Sabtu, 9 September 2017

Buat buat tak nampak atau memang tak perasan ?

Positif je la... Aku naik LRT tadi dengan Qhaliff ke PWTC. Asalnya aku tak nak bawak dia tapi kesian kat wife kena jaga 3 orang sekali gus.. maka aku bawak la dia walaupun aku tau , aku berisiko tinggi bila bawak dia nanti.. huhu..
Tujuan ke PWTC ialah untuk ke MATTA Fair. Lama dah aku tak gi sana.. Kali ni pergi sebab nak lokasi percutian untuk tahun depan lak. Tahun ni , dah tak nak dah.. Heee.. Tak kira la dalam atau luar negara.
Ok.. terus ke point.. Aku bawak Qhaliff naik LRT. Dalam LRT , tak ramai orang.. aku dan Qhaliff berdiri hampir setengah jam. Aku bukanlah nak duduk pon. Tapi saja nak tengok reaksi pengguna yang lain.. Sapa yang sudi offer kami duduk..
Aku pandang cermin tingkap train. Ada tertera Zon Keutamaan. Dan di kerusi tu ada sepasang suami isteri bersama anaknya. Di sebelah mereka ada seorang wanita. Hurmm.. Di depan mereka lak.. ada orang orang muda duduk. Hurmm.. Mungkin mereka tak perasan sebab leka main telefon ? Hurmm..
Aku bersangka baik. Mereka tak perasan tu... Tapi kalau aku lah.. kalau akulah.. bila naik LRT di waktu kemuncak.. memang aku takkan duduk la.. walaupun ada tempat kosong. Melainkan memang LRT tu , kosong sama sekali.. ada 3-4 orang satu gerabak. baru aku duduk.
Mintak rakan rakan pengguna pengangkutan awam , peka lain kali yer.. Bagi yang memang peka. terbaik ! Semoga lebih ramai lagi insan seperti anda.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI