Jumaat, 18 Ogos 2017

#KBBA9 menyerang Legend Cherating Beach Resort , Pahang.

Sejak aku kenal Cherating , Legend Cherating Beach Resort adalah hotel no 1 pilihan aku. Kenapa ? Hurmm.. Aku dah pernah cerita dalam entri aku yang lepas, Legend Cherating Beach Resort , destinasi percutian keluarga ...tapi dengarnya ada buat penambahbaikan.. tu tak sabar nak tengok apakah.. 
Dan Blogger Ben Ashaari , hari ni.. akan berkumpul untuk kali kedua tahun ini dan beriadah bersama sama ! Hari Keluarga !!! Best kan ? Yelah , asyik borak dalam whatsapp je.. pastu viral viral viral ! Haa.. Ni antara 'ganjaran'nya la.. 
Projek kali ni , aku rasa antara paling meriah. Hampir 30 blogger #KBBA9 join dan berkeluarga ! Haa.. mereka bawa keluarga yer.. bukan blogger je datang ! Takda la keluarga di rumah tu jadi tukang 'Like' gambar je nanti.. kan kan ? Hahaha.. sesekali tunjukkan pada mereka 'hasil' dari blog ni. 
Selama 3 hari 2 malam , kitorang akan berkampung di sini. 
Aktiviti aktiviti yang akan 'dilalui' nanti... memang menarik ! Nak tau ? Hehehe.. tungguuu... InshaAllah aku akan buat banyak live memandangkan aku punya data internet ada 100GB ! Hahahha..
Jangan lupa.. ikuti perkembangan kitorang di hastag rasmi.. dan juga Facebook aku yer. Ben Ashaari.

60 GB data internet sebulan tak mencukupi untuk aku maka..

Haaa... blogger aka adik kesayangan aku sorang ni , Lisa Si Mawar Biru pm bagitau aku.. ada pakej baru Celcom ! Hahahaa.. dia ni memang memahami sungguh la masalah aku ! Memang dia tau , 60 GB yang aku pakai sekarang ni tak mencukupi. Selalu kena top up bagai.. Huhuhhu... Dan sememangnya dialah yang menguruskan bab dokumentasi tanpa ambil sebarang caj ! Haaa.. dia amik siap dia ! Hahahaha.. 
Pakej baru... 100GB , RM188 + 6% GST 

Kenapa banyak sangat aku pakai ? Hurmm... Internet penting buat aku untuk aku mencari rezeki. Bukan saja saja je nak buang duit wooo.. Apa ? Kenapa tak pakai UNIFI ? Entah laaa.. aku dah berkali kali kali kali kali buat permohonan untuk pasang tapi jawapan mereka , takda port kosong ! Penuh. Tah hapa hapa.. malas nak pikir dah.. 
Berpuashati ke aku dengan Celcom ? Aku guna dua operator. Satu prepaid , Digi.. yang ni postpaid , Celcom. Ada tempat Digi lagi cun dari Celcom. Maka kedua dua ni berguna untuk aku. Kena pantas bila ada pertanyaan di email , whatsapp. Kalau tak , terlepas peluang... huhuh.. 
Aku harap , Celcom boleh wujudkan pakej Unlimited Data dan Call.. Fuh , kalau ada.. confirm aku tukar pakej. Hahahaha..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI