Rabu, 30 Ogos 2017

Menang , sepasukan. Kalah pun , sepasukan ! Jangan kecam seorang saja !

Hehehee.. Pastinya ramai yang tidur dengan perasaan yang.. hurmmm... Rileks laa.. Kita dah bergelar JUARA KESELURUHAN. Ok la kan ? Takkan semua kita nak sapu bersih. 'Sedekah' la skit kat negara jiran.. kan kan ? Heee.. 
Tadi aku layan final bola Sukan SEA di Hotel Perdana , Kota Bharu.. Kelantan bersama rakan blogger , Sohoque dan rakan Facebook yang juga orang kuat Hotel Perdana , En. Taha dan Eh Chiau aka Bird. Aumm.. Bird gituuuu.. Aku sanggup ke sana walaupun kepenatan memandu lebih 8 jam jam dari KL ke Kelantan , tak hilang lagi.. hehehee.. Bukan apa.. takut esok lusa dah sibuk.. payah dah nak ke situ.. 
Aku yang tak layan Sukan SEA kali ni , tak tau langsung corak permainan ke dua dua pasukan tapi berdasarkan analisa dari atas kertas melalui surat khabar dan juga komen komen di media sosial , aku dapat rasakan betapa tertekannya pemain Malaysia dan ini adalah peluang baik untuk pemain Thailand yang mana hanya perlu menunggu pemain negara melakukan kesilapan. Secara jujurnya , kedua dua pasukan mantap dari segi serangan dan pertahanan. Hanya kesilapan saja akan menentukan kemenangan.. 
Sambil tengok bola , makan besar.. heeee.. Tak la stress sangat kan ?

Thailand menang.. 1-0 . Aku tak nak analisa permainan mana mana pasukan. Aku tak layak. Heee.. tapi tahniah buat Thailand kerana dapat emas,  ibu segala pingat ! Heee. Kekalahan ni patut diambil positif oleh kita. Pasukan U23 ada cabaran lebih besar selepas ini. Sukan SEA ni cuma batu loncatan untuk perbaiki segala kekurangan permainan dan ternyata masih ada jurang perbezaan ! Banyak kerja perlu dilakukan lagi.. 
Kalah atau menang.. aku tak kisah. Janji perut aku kenyang ! Makanan di Hotel Perdana , tidak pernah mengecewakan aku. Huhuhu.. Tapi apa yang mengecewakan aku ialah sikap segelintir mereka yang mengelarkan diri mereka penyokong pasukan.. kecam pemain yang melakukan kesilapan ! Jangan gitu. Mereka dah berusaha sehabis baik dah. Mereka juga tertekan sebagai tuan rumah. Rileks sudah la.. Layan je ! Nikmati permainan. Kalau nak menang jer , korang je la main. Aku jadi penyokong lak. Teringin nak kecam korang ! Hahahahha.. 





Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI