Selasa, 12 September 2017

Air Batu Campur Aqilsha , sedap woi !

Ni kali kedua aku gi kedai ni.. Dua dua sebab aku nak ke Klinik Kerajaan Salak Lama. , Sepang. Aku lama dah nak singgah kedai ni. Apa yang menyebabkan aku nak singgah sini , disebabkan jiran aku punya cerita laa.. dia kata kedai ni sedap nasi ayam dia ! Aku malas dah nak gi satu restoran kat tempat aku ni yang jual nasi ayam. Ayam dia kedekut aih. Harga pun bukan murah mana.. sekurangnya kasi la ayam banyak skit apatah lagi bila kita order banyak. Huhuhu.. Insaf tak nak gi restoran tu ! 
Dan Aqilsha ni jadi pilihan aku sekarang. Kat sini ada jugak jual Laksa Kedah ori.. memang terasa cili arr... Ada jugal bihun sup ! Kena makan panas panas ... huhu. Dan killer dia ialah coconut shake dan ABC ! Power beb !  Harga RM4 ! Tarak kedekut punya arr... Kandungan banyak tuuu.. Aku makan sampai beku la pala otak aku ! Hahaha.. Mengigil kesejukkan gituuu... 



Aku post dalam group Facebook Sepang / NIlai... rupanya ramai dah tau pasal kedai ni ! Memang dah legend laaa eh ? Huhuh.. Aku je la yang tak tau.. dan ramai lagi ! Ari ni plan nak gi lagi... hahahaha.. Nak beli laksa Kedah dia gak !
Ikutkan sedap kalau makan kat situ tapi dengan anak anak.. payah skit la.. heheeee.. Tak pasti malam bukak ke tak.. kalau bukak malam , pekena ABC ni , memang tumbang kat situ gak laa.. Sejuukkkk ! 

Menambah bekalan Jus Asam Kunyit Madu

Abis dah ! Ari tu , ada baki 2 botol Jus Asam Kunyit Madu ni. Sehari aku minum satu botol... dan ada sekali dua , aku bedal sampai dua botol  ! Sedap pulakkkkk rasanya ! Tapi yang penting ialah khasiatnya.. Memang terbaik la ! Terasa perbezaan selepas minum beberapa botol.. sebenarnya botol pertama lagi dah dapat impaknya cam dari segi buang angin dan juga pernafasan.. Tu aku yang rasa la.. orang lain , tak tau la.. heee
Ni stok dah abis.. semalam aku contact Puan Azrina dan order lagi 10 ! Huhuhu.. ketagihan ke aku ni?? Apa gile ketagihan kunyit ? Takda laa.. aku memang suka minum minuman gini... air detox gitu! Dari ketagihan coke ke.. air ngarut ngarut tu... baik minum air kesihatan gini.. tanpa bahan pengawet yer ! 

Saja order lebih.. nak kasi kat mak skit. Ari tu kasi test dah. Wife pon suka. Pakat rebut minum dah skang ni.. huhu...Bagi yang terasa kesannya , pasti akan jadikan amalan... mungkin seminggu 3 botol gitu... cam aku ni , toksin banyak kot ? Hahahaha...
Mat Gebu sendiri pon dah terjebat ! Hehehehe.
Berminat , leh whatsapp atau call je Puan Azrina di 0193828369 / 0108181796.

Kejamkah aku ?

Atas permintaan dia.. aku kena hantar dia gi tadika ari ni. Ambik pon sama gak... dia nak aku ! Bila ditanya kenapa tak nak ibu , dia jawab ibu garang ! Aku garu kepala.. Aku lagi garang kot ? Apakah helahnya ???? 
Sampai di tadika.. dia suruh aku tunggu kat parking. Jangan gi mana mana sampai dia balik ! Amboiii.. Tetiba teringat aku waktu aku sekolah dulu.. er , tingkatan 3 kot masa tu. Awal pagi... Yang hantar aku gi sekolah ialah arwah ayah. Bila dia berlalu pergi, aku berair bijik mata. Kenapa ? Kesian kat dia... Pagi pagi dah hantar aku gi sekolah.. setiap hari lak tu. Apakah balasan aku pada dia nanti ? Nak banggakan dia , aku rasa tak mampu ketika tu.. Hurmmm..Belajar tak rajin.. nak bangga camana kan ?
Berbalik pada Qhaliff.. Aku keraskan hati. Dia tau , aku lembut. Sebab tu dia nak aku yang hantar. Maka adia mula berdrama... menangis beria riaa ! Maa pulang pulak , dia akan suruh aku singgah Petronas untuk beli air Ice Lemon Tea untuk dia. Kalau ngan mak dia , jangan mimpi la nak dapat bodek. 
Perangai Qhaliff selepas cuti panjang akibat demam campak dia tu membuatkan dia jadi terlalu berlemak ! Tak nak gi sekolah dah dia ! Nak duduk umah... teman daddy katanya ! Aaahhh... aku tak kisah la apa pun alasan dia , aku tetapi tinggalkan dia kat situ.. bersama Ticer Ummi. Terima kasih sudi layan Qhaliff pagi tadi yer.
Aku terpaksa tinggalkan dia. Kalau aku layan dia , jawabnya aku akan bawak dia pulang ke rumah je laaa... Dan dia akan senyum kemenangan !! Dia meraung. Ada budak nampak. Bikin malu company jer ! Haahahah... Kejamkah aku ? Aku terpaksa ! 
Aku ada kerja ari ni. Di dalam ERL , aku mesej Ticer dia. Dia kata Qhaliff dah ok. Dia pujuk gitu. Huhuh.. Lega aku dengar.
Kata Ticer Fahmi dia terus ok bila jumpa kawan. Hurm... nampaknya dia tak leh cuti lama ni ! Cuti lama , naik berlemak ! Harap esok ok la gi tadika. Dan itu bukan saja masalah aku sekarang ni.. Ada masalah lain .. sentap mak dia ! Huhuhuh... Dah pandai dah dia... pandai wat keras ! Hurmmm..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI