Khamis, 7 September 2017

Giliran Zahra pulak kena campak dan apakah Aariz..

Dah syak ari Isnin ari tu.. tapi rasa macam bukan pun yer. Ingatkan kena gigit semut sebab satu dua tempat je naik. Tapi menjelang semalam , merah dia dah bertambah banyak apatah lagi dia dok sedap mengaru ! Aduhhhh.. Dia ni berbeza dari Qhaliff. Qhaliff , kalau bab sakit.. dia memang betul betul sakit. Zahra , dia lasak. Sakit pun macam tak jer. 
Hari ni bawak gi klinik. Wife yang sepatutnya ada kursus dengan jabatan jabatan lain, terpaksa lupakan sekejap. Bawak gi klinik berjemaah. Sebab Aariz pun nampak macam dah macam ada gak ! Sebelum tu ada gak la sapu dengan Magic Lotion dari Cosmoderm. Memang hilang jap la gatal tu. Bagus Magic Lotion tu. Senantiasa simpan stok di rumah.



Zahra nampak macam teruk. Satu badan penuh. Berbanding Qhaliff , campak dia agak lebih kecil. Sian Zahra. Memang lembik dia. Asyik nak tidur jer. Patut la semalam tidur dia pun nak di lengan aku. Aku tak kasi.. dia meraung. Hurmmm..
Risau aku kena ? Hurm. kalau nak kena , kena la sekarang.. Jangan dah 20 hari bulan nanti baru nak naik.. Meraung tak berlagu aku. 

Selamat Hari Lahir , Muhammad Aariz Iman. Setahun sudah dia !

Alhamdulillah... tak sangka sama sekali. Berjaya harungi setahun pertama yang cukup mencabar ! Tak sangka aku berjaya dah lakukan untuk ke 3 kalinya.. Hehehe.. leh cuba untuk kali ke 4 mungkin ? Hahahaha.. 
Prince Court , jadi saksi.. rezeki si kecil lahir di sini. Budak kecil ni , memang 'menguntungkan'. Memang dia murah rezeki sungguh. Sapa sangka ?
Bilik yang tak sangka besar gini ! Fuh... Memang best ! Sila simpan duit yer.

Si abang dan kakak.. tak sabar menanti kehadiran adik mereka.

Alhamdulillah... 

Sentuhan pertama..

Dan hari ni, genap setahun.. hahaha.. berlainan sungguh dari abang dan kakak dia ! Aku rasa , dia akan jadi lelaki paling tinggi di dalam rumah aku nanti. Malah akan lebih tinggi dari aku. Leh terasa bila pegang badan dia. Nak dukung dia sekarang pon dah terasa lenguh sangat walaupun baru 10 minit je dukung. Huhuhu..
Dan jenis kering hati ni. Tak takut langsung laaa dia ni. Tapi dalam hati ada taman. Mudah sentap gak ni. Hahahaha.. Sah sah tiru perangai jiran sebelah ni. Hahahaha.. Tapi yang bikin aku jeles.. bila dia senyum , memang leh cair la orang yg tengok.. tapi payah nak senyum. Hahahaha.. 
Semoga membesar bagai johan yer sayang. 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI