Selasa, 22 Ogos 2017

Keunikan Cherating yang patut dimanfaatkan !


3 hari 2 malam di Legend Cherating Beach Resort , adalah impian menjadi kenyataan. Biasanya aku di sini cuma 2 hari satu malam. Tak sempat nak menerokai langsung Cherating ni. Masa pertama kali menjejakkan kaki di sini ketika usia 18 tahun , aku cuma berkhemah di tepi pantai je pon.. tak berjalan mana langsung.
Cherating yang terletak di sempadan Pahang Terengganu ni mempunyai pantai yang cukup indah, sungai paya bakau yang cukup unik untuk diterokai samada di sebelah siangnya atau pun malam ! Pekan Cherating pun senantiasa sibuk dengan pelancong dalam dan luar negara. Tapi masih ramai tak tau akan kewujudan Cherating ni. Satu kerugian bagi aku.
Antara tarikan utamanya di sini ialah pantainya. Kelembutan pasirnya membuatkan anak anak kecil tak sabar nak bermain dengannya..


Selain dari pantai yang cantik , terbitnya mentari menjadi daya tarikan utama di pantai Cherating ni. Sayangnya , 3 hari aku kat sini... hehehe... tak berkesempatan nak melihatnya. Sedap sangat tidur selepas subuh. Hahahaha.. penat woooo beraktiviti kat sini. Dan juga penat dok kawal anak anak.. heee.. ok tak alasan ?
Di sini ada Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating yang mana , masuk percuma untuk semua pengunjung yang sangat berinfomasi mengenai penyu. Bagus untuk mendidik anak anak kita menghargai haiwan yang semakin pupus ni.. 
Dan bagi yang berminat nak merasai camana seronoknya melepaskan anak penyu , Legend Cherating Beach Resort ada menyediakan aktiviti ni. Cuma kena bayar skit je la.. Duit tu akan masuk ke tabung Pusat Penerangan Dan Santuari Penyu Cherating bagi tujuan penyelidikan dan penjagaan penyu.


Aktiviti bersama penyu ni memang best sangat ! Tapi kalau nak lagi best dan meninggalkan kenangan manis ialah... hehehe...  Firefly Tour atau Kelip Kelip. Aktiviti ni sebelah malam dan dikendalikan oleh Hafiz's Cherating Activities. Apa yang menariknya ialah , En. Hafiz berkemampuan memanggil kelip kelip datang ke arah kita ! Haaa.. bukan tengok di atas pokok saja yer.. kelip kelip datang pada kita dan kita boleh pegang sendiri ! Jangan picit lak ! Haaaa..
Dikatakan keistimewaan En. Hafiz ini tidak mampu diturunkan pada kakitangannya sendiri walaupun dah diajar.



En.Hafiz memberikan penerangan.

Ok.. Di tempat yang sama yakni  , Kampung Cherating , di sebelah siangnya korang boleh meredah sambil menikmati keindahan hutan paya bakau yang semakin menghilang di sini. Maka yang ada ni laaa di kekalkan dan kita berpeluang menimba serta melihat sendiri hutan paya bakau yang tidak terusik ni.. 
Nampak biasa biasa je tapi bila berada di atas bot ni.. semacam perasaan ada. Hutan paya bakau ni sangat penting buat ekosistem di kawasan setempat dan juga pada manusia ! Jangan pandang ringan soal ni ye.. Bayangkan 'mereka' takda ! Haaa.. apa kesannya ? Fuh... hutan paya bakau ni banyak fungsinya. Boleh baca di SINI

Best ! Walaupun biasa kita tengok tapi sebenarnya jarang kita menghargainya. 

Ok... Khas untuk kaki makan.. Seperti korang tau , Cherating ni dekat dengan Kemaman..Fuh , memang syurga makanan kat sini ! Boleh ke Teluk Mak Nik. Kat sini ada deretan gerai gerai menjual keropok lekor , satar dan pelbagai lagi makanan laut. Sememangnya Teluk Mak Nik ni , aku wajib singgah setiap kali balik dari Kelantan melalui Jalan Pantai. 
Boleh belajar menguli keropok lekor .. heee.. Pastu boleh terus ke Pasar Kuala Kemaman ! Beli ikang wehhhh. Fresh fresh gituuu. Harga ikan pun tak sama macam di KL. Jauh murah. Dan macam macam ada. Boleh borong tanpa rasa menyesal. Hehehhee.. 
Dan wife aku pon borong ! 

Ini sebahagian yang sempat aku dan rakan lain melawat. Ada banyak lagi seperti batik , restoran menarik , perkampungan nelayan.. Kalau nak tau lebih lanjut , korang gi je menginap kat Legend Cherating Beach Resort dan mereka akan membantu korang. Jangan risau. 
Apa ? Bilik tak best ? Hehehe.. Mereka telah banyak buat perubahan. Banyak bilik bilik telah dinaiktarafkan dan kelihatan lebih moden. InshaAllah akan berpuashati.  Ok ? Kalau berminat , korang boleh terus hubungi pegawai di sana atau hubungi terus Legend Resort Hotel. Mereka akan membantu, InshaAllah. 
Cuti panjang akan datang ni.. apa kata bawa anak anak korang menikmati keindahan alam semula jadi di negara kita sendiri. Biar mereka tau , betapa menariknya negara mereka yang tercinta ni. Jangan sampai dah takda , baru nak mencari .
Jangan lupa booking awal di www.legendresort.com.my .

Cermin mata lagi !

Bila dah cecah 40 tahun ni , macam macam nak kena periksa terutamanya kesihatan. Bab 'dalaman' tu , sememangnya paling penting ! Luaran juga sangat penting. Kesihatan tubuh badan di usia 40 tahun ni perlu diambil berat. Cam aku , baru je buat pemeriksaan darah.. nak tau paras kolestrol , tekanan darah dan juga glukosa. Selain tu , mata juga sangat penting ! Dah tak boleh nak membaca sangat terutamanya nak tengok handphone ! Hurmmm.. 
Bila nak buat cermin mata ni , hurmm. memang aku akan garu kepala ! Bukan seratus dua ratus kosnya.. memang menelan ribu ! Bukan sebab bingkai tapi sebab cerminnya ! Kalau sekadar cermin biasa, murah la.. tapi kalau pentingkan pelbagai aspek seperti  UV , pastinya kena cari yang bagus bagus seperti Crizal UV
Hari ni aku nak ke Alamanda.. ke Fokus Point. Semalam dah tengok dua bingkai.. Dua dua aku bekenan tapi rasanya aku akan pilih.. 

Yang kedua ! Kenapa ? Sebabnya bingkai ni memang sporty abis. Dan kemudian ada getah tang batang hidung bagi mengelakkan dari mengelongsor jatuh dek kerana peluh ! Hehehehe.. Yang pertama tu , plastik semata mata.. Huhuh.. 
Jangka masa siap... 9 hari ! Nak pakai gi New Zealand ni.. kena cari yang lasak ! Huhuh..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI