Jumaat, 8 September 2017

Berbaloi langgan CELCOM First Platinum Plus + iFlix !

Tak sampai sebulan lagi langganan Celcom aku. Dulu aku amik pakej First Platinum (60GB) tapi selepas ada pakej baru ni , terus aku bertukar! Giler kauuu..100GB + 100GB video walla... leh tengok Youtube puas-puas ! Pastu yang menariknya , ada Iflix ! Haaa... Sebulan pertama free pastu bulanan baru RM10 !  Pergh... dulu aku tak tau tapi selepas tertengok ari tu... aku terus jadi giler IFlix ! Tak tengok dah Astro ! Hahahaha.. 
Menariknya dalam Iflix ni ialah drama bersirinya yang macam macam ada ! Yang bagusnya.. banyak dah bersifat koleksi. Maksud aku , tak perlu tunggu tiap minggu dah.. boleh layan sampai abis siri tu ! Yer.. memang lama punya tapi yang penting , kualiti cantik dan sound pon best ! Ada drama omputeh , Korea, Melayu dan banyak lagi.. Dan siap sarikata gituuu ! 
Subscribe setahun terus ! Murah jer... 




Best citer ni ! Hehehehe... Berbaloi la amik 100GB. Kalau dulu , 60GB sekejap je abis.. Sekarang ? Berpuluh puluh lagi GB bakinya. Buat Go Live Facebook dan Instagram pon best ! Hahahaha..
Kalau nak cuba Iflix , boleh download apps atau sila ke www.iflix.com . Malas dah tengok tv. Banyak iklan jer..

Secekal daddy ! Katanya laa..

Jatuh semalam dari katil. Dia nak merangkak turun. Biasanya boleh je turun sendiri tapi disebabkan disangka ada yang menyambut dia , maka dia main turun gitu. Dan.. Hurmm.. Biasanya aku tak letak atas katil tapi wife balik petang tu , dan dia nak menyusu.. tinggal jap je...terus berlaku insiden tu. 
Kecederaan ? Luaran takda tapi aku syak hidung dia. Muntah pon takda. Pastu lasak balik. Merangkak sana sini. Berjalan sesekali. Dah berani berlari anak dah dia ! Hurmm..
Pagi tadi. Aku tengok hidung dia. Aku guna cotton bud untuk check. Ada darah beku. Hurmm... Aku bersihkan lubang hidung dia. Meronta ronta tak kasi. Ni kalau masih berdarah ni , kena gi check doktor gak la.. 
Hurm... dalam ketiga tiga beradik ni, dia laaa yang paling lasak. Tapi boleh nampak gak la.. dia yang bakal jadi pak lawak di rumah ni. Dia lebih ceria berbanding kakak dan abang dia... buat masa ni la.. 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI