Jumaat, 25 Ogos 2017

Dah semakin kering tapi..

Nak guna cara tradisional atau moden ? Hurm.. nasib ada duit skit. Bawak gi klinik... RM180 kena bayau ! Huhuhuh... Money money. Takpe la.. duit leh cari. Anak nak dapat baru , bukan mudah. kan kan ? Huhuh.. Jangan berkira dengan anak anak..
Semalam... Qhaliff panggil aku. Baru nak tunai hajat. Terbantut..
" Daddy.. darahh.. ". Jerit Qhalff di luar pintu tandas.
Aku keluar. Tengok badan dia.  Mak dia , dah pengsan kepenatan. Seharian 'bertugas'.  Dia lari gi opis jap sebab ada urusan ASAP. Hurmm.. nak kata apa dah.
Aku sapu dengan losyen Cosmoderm. Hilang gatal dia dan baru dapat tidur lena dia. Sian dia.. hurmm..
Dan siangnya, mak dia letak ubat. Minggu depan dah raya. Mak dia dah bg hint untuk pulang beraya jer.. Hurm... tak bagi kang , berair di pagi raya. Letih nak pujuk aku.. Ecececeh... Dah kawin.. beranak pinak.. letih la sana sini yer ? Masa bercinta.. tak letih yer ? Opkoss laaa. Masa bercinta , komitmen masa dating jer. Sekarang komitmen pada keluarga dasat wooo.. Jangan samakan yer ! Haaa.. sentap dah ni... Hahaha..

Doa doakan yer cepat sembuh... Ajak gi sana sini dia.. Huhuh.. Ni lom bersunat ni. Kalau bersunat lagi boring terbaring je atas tilam.. huhuh.. Teringat abang aku.. lepas sunat, esoknya turun padang gi main bola ! Adeh...

Persediaan demi persediaan untuk ke New Zealand

Pengalaman lepas aku jadikan pengajaran ! Aku takda kenangan di sana.. Seoul , Osaka , Paris , Toulouse , Perth... sekadar gambar dan memori di dalam otak jer ! Hurmm. kerugian ! Kali ni aku tak nak lepaskan ! Apatah lagi aku dan rakan blogger bakal menjelajah sendiri di New Zealand yang mana agensi Ikhlas Tours yang berada di sana , menguruskan segalanya. 
Teruja ! Tak sabar ! Tapi pastikan segala persediaan dibuat dengan terperinci. Tak nak ada masalah di sana nanti. Dan , Alhamdulillah.. 3 orang rakan blogger yang bakal ke sana juga memainkan peranan masing masing. InshaAllah , kenangan manis akan tercipta... Huhuh..
Aku.. masih mencari gajet gajet untuk di bawa ke sana .. 

Lama dah aku cari menda ni. Akhirnya jumpa ! Aku pernah nampak jual di Facebook tapi malas aku nak beli. Aku lebih suka pegang dan beli. Hehehehe.. Tu pun kena 'kencing' gak. Hahahaha.. Nasib badan la.. Janji aku puashati. 
Ada sebulan lagi. Tak sabar nak jejakkan ke negara yang lama dah aku idamkan nak pergi. Kalau berjaya Kembara ni.. aku nak ke Turki atau ke Sepanyol lak.. huhu.. InshaAllah.. kalau ada yang sudi sponsor.. heeee..

Makan je apa yang mak kamu masak !

Semalam , aku mintak wife masakan kari ikan merah. Ikan yang dibeli di pasar Kuala Kemaman , minggu lepas , dengan harga yang jauh lebih murah dari di KL.. dimasak dengan sebaiknya. Hehehe.. Pada awalnya , dia nak masak sup ikan tapi aku tak nak. Aku tak gemar sup ikan. Huhuh.. Sup sayur , ok... atau sup ayam. Sup ikan je aku tak suka. Wife ikut je kehendak aku. Walaupun ini pertama kali dia masak kari ikan bercitarasa mamak.. hahaha.. 
Dia mintak aku jangan bandingkan dengan masakan mak aku yang dah sememangnya mahir masakan kari. Aku tak pun bandingkan tapi aku bagi je pendapat aku.. tu pun dia yang tanya. Ok ke , tanya dia.. Aku bagi jawapan seikhlas dan sebenarnya. Dia menerima dengan baik. Sememangnya wife cepat belajar bab masakan ni. Dan aku tak kisah sangat pon. Sedap ke tak.. aku makan jer. Duit woii! Ingat lauk pauk tu dapat free ke ???
Bila cakap pasal kari ni , aku teringat arwah ayah aku. Dia sememangnya penggila kari. Hari hari wajib mak aku masak kari ! Kalau nasi abis , dia cicah ngan roti. Kalau roti takda , dia guna biskut kering lak ! Tapi memang sedap laaa ! 

Aku tak suka kari ! Sewaktu kecil dulu.. kari bukanlah kegemaran aku kecuali kari ayam ! Apa saja yang ada ikan , aku tak suka... ikan 'ayam' aku suka ! Hahahaha.. Sehinggalah satu hari tu , arwah ayah mengamuk ! 
" Hangpa makan apa yang aku makan !! " . Jerkah ayah. 
Adoiyai... nak tak nak.. makan je la. Bila dah bijak sikit, letak kicap selepas letak kuah kari dan nasi wajib panas! Perghhhh.. sedap giler ! Tu belum letak cili merah lagi.. Giler laaa... Memang bertambah laa.. 
Sekarang.. baru aku tahu kenapa arwah gilerkan kari. Lagi lama lagi sedap ! Hahahaha.. Nasib baik la aku ni jenis makan apa saja wife masak.. walaupun aku tak suka , aku tetap makan.  Sejujurnya kalau aku gi mana mana event atau food review , aku mesti nak balik makan di rumah gak.. 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI