Selasa, 5 September 2017

Jus Kunyit Asam Kunyit Madu @ JAKM

Pertama kali aku nampak jus kunyit ni , dalam peti ais rumah mak aku. Adik perermpuan aku beli. Dalam kepala aku.. ini khas untuk perempuan je. Kalaulah lelaki boleh minum , mesti akan jadi air kegemaran aku ni.. macam air air detoks yang lain. 
Sehinggalah baru-baru ni , rakan aku menceritakan mengenai satu produk yang dihasilkan oleh kawannya... dan aku terus berminat nak mencubanya setelah dia bagitau , lelaki pun sesuai minum. Makaaaa.. ajak la jumpa dengan founder Jus Asam Kunyit Madu , Puan Azrina Samsuddin bersama suaminya. Segalanya diceritakan... bermula dari suaminya segalanya. Dan bermula dari situlah , idea menghasilkan Jus Asam Kunyit Madu tercipta.
Ditanya mengenai kelebihan Jus Asam Kunyit Madu ni , Puan Azrina memberitahu yang mana produknya ni adalah homemade dan tidak menggunakan sama sekali bahan pengawet. Dengan menggunakan ibu kunyit , halia , asam jawa , temu kunci , mad , saffron , habbatussauda dan juga gula melaka sebagai ramuan utama , dikatakan ianya mampu menyembuhkan luka dalaman , mengempiskan perut , mencantikkan kulit serta memberikan kesegaran di awal pagi jika di amalkan pengambilannya sebelum tidur dan seawal pagi.
JAKM ni  juga mampu meningkatkan kesuburan suami isteri , menurutnya lagi serta mampu mencega dari serangan asma. Untuk aku lak , aku memfokuskan pada menuruskan berat badan serta mengurangkan kadar kolestrol di dalam badan aku ni memandangkan baru baru ni , aku makan banyak sangat daging korban. Terasa la sakit kepala woooo.. Tu pasal aku minum JAKM ni. Terasa la juga perbezaannya. 

Antara khasiat Jus Asam Kunyit madu (JAKM)
😍 membantu menurunkan berat badan
😍 Bantu Rawat Masalah Kulit
😍Bantu Proses Pencerahan Kulit Secara Alami
😍Bantu Naikkan Aura Seri Wajah
😍Bantu Rawat Haid Tidak Tratur&Darah Kotor2
😍Bantu menstabilkan kolesterol dalam darah
😍 Bantu Buang Angin Dalam Badan
😍Bantu Rawat Ibu2 Dlm Pantang/Lepas Brsalin
😍Bantu Melambatkan proses penuaan(awetmuda)
😍Bantu Rawat Luka Jahitan Lepas Brsalin
😍Bantu Rawat Masalah2 Rahim/Peranakan
😍Bantu Rawat Masalah Bau Badan
😍Bantu Atasi Masalah Keletihan
😍Bantu Atasi Migrain/Kerap Sakit Kepala
😍menstabilkan gula salam darah
😍tingkatkan kesuburan suami isteri
😍 mencegah batuk/selsema/asma
😍 melancarkan sistem pencernaan
Stok seminggu. Jus ni boleh membuang angin dalam badan, mencantikkan kulit, awet muda, mengurangi lemak dalam badan, memperlambatkan proses penuaan, menyegarkan badan dan melancarkan peredaran darah. Cam aku yang baru amalkan sehari dua ni.. terasa perbezaan ketika buang air kecil. Heeee.. cubalah , baru tau apakah perbezaannya. 
Sapa boleh minum ? Selain lelaki , perempuan yang belum kawin pon leh minum. Bagus untuk kesihatan. Jangan tunggu sakit baru nak jaga kesihatan. 
Nak tahu dengan lebih lanjut , sila tanya foundernya sendiri yer.. hehehe.. Harga , RM12 sebotol. Ada diskaun kalau beli banyak !
Facebook : Azrina Samsuddin 
Call atau Whatsapp : 0193828369 / 0108181796

Boikot buah durian ? Jom kita...

Aku pencinta durian dan aku pasti korang pun begitu juga. Durian ni , memang sedap giler la buahnya. Kalau dimakan dengan pulut atau dibuat bubur mahupun sekarang dimakan dengan cendol atau ABC , memang ...yummy ! 
Kalau dulu , di kampung arwah ayah aku yakni di Balik Pulau , Pulau Pinang.. duriannya memang digilai ramai tapi harganya memang giler gak la..namun aku masih berpeluang la nak makan free sebab arwah ayah ada dusun buah buahan. Tapi sekarang.. hurm... jangan mimpi dah la.
Baru-baru ni , aku balik Kelantan.. mak mertua aku beli durian. RM12 sekilo. Aku tak amik port sangat la bab harga ni sehinggalah harganya semakin di 'mengarut'. Dah macam harga emas lak aku tengok ! Mencecah puluhan ringgit untuk satu kilo ! Tak jadi beli la kalau sampai cecah ratusan ringgit ! 
Kelmarin aku dapati ada yang mula post status boikot durian ! Bagus jugak bagi aku. Ini buah buahan tempatan tapi kalau harganya dah mengarut , memang patut diboikot jer ! Dan tertanya tanya jugak aku.. apakah peranan pihak KPNKK mengenai isu ini ? Ke tak boleh buat apa apa ? Eh ??? 
Ada yang kata .. " Kalau tak mampu nak beli  , jangan bising la.. gi cari buah durian kampung jer.. yang bukan jual timbang ! ". Amboii... Jangan macam tu. Kita nak elakkan harga durian ni macam harga rumah. Sampai satu tahap , mampu tengok dan amik bau jer. 
Aku rasa aku tau dah apa nak buat .. pasni jangan beli durian tapi kita beli je biji benih durian dan tanam ! Memang la bukan setahun dua dah boleh dapat hasilnya.. tapi sekurang kurangnya nanti , anak cucu kita merasa la makan durian hak mereka sendiri , kan ? Haaa... ada gak alasan untuk mereka pulang ke kampung halaman.. nak makan EMAS ! 
Hurmm.. lama tah redah dusun cari durian. Teringat zaman kanak kanak dulu.. huhuuhh.. Seronok. Kutip buah rambutan , langsat di atas tanah... 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI