Isnin, 21 Ogos 2017

Demam campak la pulak Qhaliff !

Wife bagitau aku.. tadika Qhaliff , ada pelajar kena demam campak. Kawan baik Qhaliff sendiri pon sedang mengalaminya. Hurm... Qhaliff , tak menampakkan lagi tanda tanda nak 'join sekaki'. Kalau kena , abis la satu rumah kena kuarantin. Tapi kalau kuarantin , bagus la gak.. hahaha.. Aku ada banyak keja nak kena buat. Kalau wife kerja , aku kena buat sebelah malam jer.. Letih gak aku wooo.. 
Pagi tadi.. sedang aku sibuk 'berurusan' di media sosial , Qhaliff datang kat aku. Dia suruh aku garu belakang dia. Aku tengok. Banyaknya kena gigit nyamuk ! Hurmmm... Aku gosok pelan pelan.. Tak terpikir apa apa melainkan kat mana laaa dia kena gigit tuu ! 
Petang , dia tunjuk kat mak dia. Terus wife tunjuk kat aku. Merah dia makin banyak. 
" Bang... Qhaliff kena campak ni.. ! ". Katanya. 
Aku tengok. Confirm ! Kat dahi dia ada sebijik dah mengelembung. Terus aku  suruh semua bersiap. Gi klinik. Tapi sebelum tu , aku sapukan badan dia dengan Magic Body Lotion Cosmoderm. Tujuannya untuk mengurangkan rasa gatal di badannya. 
Lepas sapu tu, dia tak datang mengadu dah. Katanya ok. Tapi tetap kena gi klinik gak. Sebabnya , wife kena kuarantin ! Dalam erti kata lain.. hehehe. kena duduk kat rumah je. Best laaa kan ? Huhuhu.. 
Gi klinik. Confirm campak. Ubatan di beri. RM180+ ! Aduh... di kala ekonomi sedang berkembang pesat , bak kata 'orang tu' , banyak pulak perbelanjaan kena uruskan.. duit duit duit ! Hurmm.. Tapi jangan berkira laa.. anak kot ! Tak baik. Setiap anak ada rezekinya.. kan kan ? 
Kena cuti seminggu.. uhuhuhu.. Kalau Zahra kena minggu depan... jawabnya, beraya di KL je laa..

Sesekali berehat di Cherating , Pahang.

Dua hari aku tak update blog. Memang saja nak rehatkan jari jemari aku dari menekan keyboard dan juga memerah otak mengupdate blog. Saja je... heeee.. Dan ternyata memberi kesan positif pada diri sendiri. Di samping keluarga tercinta serta rakan blogger yang lain , riadah di Legend Cherating Beach Resort , Pahang hari tu benar benar meninggalkan kenangan manis buat blogger dan anak anak kecil yang join. 
Banyak cerita , banyak kenangan.. dan segalanya manis. Aku yang selalu turun naik pantai timur , baru tau betapa banyaknya produk pelancongan serta tarikan yang terdapat di Cherating dan sekitarnya.. Tak abis nak pusing pon sebenarnya ! Masa benar benar mencemburi kitorang.. 

Cherating.. sejuta kenangan buat buat sejak aku ke situ buat pertama kali.. pada umur 18 tahun.. Camping bersama kawan kawan sekolah.. Memang best laaa ! Sejak tu aku jatuh cinta dengan Cherating ! Dan perasaan aku tu , aku turunkan pada anak anak aku.. biar diorang tau , di Malaysia ni saja ada banyak tempat menarik untuk diterokai.. Cuma sayangnya, tak banyak yang dapat diketengahkan ! 
InshaAllah.. aku akan kembali ke Cherating dan sekali lagi akan bermain dengan anak penyu serta menyusuri hutan paya bakau di Sungai Cherating dan juga menjenguk teman teman yang menjaga keindahan paya bakau.. si kelip kelip atau fire flies ! 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI