Rabu, 23 Ogos 2017

Tipah betul betul tertipu ni !

Aku update status di Facebook... senyum simpul jap aku. Alhamdulillah.
Pastu di Low Yatt.. aku ke Samsung Centre lak.  Nak repair Samsung Tab S aku. Tak tau la pulak kena berapa kali ni... Huhuh.. Nampak beratus gak ni. Tak pe la.. nak guna punya pasal. Layanan dari staff Samsung pon tip top. Tak da isu aku utk viralkan hal mereka ! Terbaik ! Samsung dan Sony.
Kemudian aku pusing pusing jap. Carik screen protector untuk Sony Xperia XZ dan Premium aku. Tak sanggup nak beli original punya. Leh merangkak balik rumah aku. Hahahah.. Mahal tuuu ! Dua dua tu , leh cecah RM150. Kalau nak jimat , beli online je .. kan kan ? Tapi alang alang kat sini , cari la dulu. Kot leh jumpa murah punya.
Ternampak sesuatu yang aku nak cari sangat selama ni !! Haaaa.. terus tanya harga. Hurmm.. Mahalnya ! Tapi aku nak guna di New Zealand nanti. Aku malas nak bawak tripod besar besar ke sana.. 
RM79

RM10 
Barangan dari China. Patutlah diorang sana mudah jadi kaya raya ! Kos baru berapa je ! Aduhhhh.. Pastu aku masuk kedai depan dia. Kedai ni lebih besar dan teratur dari kedai sebelum tu. Aku ternampak la tripod aku beli ni.. RM59 !! Hah ????? Biar benar ???? Aku tengok betul betul.. Haishhh... takkan kot ? Aku kena kencing ke ni ??? Tapi yang untuk tempat letak phone tu , RM19 ! Eh , dia up kat situ lak.. Hurmm... pening jap.
Aku biar je la.. redha je la. Dah beli dah kan.. Maka jaga je la.. Ni tengah tunggu tab aku siap lak. Terlewat hantar.. abis waranti 2 bulan lepas. Kalau tau , confirm free ! 

Selesai ke masalah dengan bergaduh ?

Tertonton satu video pergaduhan yang berlaku di luar negara. Dua orang lelaki pada awalnya bertengkar kemudian berlaku tolak menolak. Kemudian , berlakulah tumbuk menumbuk. Tak sampai 5 minit , salah seorang tumbang... kelihatan tubuhnya mengeletar seperti kena sawan. Darah bersembur keluar dari mulutnya. Lelaki yang pada awalnya diasak tu , berjaya menendang tepat pada halkumnya... aku rasa.  Apakah kesudahan mereka seandainya jadi kes polis ?
Dalam zaman ni.. semakin ramai manusia mudah hilang kesabaran. Sikit sikit nak tunjuk dialah jaguh! Segala masalah nak diselesaikan dengan buku lima dan tendangan maut tanpa bayang ! Apakah selesai masalah tersebut ? Ada yang belajar seni mempertahankan diri , kemudian bongkak. Ada yang besarkan badan semata mata nak takutkan orang ! Hurmmm..
Selesai ke masalah dengan bergaduh ni ? Tak langsung ! Ianya boleh menjadi dendam kesumat yang mana selagi tidak diselesaikan dengan cara aman , hidup takkan tenang dan damai ! Aku pernah mengalaminya.. Terbawa bawa dalam mimpi hingga dinding jadi mangsa ! Ada juga sampai wife ditendang gara gara bergaduh dalam mimpi. Aku 'tewas' dengan cubitan dek si isteri ! Hahaha.. tak pasal pasal ! 
Aku maafkan je la insan tu. Alhamdulillah... hilang amarah aku. Apa yang aku nak sampaikan ialah.. dalam hidup kita ni , bila kita 'berisi' , tak semestinya kena selesaikan masalah dengan bertumbuk. Akal ada.. guna la. Tak perlu nak tunjuk sapa lagi kuat. Silap haribulan , kita ke 'dalam' atau merengkok dalam penjara. Tak kesian ke kat anak bini ? Sapa nak jaga ?

Sea Rafting di Legend Cherating Beach Resort menguji semangat sepasukan !

Ketika aku dimaklumkan oleh 'orang kuat' Legend Cherating Beach Resort , En. Meor Amran yang mana aktiviti di hari terakhir akan menjadi paling mencabar dalam semua aktiviti pada Family Day #KBBA9 yang lepas , aku sebenarnya.. hehehe.. agak cuak gak la lebih lebih lagi dimaklumkan dengan kehadiran dek ubur ubur yang mampu memberi 'kemanisan' pada tubuh badan ! Hahahaha.. 
Tapi segalanya berubah selepas menyaksikan rakan rakan terutama yang perempuan bersungguh sungguh nak menamatkan acara kali ni ! Waduhhh... Badan sado tapi segan ngan ubur ubur !! Aparaaa ! 


Acara ni nampak mudah tapi sebenarnya menguji kepantasan dan kemahiran. Terus terang , peranan aku tampak berjaya di atas laut jer.. Setiap pasukan diberikan buluh , tali dan tayar saja. Kemudian buat rakit.. berdayung di lautan dan kemudian buraikan balik seperti sedia kala ! Haaa... Bayangkan ! Ditambah lagi dek kepanasan ketika tu.. sememangnya sangatlah mencabar ! Tapi Alhamdulillah , berjaya diselesaikan tanpa ada sebarang kecederaan. Hehehehe.. Terbaik korang ! Bangga aku dapat bersama sama korang semua ! 
Selain Sea Rafting , aktiviti yang boleh dijalankan di sini ialah... 
Explorace , Obstacle Cource ,Telematch

Banana Boat Ride , AirHead Viper , All Terrain Vehicle ( ATV ) 

Sand Art , Rabbit Feeding , Batik Painting ,Releasing Baby Tutle 

Sememangnya Legend Cherating Beach Resort sekarang ni banyak perbezaan dari sebelum sebelum ni. Aku rasa mereka yang datang sini pasti akan kembali semula.
Untuk maklumat lanjut , boleh ke www.legendresort.com.my

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI