Ahad, 10 September 2017

Wajar ke bawak anak kecil ke..

Semalam aku ke Matta Fair 2017 di PWTC. Lama dah aku tak ke tempat tempat gini. Maklumlah , ada anak kecil. Nak tinggalkan rumah , terasa cam... hurm.. Yelah , wife nak urus rumah bersama anak anak... kalau hal kerja , ok la. Kalau sekadar nak gi cuci mata , cam tak patut lak..kan kan?
Pada awalnya , aku nak gi sorang jer. Tapi memikirkan Qhaliff kalau bersatu dengan Zahra , rumah le tunggang langgang.. maka biarlah aku bawak dia jer.. sementara Zahra tengah tidur. Heeee.. Zahra lak kalau bergabung ngan Aariz , lom mampu menguasai rumah.. Heee..
Rancangan aku bila di PWTC , kalau ramai orang.. aku takkan masuk. Risaukan Qhaliff. Satu takut hilang..kedua takut gak la kan.. virus orang dewasa. Memang tak masuk akal tapi mau paham , kos perubatan zaman Najib ni , melambung tinggi ! Maka aku tak nak amik risiko.. Nak pikir mengarut pon pikir laa..
Di Matta Fair.. ketika aku masuk tu tak ramai lagi. Selepas jam 12 tengahari , orang mula memenuhi dewan..  Apakah ini tandanya rakyat Malaysia masih 'masyuk' ? Heee... Ok , itu cerita lain. 
Ketika aku berjalan ikut lorongan manusia , tiba-tiba terasa macam aku menda menolak nolak kaki aku. Sakit wooo.. Keras lak tu ! Aku toleh belakang. Ada satu pasangan bersama anak kecilnya.. Si ayah sedang menolak stroller ! Aduhhhhhh.. Orang tengah ramai kot ? Kot ye pon cuba la pikir skit.. Patut ke nak bawak anak kecil tu yang bawah setahun lagi usia..? Kalau nak dukung atau guna baby carrier tu , ok laa. ni stroller kot ??? 
Si ayah yang langgar kaki aku dan manusia lain.. wat dek jer. Mengharapkan orang memahamikah ? Agak agak la sikit kawan.. Aku pun ada anak tapi tak la bua gitu. Tempat gini sah sah dipenuhi orang dewasa kot ? Aku yang bawak Qhaliff pon mampu bertahan sejam lebih dalam ni pastu dia ajak keluar. Penat dan pastinya bosan ! 

Mungkin ada yang tak sependapat aku tapi kot ye pon nak gi mencari pakej pakej menarik.. gi la seorang je atau ajak kawan.. Yang pasangan tu , jaga la anak atau paling tidak pun , cari la pengasuh hujung minggu.. bayar lebih skit kalau dah nak sangat bawak pasangan tersayang tu.. kan ? Tapi fikirkan orang lain juga yer..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI