Ahad, 27 Ogos 2017

Sapa nak tiket free final bola Sukan Sea ?

Tertonton satu video yang viral di whatsapp.. Memula tengok tu , aku kesian la gak kat si lelaki yang kena marah tu.. dengarnya pegawai tinggi sebuah kementerian.. Hurmm.. Tapi setelah aku 'difahamkan' rupa-rupanya , kes tiket  jualan tak cukup sebab banyak yang free dah dikasi orang tertentu.. Yeke ? Maafkan la aku andai tersilap. Tapi itu yang aku difahamkan laa.. Dan andai itu yang berlaku , maka selayaknya la lelaki tu marah sebab mereka dah cuba beli secara online tapi diminta datang ke stadium tapi bila datang stadium , awal pagi.. hingga saat kaunter di buka, dalam sejam .. dah abis ! Eh , berpuluh ribu tiket , sejam je abis ? Free banyak sangat ke ? Huhuhu.. entah la.. 
Betul juga kata kawan tu.. patutlah banyak event di negara ni , penganjur kerugian.. banyak yang free dari yang berbayar ! Katanya la.. logik gak kan ? Kalau dulu tiket konsert Fun Fair , mampu la bayar .. sekarang ni tiket , beratus ringgit... mana mampu.. tunggu free je la.. Tapi tiket bola ni , murah dah ! Dan ramai yang nak tengok. Sanggup beratur bersama anak bini ! Semangat punya pasal ! Nak bagi sokongan pada pasukan negara katanya. Haaaa ! Tapi , tau tau datang segerombolan rombongan cik kiah naik bas.. free je masuk ! Ehhh ???? Sentap la nak oiiii.. Ceritanya laa.. Tu pun aku baca kat komen je.. Wallahualam. 
Andai inilah yang terjadi.. bagi aku tak patut la ! Jual la dulu.. Baki tu , baru bagi kat yang 'tak mampu nak beli' . Kan kan ? Haaa.. Dan andai korang ni betul betul penyokong , maka beli je la tiket! Kalau tak mampu , buat cam aku je.. layan kat umah dengan anak anak. Kasi je kat mereka yang betul betul nak jerit sampai kuar anak tekak dan sanggup 'bertempur' dengan penyokong lawan.. Bertempur suara la.. bukan gaduh yer ! 
Ibu pingat punya hal ! Dan satu lagi yer.. tolong la jangan up sorang je ! Walaupun dia yang jaringkan gol tapi jaringan tu berpunca dari rakan rakan yang lain. Bukan dia drible bola dari bawah sampai depan gol pastu tolak ngan kepala ! Pujian seharusnya buat satu pasukan ! 

Mati sudah mood sukan aku !


Malaysia selangkah lagi. Lawannya Thailand seperti yang dijangka. Secara jujurnya la kan.. bagi aku Malaysia ni ada ramai pemain berbakat besar ! Mereka layak main di peringkat antarabangsa ! Kalau diperhatikan gol gol yang dihasilkan , memang taraf liga liga terkenal dunia. Buktinya , di peringkat akar umbi lagi , pemain pelapis sering mencipta nama dan menang piala kejohanan di luar negara tapi tidak di'viralkan'. Sejak dulu lagi.... Hurmm..
Tapi apakah yang membuatkan kita kehilangan pemain pemain berbakat besar semua ni ?? Jawapan aku .. POLITIK ! Campur tangan politik menghancurkan semua ni. Aku tau.. ada yang kata apa kaitan lak ngan politik ??? Huhuh.. Jangan dik.. jangan.. segalanya berkaitan ! Bila berkaitan , atlit atau pemain akan patah semangat ! Dulu mereka berjuang atas nama negara tapi setelah dijanjikan dengan pelbagai ganjaran , maka niat dah mula berubah ! Bila janji tak ditunaikan.. apa jadi ? Tu belum lagi malaun yang guna kabel dan cantas pemain berbakat ! 
Satu lagi sebab aku dah bosan dengan sukan di negara kita ni ialah..  sanjungan pada pemain terutama yang berpasukan.. kalau individu tu , ok la.. tapi berpasukan.. pastinya 'seorang ' akan jadi hero dan disanjung setinggi langit  ! Tu belum lagi jika ada rupa kacak atau cantik ! Perghhh... Tak caya.. tengok tajuk akhbar esok.. heheheheee... 
Sukan SEA bagi aku adalah medan pejuang atlit pelapis . Cungkil bakat mereka untuk ke peringkat antarabangsa dan seterusnya menjadikan mereka juara dunia ! Dan para ahli politik , jangan campur  melainkan bantu mereka dari segi kewangan dan jangan amik komisien lak.. Ikhas seperti atlit jua... Ececece.... 
Tahniah Malaysia. Er, apasal makin kerap bendera terbalik ni ? Hehehe.. Protes dalam diam ke ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI