat membantu pengguna mendapatkan “deep sleep” tanpa sebarang gangguan supaya segala proses penyembuhan berlaku dengan kadar yang MAKSIMUM ! Dan pada masa yang sama otak dapat berehat dari sebarang emosi, interaksi dan berfikir . Tidur yang lena dengan BVSM turut memulihkan aura. Bila bangun tido nanti, lebih positif dan happy. Takda muka monyok jer ! Gi kerja pon mood ke laut. Bawak kereta pon macam nak bunuh orang ! Haaa..
Camana nak guna selimut BVSM ni ? 
BVSM didatangkan dalam saiz queen. Cuma rentangkan di atas tilam dan selitkan empat tali elastic di setiap penjuru tilam. Ia juga digunakan sebagai selimut. BVSM boleh dicuci setahun sekali. Gunakan cecair pencuci berorganik dan disarankan boleh menggunakan PB Wash. Dicadangkan juga hanya cuci pada bahagian yang terkena kotoran sahaja dan dijemur dibawah matahari pagi SAHAJA! Haaaa... pahamkan yer ! 
Ahaaa.. Berkesan ke ? Berapa lama baru berkesan ? Kena sabar.. guna ikut disiplin.. InshaAllah , dalam masa 21 hari boleh nampak kesannya.  Kalau nak tahu dengan lebih lanjut , boleh je tanya terus pada Puan Siti Khairiah di whatsap 0136796693. 
Tak salah mencubakan ? Memandangkan ada testimoni positif.. kan kan ? Takkan sayang duit dari kesihatan.. Ada duit , sila cuba.. Takda duit , lain cerita. 



Sekali lagi.. jangan segan segan untuk bertanya.. Whatsapp je Puan Siti Khairiah di 0136796693 !

Sebelum mereka ada Aariz..

Hurm.. bila baca balik , aku sendiri ketawa. Tahun 2015.. sekarang dah 2017. Sekejap masa berlalu. Walaupun aku tak nampak tua , tapi bila tengok mereka , terasa cepatnya masa berlalu. Tau tau nanti , daddy kawin lagi.. eh , diorang nak kawin dah ! Haaa.. 
Dulu baik jeee.. skang ada je nak digaduhkan ! Aduh.. 
 
Makan punya hal...
Satu perangai Zahra sampai sekarang.. dia memang akan lebihkan abang dia. Dia akan sakat dulu , kemudian dia mengalah. Abang dia ? Hurmm.. payah ! Tapi kalau orang luar , haaaa.. Ni bahaya ni ! 

 

Dan sebelum tu.. 2014. 
Hurm.. sekarang masing masing dah dapat kaki dan mulut.. sorang dah berparut.. sorang dah banyak mulut. Daddy pikir panjang nak tambah no 4 ! Hahahaha.. 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI