Isnin, 28 Ogos 2017

Hati-hati 3 Tinggi

Umur dah masuk 40 tahun.. er , ikut tahun dah kira 41 sebenarnya. Heee.. tapi kalau ikut bulan , masih 40 tahun ! Huhuhuh... Jiwa muda la katakan.  Apa ada pada umur ? Banyak sebenarnya. Bila dah cecah 40 tahun ni , mata mula kabur , kesihatan mula menurun seandainya tidak menitik beratkan penjagaan kesihatan dan pemakanan ! 
Baru-baru ni aku ada gi buat pemeriksaan darah. Orang kata , bila dah 40 tahun ni , kita kena buat pemeriksaan kesihatan ! Haaa... Nak tak nak , suka atau tidak.. aku kena buat gak ! Sememangnya aku takut nak buat sebenarnya. Tapi kena buat gak. 
Tapi sebelum tu , aku ada buat pemeriksaan fizikal di satu majlis anjuran Anlene. Aku agak obes ! Hahahaha.. masak aku !! Lemak perut berlebihan. Yer , gara gara 'raya sebulan' ! Aku dinasihati agar banyakkan bersenam dan sememangnya itulah yang aku nak mulakan kembali.. bersenam ! 

Tekanan darah , Alhamdulillah.. ok. Tapi kena jaga gak sebab ada kalanya tinggi sedikit. Mungkin sebab aku banyak kerja dan sedikit tertekan. Dan keputusan darah dapat 2 hari kemudian. Kandungan kolestrol agak tinggi tapi kandungan gula dalam darah , normal. 
Secara jujurnya , aku memang takut part kolestrol tu. Gula , aku memang jaga sangat memandangkan sejarah kesihatan orang tua aku yang ada penyakit kencing manis dan darah.  Apa yang perlu aku lakukan ialah jaga pemakan selain dari bersenam. 
Selain dari itu , aku kena mula amalkan minum susu Anlene HEART PLUS. Sebelum ni , aku selalu tengok mak mertua aku minum susu Anlene. Katanya bagus untuk menguatkan tulang terutama mereka yang dah bergelar warga emas. 
Apakah aku sudah layak digelar warga emas ? Hahaha.. tak laa.. Tapi aku kena gak la bersedia dari sekarang.. kan kan ? 

Kenapa Anlene HEART PLUS ?
Anlene dengan formula baru yang mana bukan saja menjaga kesihatan tulang tetapi kini turut fokus pada kesihatan jantung , kolestrol , tahap gula dalam darah dan juga tekanan darah.. 3 Tinggi  yang mana sering menyerang rakyat Malaysia tanpa mengira umur dah sekarang ni ! 
Profesor Dr.Chee Kok Han , Pakar Kardiologi Hospital Universiti Malaya berkata kolestrol tinggi , tekanan darah tinggi serta tahap gula darah yang tinggi yang dikenali sebagai 3 Tinggi adalah faktor utama penyakit tidak berjangkit yang juga merupakan punca kematian lebih kurang 73% rakyat Malaysia. Penyumbang terbesar pada jumlah ini adalah serangan jantung dan strok.
Anlene Heart Plus mengandungi MoveMax dan HeartMax yang mana ianya merupakan gabungan nutrien bagi membantu menjaga kesihatan jantung di samping juga menyokong pengerakan. Gabungan nutrien HeartMax termasuklah sterol tumbuhan , Omega 3 ( DHA & EPA ) dan kalium , dengan kebaikan kebaikan seperti berikut :
  • Sterol tumbuhan membantu mengurangkan kolestrol dalam darah ;
  • Kalium membantu mengekalkan teknan darah yang normal dan 
  • Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa asid lemak omega 3 mungkin membantu mengurangkan trigliserida atau lemak dalam darah.
Selain itu , Anlene Heart Plus diuji mengandungi Indeks Glisemik yang rendah yang mana penting dalam membantu menguruskan tahap gula dalam darah. Dan atas faktor faktor inilah aku mula mengamalkan pengambilan susu Anlene Heart Plus , setiap hari ! Kesihatan amat penting bagi aku. Tak sanggup aku nak ' bermalam' lagi di hospital ! Huhuhu.. 
 Kalau sayangkan kesihatan , berubahlah dari sekarang. Jangan tunggu 'tersadai' ,baru nak menyesal ! Jom kita mulakan bersama sama yang tersayang..


" Daddy , kenapa hari ni hari Khamis ? ". Tanya si anak..

Qhaliff dah 5 tahun usia. Sekejap masa berlalu. Dia pun dah gi menuntut ilmu dan pastinya berjuta juta sel telah berhubung ! Haaa.. maka , si mak bapak perlu bersedia untuk menjawab segala pertanyaan dia.. kan kan ?
Semalam.. selepas aku kasi apa yang dia nak , dia saja saja tanya aku. Yer , dia saja bertanya sebab dia dapat apa dia nak dan nak buat baik gitu.. Bodek kata orang dulu dulu. Paham.. bukan aku tak paham tapi layankan jer.
" Daddy , hari ni hari apa ?". Tanya Qhaliff.
" Hari ni hari Sabtu. Esok Ahad. Kemudian Isnin. ". Jawab aku ringkas.
" Kenapa hari ni hari Sabtu ?". Tanya dia. Yer, dia punya 'kenapa' dah semakin banyak. Kenapa itu , kenapa ini... kenapa dan kenapa ?
Aku takkan jawab.. " Sebab hari ni bukan Jumaat atau Ahad laa.. ". Jika itu jawapan aku , anak aku membesar sebagai penglipur lara di kalangan kawan-kawannya. Maksud aku , dia akan mudah buat lawak sebab bapak dia suka buat lawak ! Haaa.. Tapi aku tak nak. Aku nak dia senantiasa berfikiran logik kerana dia hidup di zaman yang cukup mencabar ! 
Maka apakah jawapan aku pada persoalan anak aku tu ? Sebagai bapa, jangan sesekali membohong juga atau membiarkan saja soalan tersebut. Dia menanti jawapan sebab dia akan bertanya dan terus bertanya. Jika kita membantutkan perasaan ingin tahu itu maka nanti dia akan membuat apa saja perkara , tanpa mengetahui kenapa dan mengapa dia perlu buat ! 
" Daddy.. kenapa kena solat ? "
" Camana nabi solat ? "
"  Sapa ajar nabi solat ? "
" Solat solat solat ! " 
"Malaslah nak solat. Bukan dapat apa apa pon. ".
" Bayangkan pertanyaan pertanyaan gitu ditanya pada kita.. andai tiada ilmu mengenainya , bagaimana nak menjawabnya ? Sememangnya ramai orang Islam tidak bersolat kerana tidak memahami kenapa dia perlu bersolat ! Jika dari kecil lagi kita dah fahamkan mereka.. seperti mana kenapa mereka perlu makan , maka mereka akan melakukannya tanpa dipaksa.. sebab mereka dah faham ! 
Mencabar jadi ayah ni. Bukan sekadar membesarkan anak tapi menjadikannya hamba Allah yang taat dan beriman. Dan kita kena mulakan terlebih dahulu.
Kenapa hari ini hari Khamis ? Camana nak jawab ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI